Salam pena,
wah, mungkin sekarang ramai yg sedang menghitung hari nak cuti...skrg kalau di kampus kesihatan usm, setiap year, setiap course, suma dah nak habis sem..nak mula sem baru..mungkin ramai dari kita yang punya plan nak dijalankan semasa cuti..bersama keluarga...berkelah...menghadiri kelas tambahan..dan tidak dilupakan juga aktiviti yang meningkatkan kerohanian diri masing-masing..
Pernah saya mendengar dari seorang muslimat akan kepentingan cuti bagi dirinya.."cuti ni lah yang membuatkan kita memenuhi hobi yang tidak sempat kita buat semasa belajar, contoh cam aku, nak target baca buku-buku yang berlambak, beli tapi x baca-baca pun". Ada pula nak belajar memasak, katanya nak tingkatkan skil nak kahwin nanti..hehe..apa-apa pun sebagai seorang manusia yang diciptakan Allah swt, hidup setiap manusia perlu diletakkan nilai..man have to realise what is their purpose of life...strive for success,,read throughly and give deep understanding of what is in Quran..hopely we will be the great human..insyaAllah
Ada 1 lagi aktiviti yang boleh dilakukan oleh kita dalam masa cuti,, lebih kurang 3 bulan, iaitu menggerakkan aktiviti berkumpulan...carilah teman-teman seperjuangan yang LUAR dari kampus, buatlah satu aktiviti bersama,,,dirikan tarbiyyah dalam diri setiap ahli...ingat semua, pergerakan dakwah dan kegiatan bersifat islamik bukan hanya berlaku di kampus..jangan kita semua hanya aktif ketika di kampus,,,dapatkanlah pendedahan yang baik di kapus,,dan sebarlah dan kongsi-kongsikanlah dengan masyarakat luar...
Mudah-mudahan segala usaha kita diredhai dan diberkati oleh Allah swt. Usaha biar berterusan. Memetik ucapan dekan PPSK semasa dalam satu majlis, beliau menyuruh mahasiswa supaya jangan terlalu memandang kepada orang yang lebih baik dari kita, kerana kita mungkin akan kurang berusaha, pandanglah orang yang lebih rendah dari kita, supaya kita akan lebih menginsafi diri di samping kita bersama-sama dengan orang itu untuk berusaha menjadi lebih maju...
sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, (Asy Syams; 9) dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya (Asy Syams; 10)
1 comments:
salam..selalunye cuti nie student akan rase nk gi keje kan?tp macam mane pulak student yg malas cam sy nie?hehe...ape ktorg boleh buat kt rumah tu?tlg bg cadangan boleh?thanks....
Post a Comment