Just found this beautiful song,,
(Perutusan Maal Hijrah menjelang 1 Muharam 1432H bersamaan 7 Disember 2010) Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE) mengucapkan Selamat Tahun Baharu Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya. Sebagaimana sudah menjadi tradisi setiap menjelang tahun baru maka setiap orang akan menanam azam untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. Bersempena dengan tahun baru hijrah 1432, PACE mengajak seluruh umat Islam untuk memberi perhatian kepada umat Islam di tanah suci al-Quds yang kini sedang menghadapi penindasan dan penjajahan. Pada saat kita meletakkan sasaran untuk meningkatkan pencapaian dalam pelbagai bidang yang diceburi dan memperbaiki taraf hidup, saudara-saudara kita berhadapan dengan persoalan bagaimana untuk meneruskan kehidupan itu sendiri dalam keadaan dinafikan hak mereka yang paling asas sebagai manusia. Mereka disekat daripada mendapat bekalan makanan, air bersih untuk minuman, ubat-ubatan dan bahan bakar. Mereka juga tiada jaminan keselamatan tempat tinggal kerana bila-bila masa sahaja tanah mereka akan dirampas, mereka dihalau keluar dan rumah mereka dirobohkan. Bahkan nyawa mereka sentiasa berada dalam keadaan bahaya akibat terdedah kepada serangan Israel yang boleh dilancarkan tanpa amaran dan secara tiba-tiba. Inilah senario yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin pada saat kita menyambut Maal Hijrah. Bagi mereka tahun baru hijrah hanya menjanjikan satu kepastian iaitu perjuangan untuk membebaskan Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa pasti diteruskan. Itulah azam yang tertanam kukuh dalam diri setiap umat Palestin. Cita-cita untuk melihat tanah suci al-Quds kembali ke pangkuan umat Islam tidak pernah luput daripada ingatan mereka. Bahkan inilah azam yang tidak pernah luntur dalam diri para pejuang sejak 64 tahun yang lalu. Semangat jihad yang terus membara di sanubari mereka menjadi obor yang menerangi seluruh dunia Islam dan menyuntik kekuatan meski berhadapan dengan pelbagai pengkhianatan dan pembelotan daripada kalangan pemimpin-pemimpin negara Islam yang berkepentingan yang bersekongkol dengan pihak musuh. Jika diamati, setiap orang akan merasa insaf bagaimana mungkin sebuah umat yang diperangi oleh kuasa tentera yang keempat terbesar di dunia dan mendapat sokongan padu daripada kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah itu dapat bertahan puluhan tahun lamanya. Bahkan Bangsa-bangsa bersatu yang sering memihak kepada kepentingan Zionis kerana didalangi oleh Amerika dan sekutu-sekutunya sering gagal membela kepentingan dan hak rakyat Palestin. Apakah rahsia kekuatan mereka sehingga mereka tidak berganjak langsung dari prinsip perjuangan meskipun diasak dengan begitu hebat oleh Zionis, Negara kuasa besar bahkan rejim-rejim negara Arab yang menjadi boneka kepada kepentingan Amerika. Semua ini menuntut umat Islam di Malaysia untuk mengambil inspirasi daripada satu perjuangan yang amat menakjubkan. Apakah yang mendorong satu umat yang tidak punya kekuatan tentera dan senjata untuk berhadapan dengan Israel yang mendapat bantuan hampir tiga billion USD setahun dalam bentuk pelbagai senjata terkini. Bahkan mereka bukan sahaja berhadapan dengan jet pejuang, kereta kebal, peluru berpandu, bom pintar, pesawat ‘predator’ kawalan jauh, tetapi mereka turut dihujani dengan bom fosforus putih yang diharamkan. Kemusnahan kepada nyawa, harta benda dan tempat tinggal tidak dapat dibayangkan. Tetapi semua ini hanya meningkatkan semangat juang dan menyemarakkan lagi jihad di bumi Palestin. Pastinya umat yang berjuang di atas dasar jihad yang benar tidak akan dapat ditundukkan oleh mana-mana kekuatan di bumi ini. Meskipun