Thursday, June 04, 2009

ISLAMIC MEDIA COMPETITION

ASSALAMUALAIKUM
Perhatian kepada semua ahli2x usrah KARISMA di USMKK..
KARISMA Nasional (umum) or specifically Lajnah Media akan menganjurkan
pertandingan berunsurkan media.
kepada sesiapa yg mahir & kreatif boleh menyertai p'tndingn ni..
antara kategori yg dipertandingkn
a) Pertandingan Media ( Video)
b) pertandibgan fotografi
c) pertandingan menulis lirik nasyid/sajak
d) pertandingan menulis cerpen

so check out belowz information


Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia [KARISMA] The Islamic Media Award Competition 2009

1 SYARAT UMUM PERTANDINGAN
1. Penganjur bagi pertandingan ini adalah Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA).
2. Pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 15 tahun dan ke atas.
3. Tiada yuran penyertaan dikenakan kepada peserta.
4. Peserta tidak dibenarkan plagiat mana-mana hasil karya atau hasil kerja individu/kumpulantertentu.
5. Medium bahasa yang digunakan hanyalah Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia.
6. Peserta masih mempunyai hak milik bagi sebarang hasil karya atau hasil kerja cerpen/fotografi/lirik nasyid/ sajak/multimedia yang dihantar kepada penganjur. Walau bagaimanapun, penganjur berhak mempamerkan hasil penyertaan kepada umum sebagai pengajaran dan kegunaan lain.
7. Setiap penyertaan perlu berdasarkan salah satu tema yang disenaraikan oleh pihak penganjur. Sebarang penyertaan di luar tema akan hilang kelayakan bertanding.
8. Tarikh tutup bagi semua kategori pertandingan adalah pada 8 JULAI 2009.
9. Para peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi perlu menggunakan borang penyertaan yang berbeza sekiranya berlainan kategori dan tema. Satu borang adalah untuk satu kategori dengan tema penyertaan yang sama.
10. Semua penyertaan melalui pos perlulah di alamatkan kepada:

Penganjur I-MAC 2009
Pusat Komuniti JIM
Lot 300.3 Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
51300 Kuala Lumpur
11. Penyertaan melalui email pula boleh di alamatkan kepada:
imac.karisma@gmail.com
Sila namakan subjek/tajuk mel dengan format berikut:
[kategori]. [nama] (Contoh: Cerpen.Firdaus Ahmad)
12. Sekiranya hasil penyertaan di hantar melalui pos, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan ketika perjalanan.
13. Bukti tarikh penghantaran bukanlah bukti penerimaan.
14. Semua hasil media akan di nilai melalui kreativiti, keaslian karya, ketelitian dan kandungan berasaskan tema pilihan.
15. Keputusan para juri adalah muktamad.
16. Para pemenang akan dimaklumkan melalui telefon atau surat. Sekiranya peserta tidak dihubungi sehingga 17 JULAI 2009, peserta dianggap tidak berjaya.
17. Senarai pemenang akan dipaparkan pada laman web dan blog program di alamat:

http://www.karisma.jim.org.my (Laman web rasmi KARISMA) http://islamicmediacompetition2009.blogspot.com (Blog program)








Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia [KARISMA] The Islamic Media Award Competition 2009

2 TEMA PERTANDINGAN
Setiap penyertaan boleh memilih salah satu daripada 8 tema yang ditetapkan. Tema pertandingan adalah seperti berikut:
1. Adat dan Tradisi (Custom and Heritage)
2. Malaysia yang kuimpikan (My Dream Malaysia)
3. Kehidupan Pelajar (Student Life)
4. Alam (Nature)
5. Islam itu kebanggaanku (Proud to be a Muslim )
6. Di bawah naungan Al-Quran (In the Shade of the Quran)
7. Manisnya Dakwah (The Beauty of Doing Dakwah)
8. Fikrah Islam Dominan Alam Kampus

KATEGORI PENYERTAAN
Pertandingan I-Mac dibahagikan kepada 4 kategori:

