Mehnah berjuang.,,
sama fikrah x semestinya sama pemikiran..
Terasa diri ini seolah-olah b'sendirian,
dikala itu aku mula mencari kata2x dari Tuhan..
Alhamdulillah ,dalam Istikharah Al-Quran aku menemui jawapan...
Al-Jathiyah
[14]Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman: hendaklah mereka memaafkan (kejahatan dan gangguan) orang-orang yang tidak menaruh ingatan kepada hari-hari (pembalasan yang telah ditentukan) Allah; (disuruh berbuat demikian), kerana Allah akan memberi kepada satu-satu puak: balasan yang patut dengan apa yang mereka telah usahakan
[15](Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu.
[16]Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israil Kitab Taurat, dan pangkat kehakiman serta pangkat kenabian; dan Kami telah kurniakan mereka benda-benda yang baik-baik, serta Kami lebihkan (nenek moyang) mereka di atas orang-orang yang ada pada zamannya.
[17]Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata mengenai perkara ugama; maka mereka tidak berselisihan (dalam perkara ugama itu) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang baik dan yang sebaliknya; berlakunya yang demikian) kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu.
[18]Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).
[19]Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).
[20]Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).
Bukan ku sok taat
Astafighrullahal’adzim
Reff:Ingat mati, ingat sakit
Berapa dosa kau buat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Pandanglah ke sana
Astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzimCepat ucap astafighrullahal’adzim
Artikulasi Psikosis
Mentari segan-segan mengintai di celahan kawanan awan hitam. Mengejut. Sebentar tadi awan itu bersetuju dan bersatu memuntahkan titis hujan. Lebat membebat hari. Seakan-akan hujan itu tidak akan reda sampai kiamat. Cuaca jarang berdisiplin, Melbourne tidak segan menghimpun musim nan empat dalam diari sehari. Kadang-kadang panas sepijar-pijarnya, sekonyong-konyong sejuk sehingga kebas merampas sendi. Sekarang, dingin mundar-mandir pada nadi Melbourne sehingga memaksa suhu terjeda pada angka 13 darjah Celcius. Kembara tahun menghampiri perbatasan musim luruh, pohon-pohon sudah botak habis, yang tinggal hanya cabangan ranting yang sabar menanti pucuk baru yang kebiasaannya muncul pada penghujung musim dingin. Hisyam semurung awan mendung, sekalut angin yang gopoh-gapah menyeret pergi awan hitam. Seminit tidak berlalu tanpa dia mengerling jam di tangan. Sebetulnya, dia telah cepat-cepat keluar daripada Rotundra, dewan kuliah renta separa bulat tempat dia menadah ilmu. Tampang pensyarah histologi, Prof. Jim Godding menari-nari dalam cepu mindanya, membuat kacau di daerah fikir. “Ah! Orang tua itu kalau bersyarah tak tahu berhenti!” Mengeluh, mendesak keluar sisa udara dari rongga hidung, mendesah dengan bunyi huh.
Hari ini penuh debar. Dia sudah lama berkira-kira untuk berada pada hari ini. Hari ini dia mahu menunjukkan kejantanannya. Kalau perlu membuka bunga-bunga silat, dia akan buka. Kalau perlu memunggah jurus, dia akan punggah. Dia akan jerkah dan berpencak, dia akan kekah. Dia akan menghimpun aura-aura kemampuannya pada kota usaha. Tapi dia sudah terlewat. Dia telah menabrak janji, melewati permatang jam dua, lajak sampai tiga puluh minit. “Kalau kerbau dipegang pada tali, aku dipegang pada janji.” Hatinya menjerkah rasa, hingga rasa diruntun sesal. “Kalau aku tak makan tengah hari pun tak mengapa, lagi pula Isnin sunat berpuasa.” Sesal menjuju menyerbu rumah rasa. Sepatutnya, tepat jam dua dia sudah berada di Hill Medical Centre bagi latihan perubatannya yang pertama. “Bakal doktor tak sepatutnya lambat,” dia bermonolog memarahi dia. Begitu selama beberapa minit yang sempat singgah. Sedang begitu, bas tergesa-gesa menyapa, penumpang berbaris seorang demi seorang menanti giliran menjejali perut kenderaan, dia antara seorang demi seorang itu. “Lega, datang juga bas,” Hisyam memaku pandang pada Menzies Building yang berdiri ego di tengah kompleks Monash University. Semakin kecil, sayup dan hilang dari pandang.
