Wahai diri..
Hidup ini hanya sekali..
mati pun sekali..
bilanyawamu dicabut dr jasadmu..
tiada lagi peluang ke-2 untukmu hidup kembali..
Wahai diri yang kusayang..
Ilmu Allah itu luas..
Sangat luas..!
Terokailah ia…
Cintailah ia..
Walau manapun kau berada..
Tuntutlah ilmu hingga akhir nafasmu!
Wahai diri yang kucinta...
Mungkin seringkali kau lemah dalam melawan nafsumu..
Tapi ingatlah wahai diri..
Demi Masa!
Sungguh ! Manusia dalam kerugian..
Kecuali bagi orang2 yg berIMAN..
Yang berpesan-pesan demgan KEBENARAN..
Dan KESABARAN.
Wahai diri yang kukasih..
Mujahadah itu perlu dalam kerendahan hatimu..
Perbetulkan tingkahmu..
Don’t forget to renew ur niyah..(intention)
Either everything u do just because of Allah!
Or because of anything else?
Wahai diri yang sementara..
Motivasikan dirimu dengan misteri ajalmu..
Mungkin 5 saat lagi..atau 1 minit lagi..atau 1 jam lagi...atau bila sahaja yg kamu jangkakan..
Saat ajal pasti kan tiba!
Penuhi tiap saatmu dengan zikrullah yang tidak putus..
Hingga hujung nyawamu..
Jangan biar walau sekali hidupmu leka dengan nikmat dunia yg hanya sementara..
Wahai diri yang lemah..
Syukurilah anugerah penciptamu..
Allah tidak memandang rupa paras yang molek..benar!
Allah tidak memandang kau kaya atau miskin..benar!
Yang hanya dipandang..yang hanya dinilai hanya taqwa yang ada dalam tiap hela nafasmu..dalam tiap saat yang kau korbankan untuk Khaliqmu..
Wahai diri ini..wahai diri ini..wahai diri ini..
Tiada yang kau tahu melebihi pengetahuan Ya ‘Alim..
Ya ! Engkau berilmu..
Tapi apa yang kau buat dengan ilmumu itu ??
Engkau berilmu..tapi adakah engkau hayati ilmu itu ??
Adakah engkau amalkan ilmu itu.. ??
Adakah engkau sebar luaskan ilmu itu??
Ada apa dengan ilmu yang kau ada??!!
1158 @ 25 Oktober 2008 _ 25 Syawal 1429H..Murni Hall...
*********************************************************************
Wahai diri..
SEBELUM MATA TERLENA...
Di buaian malam gelita..
Tafakur ku di pembaringan..
Mengenangkan nasib diri..
Yang kerdil, lemah dan bersalut dosa.
Membawa dosa yg menggunung tinggi
Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini
Dengarlah rintihan hati ini Tuhan..
Hanya RAHMAT KASIH SAYANGMU yang dapat meringankan..
Hulurkan maghfirahMu
Andai esok..bukan milikku lagi..
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi...
Sebelum berangkat ke daerah sana..lepaskan beban ini..
Yang mencengkam jiwa dan ragaku..
selimuti diriku dengan sutera kasihMu
Agar lena nanti..mimpiku ke Syuga Mu yang Indah..Betapa harumnya Syurga Firdausi..
ADAKAH KAN KU TERJAGA ESOK????
0335 @ 26 Oktober 2008 _ 26 Syawal 1429H
Salam Ukhuwwah fillah..
zati_nadia@yahoo.com
JK TPSM K-BUDU
Labels: muhasabah
Syukur…Syukurlah atas izin Allah memberi kita ruang waktu untk kembali mengingatinya. Seringkali kita lupa untuk “renew” balik iman kita. Mudah-mudahan kita segera sedar dan tingkatkan kembali iman yang kian goyah dek kesibukan yg tak putus2 menguji kesabaran kita di medan jihad ini..
Alhamdulillah tidak terhingga buat Rabbul Izzati atas jemputanNya ke Kelas Peradaban Nabawi yang kini sedang dijayakan di Murni Hall, USMKK. Mungkin kita diuji dengan pelbagai aral yang menghalang kita mengunjungi taman syurga Nya. 24 jam sehari yang kita miliki..RM30 yang kita miliki..Jasad yang kita miliki…dan segala yang kita ada..jika direnung dan difikir dalam2 bukanlah hak mutlak kita sebagai hamba Allah..Mudah-mudahan dengan sekelumit pengorbanan masa, harta dan tenaga yang kita salurkan semata-mata ikhlas untuk memperkasakan diri menjadi muslim yang lebih baik diredhai Allah. Sungguh!..tiada yang lebih kita citakan selain mendapat redha Allah semata. Siapalah kita untuk tawar-menawar dengan Pencipta Agung dalam mengutip ilmuNya yang maha luas..tidak cukup dengan baki umur yang kita ada.
Cetusan di atas hanya muhasabah diri seorang insan yang seringkali lalai dalam mengingatiNya. Dan kadangkala..rasa malu yang ada pada diri tidak memenuhi “standard” malu sebagaimana diseru rasul mulia..Muhammad s.a.w.
Ya Allah..Kau tetapkanlah dan Kau teguhkanlah diri ini dalam jalanMu..
