Monday, May 04, 2009

Aduhai Palestin

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah di atas segala nikmat yang Allah telah limpahkan dan kurniakan ke atas kita hambanya yang sentiasa mencari keredhaanya, isyaAllah. Mudah-mudahan ikhwah akhawat sekalian akan sentiasa berada di dalam rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. Di sini ana ingin kongsikan perkembangan terkini hal ehwal Palestin kepada antum semua. InsyaAllah usaha ini akan diteruskan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Perkembangan terbaru, kerajaan Zionis telah memberhentikan perundingan tentang pertukaran tentera Zionis yang ditawan Gel’ad Shalit. Keputusan itu dicapai berikutan keadaan teragak-agak yang sedang dilalui oleh kerajaan Israel sekarang. Menurut seorang penganalisis politik, Dr Anis al-Naqqash di dalam satu dialog khas dengan Biro Penerangan Hamas pada hari Ahad (26/4), bahawa polisi kerajaan Zionis sekarang tidak jelas hingga kini dan ia tidak tahu bagaimana berinteraksi dengan isu-isu yang sedang diperbincangkan. Kerajaan Zionis juga dikatakan sedang menghadapi tekanan daripada Amerika Syarikat agar ia mengubah polisinya agar sesuai dengan polisi baru pentadbiran Amerika terhadap rantau ini. Subhanallah. Ikhwah akhawat sekalian. Di sini kita dapat melihat betapa Zionis sekarang berada di puncak kejatuhan yang amat dahsyat. Sama-samalah kita berdoa agar bumi Palestin dibebaskan daripada kuasa jahat rejim kejam Zionis ini.
Perundingan regim zionis tentang askar2nya yg ditawan dah berlaku berpuluhan tahun lamanya dan macam-macam attempt dan strategi yg mereka guna untuk dapatkan balik tawanan2 tersebut. alhamdulillah influence pemerintahan Obama skrg nampak lebih baik dari dulu walaupun ana sendiri tak tahu apa dalang yg ada disebalik batu sebab pastinya Zionis masih di belakang tabir pemerintahan kerajaan amerika tu
Seterusnya, seorang pimpinan Hamas dan anggota Majlis Perundangan Palestin bagi blok ‘Perubahan dan Reformasi’, Mushir al-Misri, telah menyatakan dan menegaskan bahawa dialog Palestin-Palestin tidak akan maju seinci pun jika tidak menerima pilihan perjuangan menentang penjajahan Zionis. Sangat menarik ucapan beliau ketika berucap di festival anjuran HAMAS di perkhemahan baru al-Nusairat bagi memberi penghormatan kepada para syuhada’ perkhemahan tersebut pada petang Khamis (23/4), dengan tidak mahu memberikan komitmen terhadap perjanjian-perjanji an yang ditandatangani PLO dengan penjajah Zionis dan menganggap persetujuan tersebut sebagai tindakan berundur daripada mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau juga menegaskan bahawa sejak dari dahulu lagi iaitu ketika Israel berada di fasa yang lemah, HAMAS tidak pernah mengiktiraf Israel, adalah sangat memalukan dan tidak munasabah untuk mengiktiraf Israel yang telah berada di fasa yang kuat dan menindas rakyat Palestin.
*rakyat Palestin buat festival beri hormat pada pejuang yang telah syahid..festival kita pulak???
Seterusnya, satu pergaduhan tercetus antara tentera Zionis Israel dengan rakyat Palestin di sini yang dikatakan berpunca apabila tentera Zionis Israel menyerbu dan menyelongkar rumah rakyat Palestin. Seramai 5 orang tentera Zionis Israel cedera dan 20 rakyat Palestin ditangkap. Akibat kejadian itu, Zionis Israel menutup jalan-jalan ke Kafr Qasim. Turut berada di situ adalah kenderaan berat tentera yang digunakan untuk berdepan dengan rakyat Palestin. Sangat jahat dan kejam tindakan Zionis ini.
Pergaduhan antara askar zionis dengan rakyat palestin juga bukan satu perkara yg baru dan tak patut dipandang biasa, kerana kadangkala pergaduhan amat kecil yg pada mulanya mungkin hanya melibatkan kurang dari 10 orang boleh menyebabkan pembunuhan beramai-ramai dan peperangan besar. Contoh yg paling jelas adalah percetusan Intifadhah pertama pada tahun 1987. Siapa nak tahu cerita, boleh beli Hebron Massacre yg berlaku di Masjid Ibrahimi.
Ikhwah akhawat sekalian, sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar saudara-saudara kita yang sedang berjuang di Palestin tetap teguh dengan keimanan kepada Allah dan semangat juang yang kental dalam menghadapi musuh umat Islam, rejim Zionis.
Sekadar ini dahulu permulaan untuk update mingguan isu Palestin. InsyaAllah akan menyusul pada minggu hadapan.
Sumber: www.palestinkini. info
KARISMA NASIONAL 2009


Info tambahan:: 15 Mei 1948 merupakan hari Nakbah ( malapetaka atau bencana besar)
Peristiwa pada tarikh ini merujuk kepada penubuhan negara Haram Israel.
Bermulanya dari peristiwa ini maka bermulalah penderitaan rakyat Palestin
yang terseksa di negara sendiri . Kedamaian & kebahagiaan mereka dirampas
& hak mereka sebagai manusia untuk dihormati dipandang enteng oleh
musang-musang Zionis.
Marilah kita sama-sama memperingati tarikh ini berlandaskan persaudaraan
Iman & Islam . Sebarkanlah kepada sahabat-sahabat yang belum mengetahui
termasuk non-muslim kerana ini isu kemanusiaan sejagat.

Sekian Wassalam

0 comments:

Followers