Hisyam antara yang bernasib baik terpilih mengikuti pengajian perubatan di luar negara. Dia betul-betul bersyukur. Dia menitipkan syukurnya pada setiap saat yang pergi. Syukur dengan nikmat yang rajin menyapa. Musim bunga tahun lepas, dia menjejakkan kaki buat pertama kali di benua Australia. Tika itu, seperti mahu berlari menyanyikan gembira. Dingin musim bunga masih hangat di wilayah fikir. Indah. Senyum teman-teman yang turut sama mendarat di Tullamarine Airport masih meratai lantai kenangan sampai saat ini. Dia akan ingat detik itu, dia juga akan ingat untuk bersyukur kerana detik itu. Masa lincah dan pantas, terasa seolah-olah masa memecut deras meninggalkan dia warawiri dalam kesibukan sendiri. Laju, tanpa sempat dia sedar, dia sudah terdampar pada hari ini.
Setahun pergi, padat dengan rona hidup. Hisyam menjadi murid yang tekun menyulam hikmah pada kanvas pengalaman. Dia seorang pelajar yang rajin mengutip wajar pada pengajar yang mengajar makna dewasa. Dia dewasa dengan kedewasaan. Dia belajar dengan memerhati, menilai, fikir, dan analisa. “Ini bukan model masyarakat yang baik,” dia berbisik dalam hati. Insiden hujung minggu lepas masih lepas bebas berlari dalam kotak ingatan.
Seorang tua. Pakaian lusuh, compang-camping. Lihat. Mulut ternganga. Sekali-sekala biji halkum turun naik menelan liur. Wanita lewat 30 tahun. Memegang kebab. Kunyah. Telan. Sisa pada dua ulas bibir dijilat. Suap lagi. Kunyah dan telan. Nikmat.
“Maaf saudari, boleh beri sebahagian daripada kebab yang berbaki kepada saya?” Pinta orang tua dengan pelat pekat Inggeris Australia.
“Maaf, saya lapar,” balas wanita seraya menjilat sisa sos yang melekat pada jari jemari.
“Saya sudah tak punya wang, lihat lebam-lebam di perut saya,” lelaki tua mengangkat baju. Perutnya terdedah.
“Lagi. Lihat di belakang saya,” menunjukkan belakang badan, kebiru-biruan, pepak lebam. Wanita lihat sekilas pandang, mahu tak mahu.
“Itu kau punya fasal,” balas wanita. Suara tinggi.
“Kau tak tahu, semalam aku kalah judi, aku tendang mesin judi, terajang, pukul, hentak sampai pengawal keselamatan heret aku keluar! Kemudian pukul aku, lebih teruk daripada aku pukul mesin judi. Lihat ini. Ini dan ini.” Orang tua meninggikan suara, menyelak baju sana sini, tidak keruan. Wanita berlalu, muka kerut seribu, meluat.
“Bodoh! Anjing lagi bagus daripada kau! Tak ada belas ihsan!” Orang tua menjerit. Pejalan kaki yang lalu-lalang berhenti dan memandang. Hisyam yang berdiri tidak jauh daripada orang tua kaku, pertama kali lihat adegan begini. Orang tua bergegas ke arah seekor anjing yang ditambat pada tiang papan tanda yang tertera ‘jangan berhenti’.
