Alhamdulillah..dengan keizinan Allah, pd 22.08.08 (Jumaat) bertempat di perkarangan Dewan Utama USM KK, Forum Wacana Ilmu barjaya dianjurkan atas usaha mujahid mujahidah muda USM KK bersempena Hari Terbuka Desa 2008. “MANUSIA SEMAKIN KEJAM???”…wah.. tajuknya kedengaran seperti menghukum manusia..tapi itulah hakikat yg wajar diterima bagi insan yg hilang rasa kasih kepada saudaranya..Kali ini, dengan ber”moderator”kan Dr Irfan Mohamad (Pensyarah Jab ORL USM KK) dan dibarisi ahli2 panel yg selayaknya..Superitendan.*(unknown)-maaf…(^^_), Dr Hafidzah Hj Mustakim (Pengurus dan Pemilik Klinik Perdana Islah) dan tidak ketinggalan, Tn Hj Mohd Rahim Hj Jusoh (Timbalan Mufti Kelantan), forum in berjaya mengumpulkan insan2 yg insyaAllah…sentiasa dahagakan ilmu.
Sedar atau tidak..banyak terpapar di dada2 akhbar, berita2 mengaibkan manusia..yg dicipta sebagai “khalifah”. Walau Allah mengangkat darjat manusia sebagai khalifah di muka bumi ini…namun..insan memang mudah lupa peranan diri..lihat saja hilangnya sharlinie tanpa jejak..pembunuhan Altantuya, walaupun non muslim…tp masih seorang insan..juga Nurin Jazlin..dirogol dan lebih teruk lagi dibunuh dgn amat kejamnya..so, layakkah kita yg turut sama berada di bumi Malaysia ini mengiktiraf diri kita sebagai “masyarakat yg penyayang” di saat kadar jenayah makin meningkat?!..
Apa itu jenayah? Suatu perbuatan yg buruk..yg boleh dihukum..tapi hakikatnya, sebarang perbuatan yg menyebabkan dosa itulah jenayah yg sebenar-benarnya..Jenayah kecil2an ke..jenayah index ke…jenayah harta benda ke..pokoknya..DOSA = JENAYAH..dalam arabnya..jenayah itu..JARIMAH..maksudnya segala perbuatan yg bertentangan dengan syarak merangkumi semua aspek hidup. Mencuri itu jenayah..menipu itu jenayah..merogol itu jenayah..riba juga jenayah..dan tidak ketinggalan buka aurat juga “berjaya” tergolong dlm senarai JENAYAH…so, be aware wahai muslimin n muslimat…dalam tak sedar..kita yg rasa diri cukup baik pun boleh diiktiraf sebagai “PENJENAYAH” di mata Pencipta kita..Di sinilah kita dapat lihat syumulnya Islam. Sekecil-kecil kebaikan ada ganjarannya dan kejahatan juga ada balasan yg menanti.
Jadi..apa faktor meningkatnya kadar jenayah? Golongan mana pula yg jadi juara dr aspek penglibatan dalam “bidang jenayah” ni? Remaja mungkin dilihat sebagai golongan yg paling “aktif” dlm “bidang” ni tapi sejujrunya..golongan dewasa atau mungkin warga emas tidak lepas dr terlibat melakukan jenayah. Sampai ke sudah masalah tidak selesai jika antara generasi saling mencipta jurang..kalau tak silap..pepatah Arab ada mengatakan..jika digabung kebijaksanaan orang lama dan semangat org baru..insyaAllah..akan terbina umat yg lebih gemilang.
Jati diri masyarakat lemah..faktor itulah penyebab kpd lahirnya insan2 yg semakin kejam. Mudah sangat terpengaruh dengan budaya kuning dan macam2 warna lagilah…semua budaya buruk yg ditunjukkan masyarakat luar, senang benar dicontohi. Tiada lagi kesetiaan pada budaya ketimuran dan yg lebih menyedihkan..budaya hedonisme yg dibawa barat pula diagung2kan..masyaAllah…Begitu juga jika dilihat peranan yg dimainkan institusi kekeluargaan. Hanya “arif” melahirkan anak...tp lemah dlm mendidik “hadiah ALLAH” ni menjadi insan yg tidak kejam. Kalau nak disenaraikan faktor penyebab ni memang banyak..termasuklah..pengaruh media yg memaparkan aksi2 lucah hingga merosakkan pemikiran, lelaki melihat wanita sebagai objek seks semata, dan juga faktor sosioekonomi.. tapi bila diselidik punca utamanya….tentunya berbalik kepada manusia itu sendiri. MANUSIA HILANG ARAH..itulah…menjadikan manusia..TIDAK TENTU ARAH..dan KEJAHILAN yg sebenarnya ialah bila mana manusia hilang ‘izzah diri, rasa lemah, berpecah-pecah dan sesat dalam menentukan panduan hidup. Lebih bangga mengaku diri..”I’M MATERIALISTIC and I LOVE HEDONISME”. Diri rasa gelisah bila dicabar dengan sedikit ujian. Pendek kata..nak ENJOY SOKMO..alasannya..HIDUP HANYA SEKALI..hingga lupa hakikat..MATI HANYA SEKALI!