seluruh dunia menalakan senjatanya kepada umat yang sedemikian, mereka tidak akan mampu menumpaskan satu umat yang kekuatannya datang langsung dari Allah subhanahu wataala. Hari ini ketika rakyat Gaza sedang bergelut dengan persoalan hidup dan mati, para pejuang menyibukkan diri mereka dengan mempersiapakan generasi akan datang. Lima puluh peratus anak-anak Gaza berhadapan dengan masalah kekurangan zat makanan. Sebahagian besar daripada mereka tidak dapat meneruskan persekolahan. Bukan sahaja bangunan sekolah sudah ranap menyembah bumi, bahkan kertas dan alat tulis juga tidak dapat dibekalkan akibat sekatan Israel dan penutupan sempadan Gaza dengan dunia luar. Namun dalam serba kekurangan dan kedaifan ini, mereka tidak pernah putus pergantungan dengan Allah subhanahu wataala. Mereka tetap meletakkan harapan penuh yakin bahawa masa depan Palestin sudah dijamin dalam Islam. Oleh yang demikian, salah satu agenda penting yang diberikan perhatian penuh para pejuang ialah membina generasi pelapis. Mereka ditarbiyah dengan al-Quran. Mereka ditarbiyah untuk menjadi para hufaz yang membawa al-Quran di dalam dada-dada mereka. Pada musim panas yang lalu mereka Berjaya menghasilkan 30,000 para hufaz cilik daripada kalangan anak-anak lelaki dan perempuan. Sebahagian daripada mereka bergelar hufaz hanya dalam tempoh tiga bulan atau lebih pendek daripada itu. Program melahirkan generasi Rabbani ini akan menjamin kelangsungan jihad untuk mempertahankan tanah suci dan Masjid al-Aqsa. Dengan nukleus para rijal yang mempunyai kualiti tarbiyah imaniah ini, benteng-benteng pertahanan umat di bumi al-Quds akan terus dijamin terpelihara daripada pencerobohan dan pengkhianatan golongan yang cuba mengkhianati perjuangan ini. PACE mengajak umat Islam untuk mengimbau perjuangan umat Islam di Palestin bersempena dengan Maal Hijrah. Apakah kaitan peristiwa Hijrah Nabi sallallahu alaihi wasallam dengan perjuangan yang ditempa oleh umat Islam zaman ini terutama di Tanah Suci al-Quds? Apakah hubung kait peristiwa besar dalam perjuangan Nabi sallallahu alaihi wasallam 1,400 tahun yang lalu dengan kesinambungan perjuangan umat Islam pada hari ini? Pastinya peristiwa hijrah Nabi sallallahu alaihi wasallam bukan hanya satu peninggalan sejarah tetapi satu panduan yang terus relevan sepanjang zaman. Perjuangan Nabi sallallahu alaihi wasallam adalah kemuncak segala perjuangan antara yang hak dengan yang batil, antara kebenaran dengan kepalsuan. Allah subhanahu wataala telah menjadikan resam perjuangan yang batil sentiasa berada di pihak yang kuat dari sudut zahir dan luarannya. Semua itu menjadi ujian kepada orang-orang yang beriman agar mereka tidak silau dan goyah melihat kekayaan dan kekuatan pendukung-pendukung kezaliman. Nabi sallallahu alaihi wasallam berhadapan dengan penindasan dan penyeksaan golongan penguasa Quraisy selama 13 tahun menerajui perjuangan menegakkan kalimah Allah dan kebenaran di bumi Makkah. Mereka merupakan golongan minoriti yang sentiasa diasak oleh pemuka-pemuka Quraisy yang berkuasa, berpengaruh dan kaya-raya. Golongan inilah yang memegang tampuk kekuasaan dan tidak pernah berhenti-henti menyakiti Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan orang-orang yang beriman. Sebahagian mereka syahid di tangan penguasa-penguasa ini dan apa yang mampu dilakukan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam hanyalah menyuruh para sahabatnya bersabar. Apabila semua penyeksaan dan penindasan ini tidak berjaya melemahkan keimanan maka mereka telah mengambil satu pendekatan di luar batas-batas persaudaraan bahkan di luar batas kemanusiaan. Umat Islam diboikot dan dikepung selama tiga tahun lamanya. Mereka tidak dibenarkan menghubungi