Wednesday, January 13, 2010

Menunggu Kata Dari Tuhan






Malam Aprisiasi Seni (MAS), Minggu Penghayatan Islam Ke 12, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian (USMKK) mempersembahkan kepada anda sebuah teater “MENUNGGU KATA DARI TUHAN”


“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)


Skrip Menunggu Kata Dari Tuhan (MKDT) ini adalah terjemahan sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Ia mengisahkan Ka’ab bin Malik yang tidak ikut berperang bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Tabuk…terasa seperti dalam kuliah hadis, namun kelainan dapat dirasai melalui penyampaian yang mengetengahkan konsep kesenian dan hiburan.

Antara tarikan yang akan membawa anda menonton pastinya kerana Sabri Yunus. Ini kerana teater ini adalah teater monolog. Sabri berkomunikasi dengan ‘rasa’ selama 45 minit tanpa henti. Kehadiran Sani Sudin yang menjadi pemuzik ‘live’ sepanjang teater ini memang menakjubkan. Beliau berjaya menyampaikan ‘rasa’ Sabri Yunus dengan jayanya lewat gesekan biola dan hummingnya…

Teater ini adalah teater rasa yang dialami oleh Ka’ab yang punya rasa bersalah kerana tidak ikut serta untuk berjihad walaupun pada masa itu beliau sihat dan mempunyai peralatan dan kenderaan untuk pergi berperang. Pelbagai rasa yang dilaluinya lewat tertinggalnya beliau dalam perang, dan dipulaukan oleh sahabat kerana kesilapan besarnya itu. Rasa yang paling parah adalah tika menunggu keampunan dari Allah melalui Nabi Muhammad SAW…kesedihan, pasrah, redha, dan kesunyian cuba dikongsi dengan penonton.


Pengarah : Dinsman
Pelakon : Sabri Yunus
Pemuzik : Sani Sudin
Tiket : Pelajar Rm5
Dewasa/Staf RM10
Tempahan Hubungi :
Ridhuwan :013-2459379
Syahida : 014-8164320
Zulkifli :013-9585071

0 comments:

Followers