Anjing menggigit orang tua. Berkali-kali menampar kepala anjing. Lepas. Ludah dia pada bulu gebu si anjing. “Anjing dan orang tak ada beza!” Jerkah orang tua, anjing menyalak galak dan galak menggoyang ekor. Orang tua pergi, huyung-hayang. Hisyam gumam, tegak.
Perjalanan dari Monash University ke Hill Medical Centre yang letak di Dandenong menuntut 45 minit daripada kantung masa. Agak jauh, agak lama. Sempat untuk akar kenangan menghunjam sampai dasar memori, membungakan bunga-bunga fikir, mekar mengharumkan ujana kematangan. Kisah demi kisah bersilih ganti mengisi kembara waktu. Metropolitan Melbourne tertayang pada layar memori. Trem yang menjalari dada Melbourne dan mendenyutkan nadi kehidupan warganya melanggar tiang seri ingatannya. Hisyam kerut, menzahirkan kontur dahi.
Di atas trem. Penumpang kurang. Hisyam sendiri. Pemuda mata kuyu huyung hayang menghampiri. Mengomel tak tahu buah butir.
“Bala! Budak dadah, jangan kacau aku sudah!” Bermonolog gundah. Hisyam membuang pandang pada pejalan kaki yang beruntun-runtun dituntun arah tersendiri.
“Budak! Satu dolar!” Pemuda mata kuyu menyapa. Biadap. Hisyam buat tak dengar. Cuak menjentik debar.
“Buat tak tahu, nanti nyahlah dia,” Hisyam membisikkan tenang pada diri sendiri.
“Pekakkah budak? Satu dolar! Satu dolar!” Ulang pemuda mata kuyu dalam pelat Australia pekat. Telunjuknya ditujal-tujal pada kepala Hisyam.
Hisyam disergah geram. Darah keturunan Laksamana Bentan membuak dan membusa dalam trafik darahnya. Pantang datuk nenek seribu keturunan kalau kepalanya ditujal-tujal. Kalau perlu berpencak, dia akan berpencak, memasang kekuda dan meledakkan buku tangan. Kalau perlu membuka bunga-bunga silat, dia akan buka. Kalau perlu memunggah jurus, dia akan punggah. Dia akan jerkah dan berpencak, dia akan kekah. Mujurlah sabar masih tegar memasak amarah. Sabar itu jugalah yang menjadi kawat memisahkan dia dan sinopsis duka. Turutkan kata hati hanya mengundang binasa. Kalau tidak, mungkin wajahnya yang kacak dan bebas jerawat itu akan terpampang di muka hadapan tabloid terkenal Melbourne, The Herald Sun. “Saya tak punya wang,” Hisyam menjawab seraya membenam pandang jauh ke dasar mata pemuda yang segan untuk terbuka. Pemuda mencarut-carut, barang kali dengan segala carutan yang dipelajarinya dari kecil sampai hari ini, tidak putus-putus mencuar keluar dari mulut pemuda, membidik gegendang telinga Hisyam. Hisyam selamba. Pemuda huyung hayang pergi, meninggalkan Hisyam sendiri. “Alhamdulillah, nasib tak ada apa-apa,” Hisyam lega, saraf simpatetiknya mengendur, tenang melenggang di taman rasa. Genggaman tangan kanan dibuka, syiling emas satu dolar damai di telapak tangannya. Hisyam senyum.