dan menyambung silaturahim meskipun dengan ahli keluarga yang terdekat. Bekalan makanan disekat sehingga ada umat Islam yang meninggal dunia akibat kebuluran. Bahkan Saidatina Khadijah radiallahuanha dikatakan meninggal dunia kesan daripada kekurangan makanan. Namun umat Islam tetap bertahan dan tidak sekali-kali menggadaikan keimanan mereka hanya untuk mengalas perut yang pedih menahan lapar. Mereka tetap bertahan meskipun anak-anak merintih pada waktu malam akibat menderita kelaparan. Tangisan yang memilukan pada waktu malam telah mendorong orang-orang Quraish yang masih punya hati untuk membekalkan makanan secara sembunyi-sembunyi supaya tidak diketahui orang lain. Allah subhanahu wataala telah menguji Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sehingga ke kemuncaknya dan kemudian memberi kelegaan kepada umat Islam dengan campur tangan Allah subhanahu wataala sendiri. Berakhirnya boikot rupa-rupanya menjanjikan dugaan yang lebih berat kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Kematian dua orang yang paling disayangi dan yang paling kuat menyokong dan melindungi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam iaitu isterinya, Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib sudah tentu meninggalkan kesan yang amat besar pada jiwa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Dalam keadaan menanggung kesedihan itu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak berputus asa dan tetap menjalankan amanat dakwah yang dipikulkan ke atas dirinya. Namun kunjungannya ke Taif bukan disambut dengan baik bahkan dilempari dengan batu sehingga baginda menanggung luka yang berat. Pada saat sedemikianlah Allah subhanahu wataala memperjalankan Nabi dalam satu peristiwa yang menakjubkan iaitu Israk dan Mikraj. Perjalanan ke Masjid al-Aqsa dan kemudian ke Sidratul Muntaha adalah langkah pertama ke arah kemenangan yang bakal datang. Kembalinya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam disusuli dengan siri-siri pertemuan dengan penduduk Yathrib. Rasulullah dinanti-nantikan oleh penduduk Yathrib dan diangkat sebagai pemimpin di Madinah. Peristiwa hijrah adalah kunci kepada kemenangan ini. Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin pada hari ini, peristiwa hijrah adalah satu jaminan daripada Allah subhanahu wataala bahawa kemenangan pasti akan berpihak kepada pejuang kebenaran. Kekuatan fizikal dan sokongan antarabangsa yang dinikmati oleh Israel tidak akan melindungi regim haram itu daripada kemusnahan. Sebagaimana kepungan dan boikot ke atas Rasulullah sallallahu alaihi wasallam gagal maka begitu juga sekatan ekonomi dan kepungan ke atas Gaza akan gagal dengan kuasa Allah subhanahu wataala. Sebagaimana komplot dan persekongkolan golongan Yahudi dan munafiq di Madinah begitu juga persekongkolan rejim-rejim Arab bersama Zionis untuk menekan gerakan Hamas dan gerakan Islam di Palestin akan menemui kegagalan. Golongan Ahzab moden yang diterajui oleh Amerika Syarikat akan gagal sebagaimana gagalnya golongan Ahzab dalam peperangan Khandak. Keyakinan yang bulat inilah yang terus memercikkan api kebangkitan rakyat Palestin. Kini persoalannya ialah apakah peranan umat Islam sejagat? Adakah kita hanya sekadar menonton dan memberi ulasan-ulasan yang kadangkala terpisah daripada realiti sebenar? Ramai umat Islam di luar sana berasa sangsi dengan janji Allah subhanahu wataala. Mereka bukan sahaja mengambil sikap tidak peduli dengan apa yang menimpa tanah suci al Quds bahkan tergamak mencemuh para pejuang dengan kata-kata nista dan penghinaan. Sebabnya ialah umat Islam tidak kembali kepada persoalan dasar iaitu melihat perjuangan yang berlaku ini dalam konteks al-Quran dan sunah. Mereka mengukur