Monday, November 30, 2009

CELIKKAN HATIMU..

CELIKKAN HATIMU..
OBJEKTIF "CELIKKAN HATIMU.."

1. Mengenali asal usul diri kita sebagai seorang umat Muhammad s.a.w.

2. Menimbulkan rasa izzah (bangga) dengan islam.

3. Mengetahui hakikat keadaan sebenar umat islam kini dan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk membaik pulih dan meletakkan kembali islam pada tempatnya.



1.

“Celikkan Hati MU”·

Manusia muslim, pelajar, atau melayu?·

Hadith:Allah hanya melihat hati dan perbuatan hambaNYA ( yakni ISLAM),bukan pada bangsa dan rupa seseorang ( riwayat muslim)· Quran (49:13)·

Maka kita adalah muslim dan setiap mereka yang beriman adalah adik beradik kandung kita. Quran ( 49:10)·



Kisah Mus’ab Umair selepas peperangan Badar

http://matapenaliza.blogspot.com/2009/11/man-hua-musab-bin-umair.html



2. Makna ISLAM?· Pada bahasa islam bermaksud tunduk, patuh dan berserah diri·

Islam adalah kata kerja, bukan kata nama.( so,x kn nk dok diam je bergeraklah(step by step)-lengkapkan diri menjadi individu 'ISLAM' dlm erti kt sebenar..)



3. Kebaikan bagi mereka yang faham·



Hadith:· عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:(( من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين )). صحيح البخاري ومسلم
Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, nescaya Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam ad-Din· Tanda kasih sayang Allah pada hambaNya adalah dengan mengurniakan kefahaman ad-Din kepadanya.·



refer post sy ttg ad-Din)·http://matapenaliza.blogspot.com/2009/11/ad-din.html

Apa maksud kefahamaan dalam ad-Din? ( Adakah kefahaman akal atau hati yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut?


4. Manusia seperti logam·

Hadith logam:عن أبي هريرة رضي الله عنه:
(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري "manusia seperti logam,terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga semasa Islam,sekiranya mereka faham"·

Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman.·

Apabila seseorang telah faham sesuatu, kehebatannya dapat digunakan untuk menyokong jahiliyyah atau menyokong islam – segalanya bergantung pada kefahamannya.·

Kisah ‘Umar al-Khattab (sifat logam yg ada pd umar - tegas,berani x berubah sebelum dan selepas beliau memeluk Islam( faham islam)- membantu melindungi org2 islam drpd penentangan Quraisy)



· faqahu: memahami ilmu Fiqh. (Contoh:imam syafie).

· faqihu: memahami Islam. (Contoh: sumaiyah).



· Tidak semestinya untuk kita memahami Islam, perlu kepada pengetahuan ilmu fiqh yang mendalam dan tidak semestinya faham ilmu fiqh dapat membawa kepada kefahaman islam. spt sumaiyah pd ketika itu blm lg disyariatkan solat,tutup aurat tp kerana aqidah yg kuat sanggup mati(syahid) demi mempertahankan aqidah yg satu-mengEsakan Allah



5. Memahami dengan hatiأَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ،أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُرواه البخاري ومسلم (Hadis No. 6 Hadis 40)



"ketahuilah bhw dlm setiap jasad itu ad seketul daging yg apabila ia baik, baiklah seluruh jasad dan apabila rosak, rosaklah seluruh jasad.



Ketahuilah ia adalah HATI"· Quran al-A’raf 7:179·



Allah menciptakan pada manusia 3 anggota: mata untuk melihat; telinga untuk mendengar; dan hati untuk memahami· Hati yang menentukan kefahaman seseorang bukannya ‘otak’ atau ‘akal’ manusia.

· Kisah novel / filem-filem· Apa yang difahami oleh hati akan pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang.(dpt dilihat menerusi non-muslim yg amik subjek pendidikan Islam- score A,tapi knp diorang x peluk islam pun, fikir2kan)· Apa yang perlu difahami?

7:179 – dari Al-Quran, manusia akan mengetahui tujuan mereka dicipta
To be continued............



taken from the seniors who give permission to share.. TQ (",)

Sunday, November 29, 2009

The Choice

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Assalamualaikum, and may peace be upon u all.

I've received an e-mail inviting me to contribute something onto this blog. Frankly speaking, I'm not a very educated person as far as Islam is concerned in which an ustaz, or imam, etc, are. But, for the sake of duty towards Allah, The Almighty God, I feel that I should share no matter how little my knowledge is. So, here I am sharing my little thoughts with all of you.

I find that comparative religion is a very interesting and important field. Reason being, I keep wondering why are there so many religions on the face of the earth when the truth is only one. Being a Muslim, I understood that only believers will be granted Paradise whereas unbelievers will be placed in the blaze of Hell. I began to feel since then, how lucky I am to be granted Iman/Belief since I was born. What if I was born not to Muslim parents? Will I be able to find The Right Path, the only path that Allah accepts? A very critical question to ask. If I wouldn't,Nauzubillah, I could not imagine the price that I have to pay for that on The Day of Judgement. Alhamdullillah, praise be to Allah, I can never thank Allah enough for granting me the Iman since I was born.

Most of us today, we blindly adopted and follow certain religions. Our friends are Christians because their parents are Christians, they are Buddhist, Hindus, Jews, etc and even Muslim friends are who they are because their parents are so. Some decided to pull themselves out of the issue by becoming Atheists. I admit, even I myself adopted Islam because my parents are Muslims. Otherwise, I'm not sure which one will I choose if i were to given choices. So, for not being able to choose before, now I decided that I must not just adopted Islam but I MUST CHOOSE Islam.