Manusia makhluk yang menyusun diksi-diksi kompleksiti pada lajur kehidupan, mencabar akal untuk menghuraikan makna tersurat dan tersirat. Kadang kala dengan rima sumbang yang menghilangkan estetika kemanusiaan itu sendiri. Negara maju seperti Australia sedang menghadapi proses revolusi akhlak yang mendebarkan. Kepesatan kemajuan menyesarkan nilai moral masyarakat. Nilai murni dan sahsiah sudah menjadi prioriti terakhir, yang dijulang-julang adalah kecemerlangan materi. Hasilnya, kebejatan meratai setiap strata masyarakat. Kisah seorang politikus Australia yang telah menjalani pemeriksaan susunan genetik bagi mengesahkan status anaknya masih basah dalam ingatan Hisyam. Ujian itu akhirnya membongkar hakikat bahawa yang disangka anaknya itu bukanlah anaknya, yang disangka anaknya itu adalah anak teman wanitanya bersama lelaki lain. Masih terngiang-ngiang keluhan rakan tutorialnya apabila tutor mereka membentangkan statistik bahawa sepuluh peratus daripada penjaga bukanlah bapa atau ibu kandung kepada jagaan mereka. Hisyam faham benar, apa-apa yang bertentangan dengan fitrah manusia akan dibenci oleh manusia. Kiasannya begini, seorang pencuri akan marah dan geram jika miliknya dicuri. Kebejatan akan dibenci oleh sesiapa sahaja walaupun oleh si pelaku bejat, cuma masa menentukan bila dan di mana. Manusia yang berkubang dalam lumpur kebejatan akan menyusahkan orang lain, kalau pun tidak memalitkan lumpur, menyuntik rensa pada saraf dengan bau hamis. Ini adalah hasil pembangunan yang tidak disepadukan dengan pembinaan moral. Gejala keretakan sosial ini diartikulasikan atau dinyatakan melalui pertambahan bilangan penagih dadah, anak luar nikah dan kes-kes jenayah. Natijah daripada persekitaran yang tidak sihat dan selamat itu akan disusuli pula dengan gejala psikosis atau gangguan mental yang teruk. Artikulasi psikosis adalah penanda bahawa masyarakat telah berada pada tubir kemajuan yang menanti rebak.
Kebiasaannya, kenderaan awam dilengkapi dengan pemanas udara, menghangatkan dingin musim gugur yang hinggap pada tisu kulit. Suam menjemput selesa. Dalam pelukan selesa, lamunan belayar dalam lautan hikmah. Tiba-tiba terhenti bersama bas yang sedia berteleku betul-betul di hadapan Stesen Yarraman, Dandenong. Hisyam turun mengekori penumpang-penumpang lain. Dia perlu mengerah langkah dan meranduk dingin kira-kira satu kilometer, menyusuri bahu Chandler Road sebelum sampai ke Hill Medical Centre. Hisyam menjeling jam di tangan. Jarum jam dan minit andar pada angka tiga. “Ah, aku lewat sejam lima belas minit!” Hisyam mengeluh. Kaki terus-terusan menghayun bandul langkah, akal terus-terusan menghayun bandul fikir. Dia punggah kotak kata, menyusun ayat terbaik untuk menerangkan peri kelambatan dia pada hari ini. Dedaun merah, kuning dan perang yang membentuk mozek lorong pejalan kaki sudah tidak dia hiraukan. Habis dihenyak tanpa sempat memuji kreativiti karya alam ciptaan Tuhan. Biarlah pepohon meranggaskan dedaun, yang penting dia segera sampai dan melaporkan diri.
“Maaf , saya lambat. Kuliah usai lewat dan terpaksa akur dengan jadual perjalanan bas,” Hisyam melontarkan patah-patah kata Inggeris dengan lancar, kemudian mencipta senyum buat Dr. Kamala yang sedia berdiri di hadapannya. Pengamal perubatan yang berasal dari Sri Lanka itu membalas senyum. “ Tak mengapa, saya pun baru masuk kerja,” bahasa Inggerisnya fasih, ada mesra di hujung intonasi. Lega mengusir debar. Keduanya bubar dari ruang menunggu, kemudian beriringan masuk ke bilik rawatan. Hisyam melangkah dengan harapan untuk belajar sesuatu.