kekuatan musuh dengan penilaian kebendaan lalu membuat kesimpulan bahawa perjuangan rakyat Palestin adalah usaha yang sia-sia. Kami menyeru seluruh umat Islam supaya kembalilah kepada Allah dan Rasulnya dalam menilai perjuangan umat Islam di Palestin. Kemenangan sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah subhanahu wataala bagi hamba-hamba-Nya yang berjihad dengan ikhlas dan penuh keimanan. Hadis-hadis sahih Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ada menyebut bahawa umat ini akan terus berjuang sehingga Allah memberi kemenangan mutlak kepada mereka. Apabila ditanya oleh sahabat di manakah mereka itu, dijawab oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, mereka itu berada di Baitul Maqdis. Dalam hadis yang lain Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memberi jaminan bahawa pengkhianatan golongan yang berkhianat tidak akan memudaratkan mereka. Mereka akan tetap menjadi golongan yang menang. Golongan ini disebut oleh Rasulullah berjuang di pintu-pintu Dimasq (Damsyik) dan pitu-pintu al-Quds (Baitul Maqdis). Bersempena dengan Maal Hijrah 1432 ini PACE menyeru seluruh umat Islam supaya meletakkan satu azam untuk bersama-sama dalam jihad mempertahankan tanah suci. Umat Islam diseru memperuntukkan sebahagian daripada penghasilan mereka untuk perjuangan pembebasan al-Quds. Barangsiapa yang memberi bekal kepada para mujahidin maka dia juga adalah mujahidin. Dengan mafhum hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam ini, PACE mengakhiri perutusan Maal Hijrah ini dengan harapan agar seluruh umat Islam bersama berganding bahu berjuang dengan segala daya dan upaya untuk menyokong jihad di bumi Palestin. Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE)
1 Muharam 1432H
Mendengar nama Hamzah Fansuri..Za'ba ..Ahmad Bostaman..
Iran Producing First Islamic Doll “Fatima,” Infidel Barbie and Ken Reportedly Gone Into Hiding…
(Ynet)- An Iranian firm has announced that it has produced the first Islamic doll. In the past, Iranians had two dolls, ‘Sarah’ and ‘Dara’ who were supposed to be Iran’s answer to Barbie and Ken, but they couldn’t break through the local market. The new dollhas a more Islamic visage, less Iranian and goes by the name of ‘Fatima‘.
Fam also launched new software which is meant to promote the wearing of the hijab. According to Seresht, the software includes videos of Islamic fashion, speeches on wearing hijab and an instant messenger service, Hijab Messenger.
The Iranian software is based on the yahoo instant messenger, but chats can only occur between “people who are defined within the system”. He didn’t explain if that meant that only women wearing hijab, or people supporting the idea could use it
1 )Yvonne Ridley Perjuang Nasib Umat Islam
Betulkan Tanggapan"Dahulu saya melihat wanita bertudung sebagai golongan yang pendiam, dan tertekan. Sekarang pandangan saya terhadap mereka berubah. Mereka adalah golongan yang berkemahiran, berbakat, dan cekal," ujarnya. Pandangannya mengenai Islam berubah setelah melalui pengalaman yang mendebarkan ketika ditahan dengan memakai burka.
Kejadian ketika berada dalam tahanan pihak Taliban telah membuka matanya tentang kebaikan Islam dan umatnya. Layanan tahanan di Amerika amat berbeza dengan Taliban. Sepanjang ditahan oleh Taliban, maruahnya sebagai wanita tidak diganggu gugat. Ridley diberikan kunci untuk mengunci selnya dari dalam. Layanan yang baik itu telah meninggalkan kesan dalam dirinya. Selepas itu, beliau menulis beberapa buah buku mengenai perjalanan hidup yang dihadapi di Timur Tengah sebelum memeluk Islam. Antara buku yang dihasilkan ialah In the Hand of the Taliban: Her Extraordinary Story dan sebuah novel Ticket to Paradise.