What do I meant by CHOOSE? 'Choose' by the definition: pick out as being the best of two or more alternatives. Hence, what I meant by CHOOSING Islam is literally means, I pick Islam as The Best religion/way of life in relative to other religions on earth. In order to choose Islam, I must therefore understand what Islam and all other major religions have to offer. After knowing these, only then will I be convinced that I have made the right decision in choosing Islam and convinced that Islam is the one and only religion of truth.

To our Muslim readers, how about you? Have u really CHOOSE Islam?
Then, how about our Christians, Hindus, Buddhists and also Atheists friends then?

to be continued, Insyaallah...
Jazakallahu khayran.

(I most welcome and will be very delightful and grateful to receive any comments/critics, for I'm just a servant of Allah with numerous mistakes and weaknesses)

Wednesday, November 25, 2009

Sejatah Mustafa Kamal Atartuk


SEJARAH KAMAL ATATURK

Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. . Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

'Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.'

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):

Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel...... Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Belaiu telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamlkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.

Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).

Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.

Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 - 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.

Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.

Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.

Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai."

Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan belaiu telah diserati oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.

Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.

Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.

Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.

Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundarkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, "Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam". Syeikhul Islam, Mustafa sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dang mengulingkan baginda.

Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami."


Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.


Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dala tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.

Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendikan sebuah gedung.

Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.

Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.

Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Belai membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidentnya sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama latifah hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamnya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk.

Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak belaiu disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M).

Saturday, November 14, 2009

Hujung MInggu Yg Indah.........(",)


SALAM..

ok stop sajak2x

so today more drastic & realistic


Hujung minggu ni g 1 program bulanan kt luar dgn akak2x senior yg dh jadi Dr...

Last jumpak diorg rasanya bulan puasa dulu

Mcm biasa bila jumpa ramai2x mcm ni it would be always happy(",)

Come back with new hope & spirit

but it still not comfirm to keep on flaming..


It's ok then u never feel it..

Jihad is something that must be seeked & renewed


ok nk share pengisian by kak ila...


Tajuk dia simple ja.. " Ad-Din"

Kalau time SPM naik soklan ni dlm paper sejarah or agama mesti kita jawb " Cara Hidup"

tp cara hidup mcm na?? dh x ingat la kak ila.. Sorri


Ad - Din ni terdiri daripada Iman,Islam& Ihsan.

Iman?? - yakin dgn hati

- tutur dgn lidah

- amal dgn perbuatan


Islam- Tunduk & patuh kpd Allah tanpa bantahan


Ihsan - melakukan suruhan Allah dengan penuh penghayatan seolah2x kita melihat Allah atau

Allahc melihat kita,,


This is basic..hafal utk Kafa dulu ..tp dh x ingat sgt bukan lupa(",)


Jadi yg menjadi inti diskusi ialah strategi Rasulullah berdakwah..

kalau kita susuri semula Sirah Nabawiyah dulu

Rasulullah memulakan segalanya dgn penekanan Iman & Ihsan.

Sumayyah syahid ketika masih belum menutup aurat ( belum disyariatkan)

Umar Al- Khatab setelah memeluk Islam baru berhenti minum arak setelah memeluk Islam


Berbanding dgn kita.. kita hafal Rukun Islam & Rukun Iman & ibadah2x dlm Islam

tapi Iman & Ihsan tu susah nk dtg sekali.

Zaman Rasulullah Iman & Ihsan dh kukuh then penekanan ibadah Islami followed ..

sebb nk melengkapkan definisi Iman iaitu -- Amal dgn perbuatan (anggota) sbb hati & lidah dh beriman..
Jom nilai kembali Iman kita sudah di hati? lidah? anggota?


2ndly) bincang mengenai tujuan Rasulullah diutus

- untuk mengajarkan ilmu Tauhid agar kita kenl siapa TUHAN kita

- menyampaikan khabar gembira kpd yg beriman


Knapa x diturunkan malaikat??

Nanti akn ada yg kata

- Malaikat tu x da nafsu bolehlah ..

- Malaikat tu patuh gila...

- Malaikat itu ... & Ini......


jadi Rasululah diturunkan dari kalangan manusia iaitu Nabi Muhammad S.A.W

supaya dpt diikuti mnjadi teladan..


3) Kesan keimanan kpd diri

- Yakin dgn janji Allah di dunia & akhirat

- x kan cepat putus asa dgn ujian ALLAH sbb yakin itu slh satu cara ALLAH menguji keimanan kita

- yakin bahawa setiap yang berlaku adalah mengikut Sunnatullah


try nk upload video Al-Muallim by Sami Yusuf kt sini tp x leh

tgok kt youtube je lah ek




ok ,, hope it gives benifit for those who can't go this weekend ,,,,

so,jgn lupa ajak kwn2x yg x p'nh ikut usrah ... but it must be steps for doing so...


sorry kalau ada slh silap


see u in next episode of life

Thursday, November 12, 2009

Memecah Kesunyian


Sunyi terkadang itu indah,

Sunyi itu terkadang mengundang resah,

Bukankah hingar itu lelah,

Bukankah hingar itu juga penghilang gundah.


Kita hanya mampu menerjah kehidupan,

kerana hari esok tidak ketahuan ,

adakah menjadi permulaan,

atau sudah mencecah pengakhiran.


Duhai sahabat aku perlukan kalian,

Jalan ini menjanjikan cabaran,

Ayuh hulurkan tangan ,

Agar derap langkah sentiasa seiringan.


by : sayaanakbapak&mak

Followers