Pesakit pertama masuk. Seorang wanita tua, kedut setukal. Perlahan maju mengatur bidak-bidak langkah dengan berhati-hati. Rambut keperangan, mata coklat hazel dan kulit putih pucat, ciri tipikal Kaukasia. Duduk. Betul-betul di hadapan Dr. Kamala. Tidak menghiraukan Hisyam yang membatu di sisi meja. Wanita Kaukasia, doktor berdarah Sri Lanka dan Hisyam, Melayu yang berkelana ke Australia menimba ilmu dan pengalaman. Wanita tua menggeledah tas tangan hitam yang resah di ribaan. Senyap.
“Saya datang untuk ini,” wanita Kaukasia menghempas bungkusan kuning ke atas meja. Pada bungkusan tertera Ritalin. Jenama methylphenidate, sejenis ubat yang berfungsi sebagai anti-depresi. Doktor mengerutkan kening, Hisyam juga begitu. Sekonyong-konyong wanita tua menghamburkan tangis. Makin lama dengan sedu yang berganda.
“Saya cuma mahu kembali kepada kehidupan normal,” kata-kata itu mencuri keluar dari celahan sedu-sedan.
“Terasa seperti ingin menjerut diri sendiri, biar saya keluar dari ketidakkeruan dunia saya,” tutur wanita putus-putus, air mata berderai turun menerusi rekahan kulit tua.
“Sabar Anne, saya akan cuba dapatkan pakar psikiatri untuk bantu awak,” doktor yang lama terdiam menyisip bicara, wanita tua menyeka cucur air mata dengan kura tangan. Ligat jari jemari doktor berlari di atas lajur nombor pada badan telefon. Mendail. Sayup terdengar suara di hujung talian, perbincangan berlangsung. Meletak gagang.
“Pulang dulu Anne, esok, jam sembilan pagi, pakar itu akan berkunjung ke kediaman awak.” Berulang kali wanita Kaukasia melafazkan terima kasih, kemudian lambat-lambat berlalu meninggalkan bilik rawatan. Di luar, kereta mewah siap dengan pemandu sedia menanti. Setia. Hisyam, menerusi cermin bilik rawatan melihat Anne terbongkok-bongkok masuk ke dalam perut kereta.
“Tak guna kemewahan tanpa ketenangan,” doktor menyentak tumpuan Hisyam yang sedari tadi terpempan pada Anne, pemandu dan kereta mewah.
Malam bersekutu dengan kegelapan untuk membalut siang yang semakin singkat, fenomena biasa apabila takwim tahunan menyapa musim dingin. Jam lima petang, hari sudah berada pada rengkung malam. Hisyam menjunjung langit kirmizi, bertemankan ketar kedinginan, berlalu meninggalkan Hill Medical Centre. Dia lebih dewasa daripada tadi kerana pengalaman yang baru sahaja dikutipnya.
Pembangunan materi yang tidak disepadukan dengan pembangunan moral adalah suatu jenayah yang maha besar, menatijahkan bencana pada setiap strata masyarakat. Hisyam bermonolog sendiri. Kemewahan bukan prasyarat ketenangan. Usaha membina peradaban yang hanya berasaskan bata-bata kebendaan ibarat menghasilkan bangunan yang retak dan menanti belah. Di kaki lima bangunan itu nanti, akan bergelandangan manusia yang sakit rohaninya. Penipu, pencuri, perogol, penagih dadah, kolar biru yang culas, kolar putih yang makan suap, pengkhianat, kaki botol, anak luar nikah yang tidak berdosa dan segala macam penderitaan, artikulasi psikosis. Perlahan-lahan retak itu bertemu belah lalu bata-bata menghempap manusia-manusia sakit yang bergelandangan di kaki lima. Lenyaplah bangunan peradaban itu menjadi puing-puing derita.
