Tuesday, January 26, 2010

E.X.A.M


SALAM,,,musim exam dtg lagi..

IPT lain jgn pelik,,,

medic kt USMKK xde sem.. dia punya takwim setahun.

Cuti just cuti raya & pas exam yg x ikot sgt sem ,,xde cuti sem.

Gudluck utk sahabat2x yg lain...(",)

Maafkn salah silap & halalkan segala ilmu..

Wednesday, January 13, 2010

Menunggu Kata Dari Tuhan






Malam Aprisiasi Seni (MAS), Minggu Penghayatan Islam Ke 12, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian (USMKK) mempersembahkan kepada anda sebuah teater “MENUNGGU KATA DARI TUHAN”


“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)


Skrip Menunggu Kata Dari Tuhan (MKDT) ini adalah terjemahan sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Ia mengisahkan Ka’ab bin Malik yang tidak ikut berperang bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Tabuk…terasa seperti dalam kuliah hadis, namun kelainan dapat dirasai melalui penyampaian yang mengetengahkan konsep kesenian dan hiburan.

Antara tarikan yang akan membawa anda menonton pastinya kerana Sabri Yunus. Ini kerana teater ini adalah teater monolog. Sabri berkomunikasi dengan ‘rasa’ selama 45 minit tanpa henti. Kehadiran Sani Sudin yang menjadi pemuzik ‘live’ sepanjang teater ini memang menakjubkan. Beliau berjaya menyampaikan ‘rasa’ Sabri Yunus dengan jayanya lewat gesekan biola dan hummingnya…

Teater ini adalah teater rasa yang dialami oleh Ka’ab yang punya rasa bersalah kerana tidak ikut serta untuk berjihad walaupun pada masa itu beliau sihat dan mempunyai peralatan dan kenderaan untuk pergi berperang. Pelbagai rasa yang dilaluinya lewat tertinggalnya beliau dalam perang, dan dipulaukan oleh sahabat kerana kesilapan besarnya itu. Rasa yang paling parah adalah tika menunggu keampunan dari Allah melalui Nabi Muhammad SAW…kesedihan, pasrah, redha, dan kesunyian cuba dikongsi dengan penonton.


Pengarah : Dinsman
Pelakon : Sabri Yunus
Pemuzik : Sani Sudin
Tiket : Pelajar Rm5
Dewasa/Staf RM10
Tempahan Hubungi :
Ridhuwan :013-2459379
Syahida : 014-8164320
Zulkifli :013-9585071

Tuesday, January 12, 2010

Kalimah "ALLAH" - disebalik perebutan kalimah & pertahanan akidah??







SALAM,

isu panas giler sekarg nih ttg penggunaan kalimah ALLAH..
mcm2x respon yg dpt
x nk bincg pasl respon tp apa yg saya dpt ialah ,
Al- Quran yg diturunkan oleh ALLAH itu benar .. Mcm mama nk kaitkn dgn isu ni??
Meh kita menengok sama2x..


Surah Al-Ankabut

[61]Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?

[62]Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[63]Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

[64]Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).

[65]Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.


Bersama kita renungkan perkara ini. Al-Quran diturunkan utk menyempurnakan kitab2x sebelumnya .... Dr ayat 62 , ALLAH S.W.T menyatakan org kafir tu sebut nama "ALLAH" & kita kena bersyukur even diorg lain akidah . Ayt lain2x kalimah ALLAH juga digunakan ,,ayat 65 , ALLAH S.W.T menergkn tntg kesyirikan mereka . Jadi mana yg x leh?? Penggunaan kalimah @ akidah ?? Jgn cepat melatah dlm isu ini. Berdiskusi & berfikirlah hikmah disebaliknya . Ada pro & kons. Tiada yg lebih mengetahui melainkan ALLAH ..

Surah An-Nisa

[56]Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[57]Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.

[58]Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

[59]Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


Harapnya ,ada penyelesaian dikalangan ulama2x & pemerintah negara dlm hal ni. Jgn dipanjgkan kekeliruan & persengketaan ini.. Malah ada dikalangan Muslim sendiri sudah berpecah kpd yg menyokong penggunaan kalimah ALLAH ni & yg tidak..
Aduhai Malaysiaku,,,,,

Lagi satu tanggungjwb kita adalh meng"clarify"kan kpd non-muslim ttg isu bkr gereja..Adoi,,bikin malu org Islam saja.... TP NANTI DULU!!!!! Btol ke org Islam yg bakar
Banyk khbar angin kata ini "tangan org luar"...Ape2x je lah.. Yg pentg kena tergkn adab yg nabi ajar dlm b'perang. Itu semua ALLAH S.W.T juga Maha Mengetahui...

Islam berlepas diri dari tindakan yang seperti ini. Al-Quran sendiri menyatakan bahawa tujuan peperangan yang berlaku dalam ajaran Islam ialah untuk membela keadilan buat manusiawi, yang antara kebaikannya menyelamatkan tempat-tempat ibadah. Ini seperti firman Allah: (maksudnya)
“Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
(Surah al-Baqarah, ayat 251).

Ruang perbincangan dan diolag hendaklah dibuka untuk setiap pihak memahami antara satu sama lain. Mendahulukan demonstrasi, jeritan dan slogan yang keras hanya akan menimbulkan lagi ketegangan dalam isu-isu antara agama bagi rakyat yang hidup dalam negara yang mengiktiraf kebebasan beragama.
Jalan yang baik ialah firman Allah: (maksudnya)
“dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami dan juga Tuhan kamu adalah satu; dan kepadaNyalah kami berserah diri”. (Surah al-Ankabut: 46).

Ini menunjukkan walaupun Islam hanya mengiktiraf dirinya sebagai agama yang diredhai Allah, namun dalam masa yang sama Islam menghormati hak beragama dan melindungi mereka.
Hmm....apa peranan kita??
Al-Baqarah
[254]Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
As-Syura
[15]Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: “Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)”.

Hanya ini yg t'mmpu setelh me"revise" di seluruh pelusuk alam maya siber millenium ini..(",)
Pasal isu gereja tu amik dr blog Dr Mohd Asri Zainal Abidin ,, bukan fanatik tp penerangan dia je saya fahm & rasa seng kalu ada kwn non-muslim tanya...kalau org len nk share dr source lain sila2x lah tambah..
Hanya kpd ALLAH disandarkan natijah kebaikn & keburukan ke ats hamba yg lemh ini.
Komen dialu2xkn supaya kita boleh diskusi..
Sekian , SALAM.


















Followers