Thursday, November 12, 2009

Memecah Kesunyian


Sunyi terkadang itu indah,

Sunyi itu terkadang mengundang resah,

Bukankah hingar itu lelah,

Bukankah hingar itu juga penghilang gundah.


Kita hanya mampu menerjah kehidupan,

kerana hari esok tidak ketahuan ,

adakah menjadi permulaan,

atau sudah mencecah pengakhiran.


Duhai sahabat aku perlukan kalian,

Jalan ini menjanjikan cabaran,

Ayuh hulurkan tangan ,

Agar derap langkah sentiasa seiringan.


by : sayaanakbapak&mak

0 comments:

Followers