klik sini...http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1238-yvonne-ridley-perjuang-nasib-umat-islam.html
Opick -Dengan-Mu Aku Tenang
Tuhan sentuh aku dengan cinta-Mu
Basuh rindu dendam hatiku
Berlari mencari diri-Mu
Terbata meraba di fatamorgana dunia
Tuhan ampun bila hamba terlena arungi sang hidup
Nenangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa
Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang
Berlari mencari terlempar tak pasti
Terbata meraba di fatamorgana dunia
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa
Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang
Aku tenang
Aku tenang
Kesaktian Cinta
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com
Hanya hati budi yang kan mengerti
Kala terpancar dari naluri
Bersinar semesta ruang dan masa
Disentuh kesaktian cinta
Pengorbanan menjadi rela
Kala meresapi jiwa
Disentuh kesaktian cinta
Anugerah yang tak tertara
Kala hadirnya ia
Resah merindu meronta kalbu
Hanya janji setia sabda ditunggu
Disentuh kesaktian cinta
Seringkali jiwa mendamba
Kehadiran diri-NYA
Disentuh kesaktian cinta
Meresap segala yang indah
Dari rona dunia
Dihinggap kesaktian cinta
Pengorbanan menjadi rela
Menghadapi segala
Dihinggap kesaktian cinta
Anugerah yang tiada tara
Syukurilah hadir-NYA
Dihinggap kesaktian cinta
Seringkali jiwa mendamba
Bayang kehadiran-NYA
Dihinggap kesaktian cinta
Meresap segala yang indah
Dari rona dunia
Disentuh kesaktian cinta
Pengorbanan menjadi rela
Mengharungi segala
Disentuh kesaktian cinta
Anugerah yang tiada tara
Penawar duka lara...
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.
Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui
Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu
Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara
Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu
let's SEE what Al-Quran told us bout eyes..
An-Nahl
And Allah’s is The Unseen of the heavens and the earth; and the matter of the hour is but as the "twinkling of eyes" or it is higher still; surely Allah has power over all things.(77)
And Allah has brought you forth from the wombs of your mothers– you did not know anything– and He gave you hearing and "SIGHT" and hearts that you may give thanks. (78)
Do they not SEE the birds, constrained in the middle of the sky? None withholds them but Allah; most surely there are signs in this for a people who believe.(79)
An-Nahl
[77]
Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi; tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[78]
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
[79]
Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
Pada 21 Ogos 1969 apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid al Aqsa. Kesan dari pembakaran ini menyebabkan kemusnahan yang besar dan kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit. Selain dari beberapa peninggalan sejarah yang tidak ternilai musnah dijilat api seperti mimbar yang telah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi sejak 700 tahun yang lalu, lebih penting lagi umat Islam merasa tercabar kerana Masjid ketiga paling suci dalam akidah umat Islam cuba dimusnahkan oleh tangan-tangan jahat zionis yang telah lama menyusun strategi untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas tapak masjid untuk mendirikan rumah ibadat mereka (Haikal Sulaiman). Perbuatan pelampau Yahudi yang bernama Michael Dennis Rohan berbangsa Australia ini bukanlah satu perbuatan persendirian yang terpencil. Malah ia merupakan satu konspirasi yang dirancang sebegitu rapi oleh ketua-ketua agama Yahudi yang fanatik dan pendatang Yahudi yang bersekongkol dengan regim zionis untuk mengancam dan memusnahkan Masjid al Aqsa.
Wahai anak! Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya; karena terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang. Terutama dikalangan penuntut ilmu yang membuang-buang waktu dalam mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Ia mengira didalam ilmu yang tak bersari itulah terkandung keselamatan dan kebahagiaan, dan ia menyangka tak perlu beramal. Inilah kepercayaan filsul-filsuf.
Ia tidak tahu bahwa ketika ada pada seseorang ilmu, maka ada yang memberatkan, seperti disabdakan Rasullullah saw: "Orang yang berat menanggung siksa di hari kiamat ialah orang yang berilmu namun tidak mendapat manfaat dari ilmunya itu."
Wahai anak! Janganlah engkau hidup dengan kemiskinan amal dan kehilangan kemauan kerja. Yakinlah bahwa ilmu tanpa amal semata-mata tidak akan menyelamatkan orang. Jika disuatu medan pertempuran ada seorang yang gagah berani dengan persenjataan lengkap dihadapkan dengan seekor singa yang galak, dapatkah senjatanya melindungi dari bahaya, jika tidak diangkat, dipukulkan dan ditikamkan? Tentu saja tidak akan menolong, kecuali diangkat, dipukulkan dan ditikamkan. Demikian pula jika seseorang membaca dan mempelajari seratus ribu masalah ilmiah, jika tidak diamalkan maka tidaklah akan mendatangkan faedah.
