Persahabatan – Khalil Gibran Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan. Dan dia menjawab: Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”. Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan. Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. ~ Khalil Gibran
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segarkehidupan.
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
10 years ago
1 comments:
sahabat adalah anugerah Allah kepada kita. Sahabat umpana bungkusan hadiah, ada yg pembalutnya cantik sedang isinya buruk dan ada yang pembalutnya biasa biasa saja tetapi isinya sangat cantik dan menawan. alangkah ruginya kalau luarannya dan isinya juga busuk lagi membusuik isi dalamnya menakutkan. Tetapi alangkan beruntungnya kalau kita dapat yg bungkusannya cantik bersama sisnya mulia
Post a Comment