Hisyam berjalan memudiki semilir musim luruh. Daunan merah, kuning dan perang ghairah menyapa kaki seolah-olah berebut untuk memanjat naik ke tubuhnya. Indah dan syahdu nian. Kombinasi daunan yang membentuk lantai lorong pejalan kaki, saujana alam yang kekuningan, dan dingin semilir mengundang tenang. Alam indah yang tercipta atas intuisi seni Tuhan yang tidak bersempadan. Hisyam memuji kebesaran Tuhan. Pada pawana yang bertamu, dia amanahkan doa agar tanah airnya terselamat daripada kebejatan moral. “Dirgahayu tanah airku,” Hisyam memandang awan hitam yang berarak tenang. Rindu.
by Hafez Iftiqar Termizi
Ini Peranan Pelajar ...... (hadis ghulam)
Apa ya peranan kt sbg seorg yg bakal bergelar doktor 'muslim' kelak, adakah hanya sekadar merawat pesakit, that's it ??? so,what r da differences between us n other Dr ( non-muslim)?
ikuti kisah ini sampai ke penghujung... insyaAllah akan bertemu jawapannya :)
Dari Suhaib bahawa Rasullah saw pernah bercerita:
Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir (1). Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut “Aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihir(2). Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya (3).
Selepas kali tersebut, setiap kali melalui temoat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya(4). Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib(5), rahib berkata kepadanya, “Jika kamu tajutkan tukang sihir, katakana kepadanya bahawa ibu bapaku menahanku (dirumah). Jika kamu takutkan ibu bapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua bahawa tukang sihir telah menahanku.” (6)Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar (singa) yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata didalam hatinya: pada hari ini aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: “Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.” (7)Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati. (Orang ramai sanga kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya.)
Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata kepadanya; “Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang (8). Tapi ingat, Engkau nanti akan diuji (9). Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali- kali engkau memberitahu tentang aku” (10)Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak. Dia juga dapat mengubat semua penyakit yang dihidapi oleh orang ramai.
Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit sehingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak tersebut: “Semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.”Budak itu berkata kepadanya: “Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu”. Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sediakala (11).
Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya: “Siapakah yang mengembalikan penglihatanmu?” Kata pembesar tersebut: “Tuhanku.”Raja sangat marah dan mengatakan: “Adakah tuhan yang lain selain dariku??”Lalu pembesar tersebut ditangkap dan disiksa hingga dia pun membongkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: “Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini san dapat melakukan itu dan ini.”Lalu budak itu menjawab: “Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat meyembuhkan ialah Allah. Lalu iapun ditangkap dan terus disiksa sehinggalah ia pun mengbongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan siksaan) (12).Lalu rahib pun ditangkap. Ia diarahkansupaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai ke bumi (13).
Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata: “Balik semula kepada agama asalmu”. Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: “Bawa budak ini ke bukit sekian- sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit tersebut. Lalu mereka membawanya ke atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah: “Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki.” (14)Tiba- tiba bukit bergegar dan jatuh kesemua orang- orang raja tersebut. Budak balik berjalan lepada raja. Raja bertanya: “Mana dia kawan- kawanku?” Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi mereka.
Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: “Bawa budak ini ke tengah laut. Jika dia enggan.campakkan dia ke dalam laut”.Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama.tiba- tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: “Mana kawan- kawan ku?”. Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka.
Lalu budak tersebut berkata kepada raja: “Kamu tidakmungkin dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta. Tanya raja: “Apa dia?” (15). Kata budak: “Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikat aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau berbuat demikian, kamu akan dapat membunuhku.”Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sepohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak tersebut dan terus meninggal dunia.
(Tiba-tiba orang ramai berkata: budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui)* “Kami percaya kepada tuhan budak ini.” (16)Raja manjadi kelam kabut dan mengatakan “Telah berlaku apa yang aku tak mahu ianya berlaku.lalu raja menyuruh digali parit-parit dilaluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal.jika tidak akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: “wahai ibu, sabarlah, engkau berada di atas kebenaran.”