Jangan kau biar aku sendiri dengan limpah nikmat yang menjauhkanKu dari mendapat rahmatMu..Jangan Kau biar ujianMu yang sedikit melemahkanku..Ya Fattah..kau bukalah jalan untukku dalam dakwah dan islah semata-mata untuk agamaMu..Ya Basith..Kau berilah kelapangan dalam hidupku untuk beribadah kepadamu..untuk sentiasa mengingatiMu..
Wahai sahabat-sahabatku..walau kita diuji dengan apa juga kesulitan..remember always..di hujungnya nanti..ada kemanisan menanti..mungkin jalan hidup dalam mujahadah ini berliku-liku..but just remember..Allah bersama-sama dengan orang yang sabar..HAKIKATNYA..SABAR ITU INDAH…v(^_^)v…
..Maklumat lanjut untuk Kelas Peradaban Nabawi..sila layari..
www.kelasperadabannabawi.blogspot.com
Salam Ukhuwwah fillah..
zati_nadia@yahoo.com
JK TPSM K-BUDU
Bagaimana kita boleh muflis di akhirat
posted by:
Labels: tazkirah
Bila anda ingin berdua-duaan dengan makwe anda... anda akan terfikir apakata kalau orang lain sedang berdua-duaan dengan adik atau anak anda.
Bila anda mempersenda-sendakan orang lain dengan perkataan kurang sopan.... anda akan terfikir apa kata kalau diri anda yang kena persenda dan orang disekeliling anda sedang memerhatikan perangai buruk anda itu.
Bila anda mencuri harta benda orang... anda akan terfikir apa kata kalau duit dan harta yang anda simpan secara bersusah payah lesap dalam sekelip mata dicuri oleh orang lain pula.
Bila anda menipu... anda terfikir bagaimana pula perasaan kalau anda ditipu.
Bila anda berasa megah kerana banyak harta dan boleh membeli apa sahaja... anda terfikir pula saat-saat ketika anda susah dahulu dan ramai lagi yang hidup susah disekeliling anda.
Bila anda berfikiran negatif... anda terfikir bagaimana kalau dalam situasi yang positif pula.
Atau... bila anda ingin berbuat sesuatu yang dimurkai Allah.... anda tahu Allah maha Mengetahui dan anda bakal menerima balasan di akhirat kelak sekiranya anda meneruskan niat buruk anda itu...
Labels: tazkirah
Petikan dari:www.saifulislam.com
“Bedah, abah dengan emak nak ke surau. Kalau hujan nanti, angkat jemuran ni ya. Jangan lupa!”, jerit Haji Ahmad dari kereta.
Bedah mengangguk-angguk sambik tersenyum mengunci pagar.
Selesai sahaja kuliah zohor dan solat berjemaah, Haji Ahmad dan isteri balik ke rumah semula.
“Hai, janganlah Bedah lupa pula ya. Lebat betul hujan tadi. Sampai nak dengar ceramah pun susah”, kata Hajah Asma kepada suaminya. Haji Ahmad mengangguk setuju.
Setibanya mereka di rumah, perasaan lega timbul melihat kain di ampaian sudah diangkat. Memang boleh diharap Bedah anak mereka ini.
Masuk sahaja ke rumah, perasaan lega bertukar gembira. Bersyukur lagi terharu.
Bedah bukan sahaja sudah mengangkat kain dari ampaian, malah sudah siap bergosok, berlipat dan tersimpan di dalam almari!
Sayangkah Haji Ahmad dan Hajah Asma kepada anak seperti Bedah? Suruh angkat sahaja, nak biar atas sofa pun tak apa. Tetapi anak dara yang seorang ni buat lebih dari yang disuruh.
Tentulah sayang!
Yang sunat-sunat tu, tanda sayang!
Inilah jemputan saya kepada pembaca Saifulislam.Com sekalian agar kita sama-sama sempurnakan Puasa 6 Syawwal. Allah wajibkan yang Ramadhan sahaja. Tetapi tambah-tambahlah sedikit sebagai tanda suka dan sayang kepada-Nya dalam beribadah. Puasa 6 hari di bulan Syawwal ini adalah seumpama solat sunat Rawatib yang mengiringi solat Fardhu.
Sesungguhnya…
Puasa Ramadhan tempoh hari tanda taat dan patuh kepada-Nya.
Biarlah Puasa 6 Syawwal ini tanda sayang dan cinta kepada-Nya.
Dari Abi Ayub Al-Anshari, : Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa puasa Ramadhan kemudian diikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, adalah ganjarannya seperti puasa setahun” (HR. Muslim)
ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Kuala Lumpur
RAYA SEBENAR RAYA
Sempena hari raya ini, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:
1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.
2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan
3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka
4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka
5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala
Menurut Nabi Muhammad saw. Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala.
Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari yang harus dirayakan.
Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si-mati. Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakrat, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikatul-maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita. Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini barulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.
Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti Titian yang sangat tajam dan sangat halus ini. Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas. Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka. Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhari raya.
Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.
Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman.
Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hariraya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hariraya dengan maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan hari raya sebenarnya. Hari Raya Idilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai.
Mudah-mudahan hariraya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak. Amin..
Labels: tazkirah