Wahai anak! Berapa malam engkau berjaga guna mengulang-ulang ilmu, membaca buku, dan engkau haramkan tidur atas dirimu. Aku tak tahu, apa yang menjadi pendorongmu. Jika yang menjadi pendorongmu adalah kehendak mencari materi dan kesenangan dunia atau mengejar pangkat atau mencari kelebihan atas kawansemata, maka malanglah engkau. Namun jika yang mendorongmu adalah keinginan untuk menghidupkan syariat Rasullullah saw dan menyucikan budi pekertimu serta menundukkan nafsu yang tiada henti mengajak kepada kejahatan, maka mujurlah engkau. Benar sekali kata seorang penyair, "Biarpun kantuk menyiksa mata, Akan percuma semata-mata jika tak karena Allah semata".
Wahai anak! Hiduplah sebagaimana maumu, namun ingat bahwasanya engkau akan mati. Dan cintailah siapa yang engkau sukai, namun ingat! engkau akan berpisah dengannya. Dan berbuatlah seperti yang engkau kehendaki, namun ingat! engkau pasti akan menerima balasannya nanti.
salam pena buat para muslim yg masih berkobar2 dalam menegakkan Islam..semoga kita sentiasa berada dalam rahmatNya. Amin.
“Cinta lebih berarah ke konsep abstrak, lebih mudah dialami daripada dijelaskan”.
(Ibnul Qoyyim )
ada yang mengatakan, bagaimana caranya kita ingin melafazkan kata cinta itu? apakah cara terbaik?
perlu diingatkan, kita punya Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Penyayang,
sentiasa bersama kita,
walau kita berada di suatu tempat yang tiada seorang makluk pun
Allah swt masih bersama kita
Dialah yang kita perlu letakkan sebagai cinta yang pertama
'usaha, klu duduk je mana jodoh nak datang bergolek'
benar, setiap yang kita mahukan perlu usaha,
bukan soal jodoh sahaja, tapi
soal lain spt belajar, duit, dll
Allah menyukai hambanya yang berusaha
usahalah kita
denga meletakkan CARA usaha kita mengikut syariat
jangan lari daripada akidah
jangan terbabas daripada iman
jangan tergelincir daripada akhlak
jangan terlalai daripada ibadah
tidak layak kita menagih cinta manusia sedangkan cinta kita pada Pencipta tidak diletakkan pada tempat yang paling tinggi
renungilah setiap gejala sosial yang berlaku
dek cinta yang tidak mengikut landasan Islam
hilang cara Islam
pupus perhubungan yang diredhai Allah swt
andai kita mengganggap cinta itu hanya keseronokan semata-mata
cinta itu ibadah
yg perlu kekuatan dan niat yang ikhlas kerana Allah swt
seperti cinta Rasullullah kepada Khadijah
subhanallah
jika kita hendakkan jodoh, doa lah
doa senjata mukmin
berdoa bersungguh-sungguh
diiringi dengan akhlak dan akidah yang terpelihara
InsyaAllah
ada yang terbaik utk kita
Rasulullah saw bersabda " hakikat seorang muslim adalah, mencintai Allah dan Rasulnya, sesamanya, serta tetangganya, melebihi atau sebagaiman ia cinta kepada dirinya sendiri"
(HR. Imam Bukhari).
Salam pena,
Lihatlah sekitar alam Dunia luas terbentang Langit tinggi kebiruan Pohon-pohon kehijauan Hembusan bayu yang menyegarkan Dengarkan di sana-sini Beburung riang menyanyi Berbunga aneka warna Sumber kedamaian jiwa Mensyukuri nikmat Maha Esa Begitu berharga kehidupan ini Bagi mereka yang tahu menghargai Mengapa terdorong oleh perasaan Kalau turutkan hati diri menjadi korban Tiada yang dapat lari dari masalah diri Hadapi lah dengan tenang Tiap cabaran yang datang Atasinya dengan keimanan Sekadar buat renungan Untukmu teman tersayang Hitam putih masa depan Sendirian menentukan Hidup ini usah persiakan