(17)Pengajaran yg boleh kita ambil drp kisah ini.. (Berdasarkan nombor)
(1)• Dunia ini (setiap zaman) memang ada raja dan pembesar- pembesarnya (yang menjadikan raja tersebut nampak hebat) yang menyokongnya. Salah seorang daripada pembesar tersebut ialah ahli sihir.
• Raja = pemimpin, menteri
• Pemimpin thagut = pemimpin yang tidak melaksanakan hukum Islam
• Tukang sihir = Orang yang menjadikan raja nampak sangat hebat, berkuasa= Ahli sihir pada zaman sekarang ialah sains dan teknologi= Contoh: AS nampak sangat hebat kerana teknologi sainsnya yang sangat maju.• Contoh raja dan ahli sihir masing –masing mengikut zaman: RAJA AHLI SIHIR
Firaun Ahli sihirPemimpin Quraisy , Para penyair
Pemimpin sekarang Sains dan teknologi~
Perhatikan persamaan yang wujud ~
(2)• Walalupun ahli sihir @ orang yang hebat dalam sesuatu bidang, tetapi mereka tahu bahawa mereka akan mati akhirnya. Oleh itu, ideologi @ ajaran mereka hanya akan berkembang jika ada pelapis.
• Kriteria pelapis ialah cerdik. Rasullah bersabda: “Jika seseorang itu adah terbaik sewaktu jahiliyyah nya, maka dia juga akan menjadi yang terbaik juga sewaktu islam nya (tidak jahiliyyah)”
• Kecerdikan ini penting supaya ideologi tersebut dapat disebarkan pula kepada orang lain.
(3)• Rahib = Orang yang mengajar tentang ajaran Allah
(4)• Ciri-ciri budak = rela dan mahu untuk ditarbiyyah (dididik)
(5)• Budak menceritakan / mengadu masalahnya kepada rahib menunjukkan wujudnya ukhwah diantara rahib dan budak
(6)• Ciri-ciri rahib : Mesra: Membantu orang keluar daripada masalah: Mengetahui dan sensitif terhadap apa yang hendak diajar kepada budak dan cara terbaik supaya dakwah itu dapat terus berjalan: Rahib sensitif terhadap keadaan budak (mad’u/pelajar) tersebut, jadi dia mencari jalan untuk mengeluarkan budak itu daripada masalahnya dan sekaligus memastikan ilmu islam itu dapat diberikan kepada generasi baru (ada pelapis): Keadaan pada ketika itu sangat thaghut (darurat). Pada waktu itu, cadangan rahib kepada budak tersebut pada adalah cara yang terbaik kerana jika tidak, rahib tidak akan dapat lagi mengajar ajaran islam kepada budak itu tidak ada pelapis ajaran islam tidak dapat disebarkan•
Cadangan yang diberikan oleh rahib menunjukkan yang budak tersebut telah datang dan belajar daripada rahib dua kali sehari (datang kepada ahli sihir lewat, balik rumah pun lewat) budak bertemu rahib ketika pergi dan pulang. Pengajaran: Kalau kita mahu memahami Islam, kita perlu belajar lebih daripada ilmu sihir (ilmu dunia)
(7)• Allah datangkan suatu peristiwa untuk menguatkan iman budak tersebut
(8)• Satu lagi ciri rahib ialah dia mengetahui waktu bila budak tersebut bersedia untuk berdakwah (sudah boleh memberitahu/menyampaikan kepada orang lain tentang Islam) • Rahib memuji budak tersebut untuk menaikkan semangatnya
(9)• Proses berdakwah pasti akan menghadapi pelbagai-bagai ujian. Jika kita kembali semula kepada proses berdakwah yang dilakukan oleh Rasullah dan para sahabat, mereka semua tidak pernah sunyi daripada ujian-ujian. Namun, mereka teruskan juga perjuangan untuk menyebarkan islam ini kerana semakin susah sesuatu perkara itu, semakin tinggi dan besar ganjaran yang diberikan Allah kepada kita.
