salam pena buat para muslim yg masih berkobar2 dalam menegakkan Islam..semoga kita sentiasa berada dalam rahmatNya. Amin.
“Cinta lebih berarah ke konsep abstrak, lebih mudah dialami daripada dijelaskan”.
(Ibnul Qoyyim )
ada yang mengatakan, bagaimana caranya kita ingin melafazkan kata cinta itu? apakah cara terbaik?
perlu diingatkan, kita punya Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Penyayang,
sentiasa bersama kita,
walau kita berada di suatu tempat yang tiada seorang makluk pun
Allah swt masih bersama kita
Dialah yang kita perlu letakkan sebagai cinta yang pertama
'usaha, klu duduk je mana jodoh nak datang bergolek'
benar, setiap yang kita mahukan perlu usaha,
bukan soal jodoh sahaja, tapi
soal lain spt belajar, duit, dll
Allah menyukai hambanya yang berusaha
usahalah kita
denga meletakkan CARA usaha kita mengikut syariat
jangan lari daripada akidah
jangan terbabas daripada iman
jangan tergelincir daripada akhlak
jangan terlalai daripada ibadah
tidak layak kita menagih cinta manusia sedangkan cinta kita pada Pencipta tidak diletakkan pada tempat yang paling tinggi
renungilah setiap gejala sosial yang berlaku
dek cinta yang tidak mengikut landasan Islam
hilang cara Islam
pupus perhubungan yang diredhai Allah swt
andai kita mengganggap cinta itu hanya keseronokan semata-mata
cinta itu ibadah
yg perlu kekuatan dan niat yang ikhlas kerana Allah swt
seperti cinta Rasullullah kepada Khadijah
subhanallah
jika kita hendakkan jodoh, doa lah
doa senjata mukmin
berdoa bersungguh-sungguh
diiringi dengan akhlak dan akidah yang terpelihara
InsyaAllah
ada yang terbaik utk kita
Rasulullah saw bersabda " hakikat seorang muslim adalah, mencintai Allah dan Rasulnya, sesamanya, serta tetangganya, melebihi atau sebagaiman ia cinta kepada dirinya sendiri"
(HR. Imam Bukhari).
0 comments:
Post a Comment