Saturday, October 17, 2009



HANYUT

Aku hanyut dalam lautan hamis,
Dulu aku ingatkan lautan indah ini madu,
Namun kemanisan itu menyebabkan derita..
Derita jiwa kerana terjeruk dgn kemanisan lautan.

Aku tinggalkn pulau derita & gelisah.
Dengan harapan bertemu tanah cinta
Tanah cinta yg kuimpi setelah melalui lautan manis.
Namun rupanya lautan itu dicemari ,

Bahtera indah yang besar memuntahkan racun
Racun jiwa yang disangkakan indah
kerana lautan itu manis.
Tidak kuduga semakin lama aku menyelam,
Semakin pekat racun yg meresap kedalam tubuh ini.

Mengalir bersama darah merahku yang fitrah
Mengalir bersama darah putihku yang suci.
Racun itu merosakkan binaan darah-darahku.

Mereka mengaduh,,
Mengadu kepada lubuk hati.
“wahai hati berilah kami menumpang disini,
Tak tertahan rasanya disakiti racun nafsu”
Hati yg baik member tumpang
‘apa salahnya mengenali & menolong?”
Namun hati hanya mmberi makanan.
Tidak diketemui penawar untuk darah.

Namun hati masih ingin berbakti.
Terus menerus mmbuka pintu kepada darah yg keracunan.
Akhirnya racun itu mengubah fitrah menjadi amarah
Mengubah suci menjadi benci.


Perlahan-lahan mereka mencemari perkampungan hati.
Sungguh ! hati sudah tidak bisa mengawal darah.
Bahkan hati menyalahkan diri sendiri.
Kenapa??
Kerana tidak bersiap-sedia mengubati tetamu yg dikasihani.

Jadilah hatiku bungkam,sejuk,menunggu masa untuk mati.
Dan aku hanyalah manusia,
Manusia yg tidak bisa hidup tanpa hati yg bersih.
Kuakan tangan & kekuatan kaki yg bereng semakin lemah.
Dan aku terus membirkan diriku hanyut

Tbisa melawan arus yg deras,
Kadangkala bahtera berlayar menempiaskan ombak ,
mensasarkan aku jauh dari destinasi impianku.
Jadilah aku manusia yg hampir tenggelam

Tenggelam dalam lautan manis beracun,
Tenggelam dalam kerinduan pada pulauku dahulu,
Alangkah derita itu mmberi kekuatan padaku..
Sehinggakn punck gunung yag tidak terlihtkn di balik mata mmpu aku tawan.
Sungguh & pasti dengan izinNYA .!!


Kerana pulau derita bagiku itu bersih diterangi cahaya.
Cahaya An-nur milik Rabbi
Cahaya istimewa kpd hamba yg beriman & bersabar,
Bila merintih ,bibir tidak henti bertasbih…


Namun kini aku terapung kaku,
Ditambah dengan hati yang derita
&akal yang semakn gila…..

Kemanakah arus ini akan menghanyutkanku??
Kembali kepada pulau derita yg nyaman?
Atau akn kutemui tanah cinta abadi Illahi??
Atau akan hanya kutemui tanah cinta duniawi??

0 comments:

Followers