Ilmu itu takkan datang kalau kita tak cari. Oleh itu, arini aku menghadiri Bengkel Pengurusan Jenazah di Dewan Murni dan Masjid USMKK. Bengkel ni bermula dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Aku rasa terpanggil untuk pergi bengkel ni sebab dah 2 kali pesakit meninggal depan mata kat wad. Mesej utama adalah MATI ITU PASTI TANPA MENGIRA SIAPA DAN DI MANA. Dan selain itu, aku tertanya-tanya pada diri aku, aku ni orang Islam, tapi nak menguruskan jenazah pon tak tahu. So, demi mencari ilmu, aku pon pergi la ke bengkel tersebut.
Sebelum Ust. Mohd Aziz Che Man memulakan tajuk ceramahnya, beliau ada menyampaikan kisah kenapa malaikat Izrail yang ditugaskan mencabut nyawa. Kisahnya bermula semasa mula-mula Nabi Adam a.s ingin di ciptakan. Mula-mula Jibril turun untuk mengambil tanah bagi mencipta Adam. Tapi gagal kerana setiap kali nak ambil tanah tu, tanah akan menjawab, “buat apa la nak ambil tanah dan cipta MANUSIA. Manusia tu nanti akan hanya melakukan kerosakan kepada bumi”. Ini di sebabkan memang perkataan manusia itu yang bermaksud tak guna. Hampir semua malaikat turun untuk ambil tanah bagi mencipta Adam a.s. Dan akhirnya, malaikat Izrail yang berwajah bengis dan mampu bertukar-tukar rupa turun dan berjaya mengambil tanah untuk menciptak Adam. Nak dijadikan cerita, disebabkan Izrail yang berjaya mengambil tanah untuk mencipta manusia pertama, maka Izrail juga yang ditugaskan untuk mencabut nyawa.
Dan lagi satu, setiap kematian pasti bersebab. Contohnya, kemalangan, jatuh pokok, sakit jantung la, sakit itu la, ini la..Menurut ustaz lagi, ini adalah permintaan malaikat Izrail kerana tak mahu dipersalahkan atas tanggungjawab yang di beri oleh ALLAH s.w.t. Cuba bayangkan kalau seorang anak kecil meninggal dunia secara tiba-tiba tanpa sebab. Nanti si ibu dan si bapa akan berkata, “ kenapalah anak aku yang kecil dan tak tahu apa-apa ni di cabut nyawanya, ni mesti kerja Izrail”. Jadi, sebab tulah setiap kematian ada penyebabnya.
Yang tu baru mukadimahnya…hehe..Tetapi, walaupun mukadimah tapi isinya sangat berguna.
Antara pengisian yang aku dapat adalah:
- Tanggungjawab orang hidup terhadap orang mati
- Pejamkan matanya seperti maksud hadis Rasulullah : “Jika kamu menghadapi mayat yang baru mati, maka hendaklah engkau pejamkan matanya kerana mata itu ikut pemergian roh”
Penerangan: mata akan mengikut arah pergerakan roh itu ditarik. Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah diurut-urut matanya sehingga tertutup.
- Diikat dagunya ke kepala jika mulutnya terbuka, agar tidak ternganga.
- Letak di atas perutnya sesuatu penindih yang sewajarnya (berat), agar tidak mengembung.
- Perbetulkan sendi-sendi tubuhnya perlahan-lahan, jika memungkinkan, jika tidak, biarkan saja.
- Tinggikan sedikit tempat jenazah dan arahkan kaki ke kiblat.
- Tanggalkan pakaiannya dan di tutupi dengan kain ke seluruh tubuhnya.
- Letakkan kedua tangannya di antara pusat dada, seperti orang solat (jika memungkinkan)
- Segerakan membayar hutangnya, jika dia berhutang, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-
“Roh seseorang mukmin tergantung di antara langit dan bumi hingga hutangnya dibayar oleh ahli warisnya.” (HR Ahmad, Ibnu Majah & Tarmizi, dari Abu Hurairah).
- Menghebahkan kematiannya, terutama kepada ahli keluarganya, supaya mereka datang ziarah dan menyaksikan jenazah (untuk memberi keinsafan)
- Perlu diingat bahawa mengajak orang berbuat baik akan mendapat pahala seperti apa yang di lakukan oleh orang tersebut dari kebaikan. Hadith Rasulullah s.a.w. yang di riwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah menjelaskan kelebihan orang yang ikut menyembahyangkan dan menghantar jenazah seperti berikut:-
“Siapa yang menyaksikan jenazah hingga menyembahyangkannya, maka orang itu akan mendapat satu qirath. Siapa yang menyaksikan sampai ke kuburnya, maka baginya pahala dua qirath. Para sahabat bertanya: Apa yang di maksudkan dengan qirath? Rasulullah s.a.w menjawab, “Qirath itu seperti sebuah gunung emas yang berat”.
- Haram menjerit dan meratapinya.
- Haram memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak baju dan seumpamanya.
- Boleh menangis tanpa menyebut-nyebut sesuatu dan hendaklah banyak bersabar.
Hadith Nabi yang bermaksud: “Sesiapa yang meratapi mayat, maka mayat itu akan tersiksa kerana ratapan tersebut”. (HR Bukhari & Muslim)
Ada banyak lagi input tentang bengkel ni, tapi nanti aku sambung semula..InsyaALLAH…
0 comments:
Post a Comment