Kategori A: Pertandingan Multimedia
Syarat pertandingan multimedia adalah sepeti berikut:
1. Anda bebas memilih perisian bagi menghasilkan sesebuah persembahan kreatif (Contoh: Macromedia Flash, Macromedia Swish, Macromedia Director, Vegas, U lead, etc)
2. Penghasilan persembahan berbentuk dokumentari, video, videoklip dan kartun 2D/3D adalah dibenarkan.
3. Bagi penghasilan persembahan berbentuk videoklip, peserta diingatkan supaya meminta keizinan pihak berkenaan. KARISMA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk penggunaan sumber tanpa keizinan.
4. Peserta perlu menyediakan sinopsis persembahan secara ringkas.
5. Hasil persembahan perlulah tidak kurang 3 minit dan tidak melebihi 7 minit.
6. Hasil media perlulah disimpan menggunakan format MPEG ataupun AVI.
7. Untuk membuktikan keaslian hasil media, peserta diminta menghantar sekali fail dalam format asal yang digunakan untuk menyiapkan projek (cth: jika menggunakan flash, fail format *.FLA).
8. Penyertaan perlu di hantar dalam bentuk CD/DVD yang bersesuaian dengan Perisian Asas Window atau sekiranya persembahan anda bersaiz kecil anda boleh terus menghantar melalui email di alamat: imac.karisma@gmail.com.
9. Anda boleh menghantar lebih dari satu hasil karya tetapi hanya berhak memenangi satu
hadiah.








Kategori B: Pertandingan Fotografi
Syarat pertandingan fotografi adalah seperti berikut:
1. Kategori fotografi ini bukanlah sekadar pertandingan mengambil gambar, tetapi peserta perlulah menunjukkan kreativiti dalam mengedit imej/gambar tersebut.
2. Imej perlu di edit untuk di jadikan seakan-akan wallpaper dengan menggunakan mana-mana perisian pilihan peserta dengan menambah samada slogan/mutiara kata/kata nasihat/kata motivasi mahupun apa sahaja yang bersesuaian dengan imej. Peserta digalakkan menggunakan format landscape.
3. Peserta diberi kebebasan untuk membuat gabungan imej, tambahan rekabentuk (design), mengubah bengkokan, warna, kepekatan dan penajaman.
4. Walaupun imej yang digunakan dalam wallpaper telah diubahsuai, imej asal masih perlu disertakan sekali dalam CD/DVD yang sama.
5. Imbasan atau cetakan adalah dilarang sama sekali.
6. Simpan imej sebagai jpeg pada kualiti imej yang paling tinggi (Contoh: 12 dalam photoshop)
7. Saiz piawaian untuk penghantaran adalah 1280x960 bagi 4:3 (monitor biasa dan 1280x800 bagi skrin 16:9 (widescreen).
8. Peserta digalakkan menggunakan tulisan yang bersesuaian ketika menambah slogan/mutiara kata/kata nasihat/kata motivasi pada imej kerana kejelasan dan kesesuaian tulisan turut di ambil kira.
9. Peserta perlu menamakan fail mengikut format berikut:

nama peserta_nombor tema_tajuk/subjek (Contoh: Farhan_4_Cloud.jpg atau Farhana.1.oldcastle.jpg).
10. Hantarkan semua imej anda dalam satu CD/DVD yang bersesuaian dengan Perisian Asas Window atau anda boleh terus menghantar melalui email di alamat: imac.karisma@gmail.com

Kategori C: Pertandingan menulis lirik nasyid/sajak
Syarat pertandingan adalah seperti berikut:
1. Gunakan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12.
2. Penggunaan Bahasa Malaysia adalah tertakluk kepada bahasa yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Penggunaan Bahasa Inggeris pula hendaklah menggunakan bahasa dan kosakata yang terdapat di dalam kamus.
3. Sekiranya terdapat bahasa pasar yang tidak terdapat di dalam kamus, peserta hendaklah menggunakan font italic sebagai indikator.
4. Hasil lirik nasyid/sajak perlu di hantar melalui email di alamat: imac.karisma@gmail.com







Kategori D: Pertandingan menulis cerpen
Syarat pertandingan menulis cerpen adalah seperti berikut:
1. Gunakan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12.
2. Jarak antara barisan adalah 2.0 spacing.
3. Menambah grafik dalam presentasi cerpen adalah dibenarkan.
4. Penggunaan Bahasa Malaysia adalah tertakluk kepada bahasa yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Penggunaan Bahasa Inggeris pula hendaklah menggunakan bahasa dan kosakata yang terdapat di dalam kamus.
5. Sekiranya terdapat bahasa pasar yang tidak terdapat di dalam kamus, peserta hendaklah menggunakan font italic sebagai indikator.
6. Jumlah patah perkataan mestilah dalam lingkungan 1700-2000 patah perkataan sahaja atau jumlah muka surat tidak melebihi 8 mukasurat.
7. Hasil cerpen perlu di hantar melalui email di alamat: imac.karisma@gmail.com


So those who interested to join send your request by sending email to me csakura88@gmail.com
then u will get registeration form

Followers