(10)• Strategi dakwah – supaya pewaris terus kekal
(11)• Budak tersebut bekerja sebagai doktor dan dia telah menggunakan kerjayanya itu untuk berdakwah kepada orang ramai • Dakwah wajib dilakukan oleh setiap individu muslim tidak mengira harta,pangkat, kerjaya, jantina dan apa sahaja. Tugas berdakwah tidak hanya terletak kepada bahu ustaz atau alim ulama’ sahaja. Rasullah bersabda, “Sampaikanlah ajaran ku walau hanya satu huruf”. Malah ilmu yg sedikit tetapi disampaikan kepada org lain insya Allah akan digandakan oleh Allah. • Budak tersebut telah maju ke step berdakwah yang berbeza.. pada mulanya budak tersebut ditarbiyyah dan sekarang dia menyampaikan, tetapi masih lagi ditarbiyyah •
Langkah-langkah berdakwah:
1. Memperkenalkan islam kepada orang lain: Cth: Rahib memperkenalkan islam kepada budak
2.Mentarbiyyah: Makna tarbiyyah-Proses pendidikan untuk mengubah diri-Uslub (cara) yang terbaik untuk berinteraksi dengan fitrah manusia dengan cara langsung (kata2) atau dengan cara melakukan perubahan kepada yang lebih baik berpandukan manhaj (method)(
12)• Proses berdakwah pasti akan menghadapi tentangan oleh pemerintah yang zalim. Banyak tokoh-tokoh islam yang menghadapi tentangan-tentangan seperti ini sehingga ada yang menemui syahid di tali gantung seperti Sayyid Qutb.
(13)• Rahib dibunuh dulu kerana budak tersebut sudah pun terkenal dan mendapat kepercayaan di kalangan rakyat, jadi kalau budak itu dibunuh, hal itu akan : mendapat tentangan daripada rakyat: raja akan digulingkan: islam akan tersebar luas disebabkan perkara ini• Sebenarnya, rahib itu telah pun mati apabila kepalanya digergaji, tetapi raja sengaja menggergaji tubuh rahib sehinnga terbelah dua untuk menakutkan budak itu.
(14)• Inilah cara berdoa yang patut diamalkan kerana Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Meskipun sesuatu itu dianggap baik seperti selamat daripada dibunuh atau lulus dalam peperiksaan, tetapi kite tidak tahu adakah itu yang terbaik untuk kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
(15)• Sekarang, keinginan raja untuk membunuh budak tersebut menjadi sangat tinggi selepas beberapa cubaannya telah gagal, sehingga keinginan tersebut mengatasi niat asalnya iaitu untuk menghalang agama islam daripada tersebar luas, supaya rakyatnya terus menyembahnya. • Sebab itu, apabila budak tersebut memberitahu cara untuk membunuhnya, raja terus melaksanakannya tanpa berfikir panjang. Dia tidak memikirkan akibat daripada cara pembunuhan secara terang-terangan di hadapan orang ramai.
(16)• Dengan menyebut nama Allah, barulah budak tersebut berjaya dibunuh. Peristiwa ini meyakinkan orang ramai yang menyaksikan pembunuhan itu. Mereka bertambah yakin bahawa apa yang dibawa oleh budak itu adalah kebenaran. Maka, mereka pun beriman kepada Allah.
(17)• Hatta wanita dan kanak-kanak juga berperanan sangat penting untuk menyebarkan dakwah. Hadis riwayat Muslim, Tarmizi dan Imam Ahmad. Hadis ini juga disebutkan oleh Imam Nawawi di dalam kitab Riyadhus Solihin.Diakhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan:Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Saidina umar r.a. telah menemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan pada bawah telinganya yang masih luka. Allahuakbar!!
from http://matapenaliza.blogspot.com/
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.