“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan syirik, mereka itulah orang2 yg mendapat rasa aman dan mereka mendapat petunjuk”. (Al-An’am:82).
Syirik kepada Allah adalah jenayah yg paling besar. Luqman Hakim juga menasihati anak-anaknya supaya jangan sesekali menyekutukan Allah..Nasihat Luqman ini terang-terang tercatat dlm Al-Quran. Ini buktinya..Islam tidak melahirkan PENJENAYAH kerana Al-Quran hanya mendidik manusia menjadi sebaik-baik kejadian. Al-Quran menentang KEZALIMAN dan menyelamatkan manusia dari seksa API NERAKA.
Ikhwan2ku…KUASA, EGO, JAHIL, ILMU TANPA AMAL dan MISKIN IMAN…semuanya menjerumuskan diri kita ke kancah jenayah..
KEKUASAAN – rasa diri berkuasa sudah cukup menjadi syarat kepada berlakunya kezaliman. Cukuplah firaun terkenal sebagai pemerintah yg zalim..dan janganlah pula kita mewarisi kezaliman firaun itu untuk menjadi khalifah yg zalim.
EGO – amat teruk jika jadi manusia yg malas belajar..dan lebih teruk jika jadi manusia yg tidak mahu belajar..juga “teramat”lah teruk jika jadi manusia yang tidak mahu dinasihati. Ingat pesan Nabi s.a.w., jadilah kamu orang yang mengajar…tak mau?..jadilah orang yang belajar..tak mahu juga??jadilah orang yg mahu mendengar…juga tak mahu??cukuplah kamu jadi orang yg kasihkan ilmu..tapi jangan jadi selain daripada yg 4 ini..Ala..kata sayangkan nabi..mana mungkin nabi nasihat pun tak mahu ikut..kan???
JAHIL – Islam hadir semasa manusia dalam kegelapan. Tidak tahu beza baik dan buruk..Kerlipan gemilau Islamlah yg menghapuskan sifat ZALIM yg ada dalam diri Saidina Umar yg tika zaman jahilnya..sanggup menanam hidup2 anak perempuannya. Hanya selepas Islamnya Umar..sahabat Rasulullah ini menjadi insan yg baik akhlaknya hingga dinobatka sebagai AHLI SYURGA. Jadi..andaikata ketika ini kita masih jahil..kembalilah kepada Islam yg sebenarnya..insyaAllah…kezaliman yg ada pd diri dpt dihapuskan dan mudah-mudahan SYURGAlah tempat kita bertemu.
ILMU TANPA AMAL – Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah..Bersusah payah tanam benih tapi hasilnya tak dapat dirasa. Ilmu bukan koleksi untuk diri semata tapi untuk disebarkan. Bayangkan..waktu hari pembalasan kelak…masing2 salah menyalahkan…si “KIKI” baru nak melangkah masuk syurga tp dihalang si “LALA” ..puncanya…
KIKI: “Apsal kau tak kasi aku masuk syurga??”Why???
LALA: “Waktu aku buat jahat dulu..mana ada kau halang aku...tak aci lah kalau kau boleh masuk syurga..”
KIKI: “Aik??Aku ada halang la suatu masa dulu…kau yg lupa..”
LALA: “Ala..sekali tu je kau halang..lepas tu mana ada kau halang dah..senyap sunyi je..”
KIKI: “Kau yang salah..aku nasihat sekali kau tak mahu dengar..siap kau kutuk aku lagi..kononnya berlagak alim..”
LALA: “Mana boleh kau salahkan aku..kau pun salah jugak..kau kenalah halang aku lagi..mungkin aku dengar cakap kau lepas2 tu..”
KIKI: Kau yg salah!
LALA: Kau yg salah!
Hmm…Macam dialog biasa..tapi hakikatnya…lebih jauh dari yang biasa..masing2 salah-menyalahkan…semata-mata untuk SYURGA yg penuh kenikmatan…so..bagi tidak menzalimi diri sendiri…tuntutlah ilmu..amalkan..dan jangan lupa..sebarkan…(^^,)
MISKIN IMAN – “Miskin” dalam kaca mata Islam bukan terletak pd ukuran materialistik tp setinggi mana iman seorang HAMBA ALLAH. Kerana miskin imanlah..manusia sanggup buat apa saja walau maruah diri tergadai..maruah saudara tergadai yg akhirnya..membawa kepada kezaliman ke atas diri dan masyarakat.
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..sebanyak2nya..kita dilahirkan sebagai Islam..suatu nikmat yg tak semua insan dapat. Betapa susahnya untuk kita dapatkan hidayah..jadi..since we born as muslim..sentiasalah hargainya selagi nyawa di kandung badan..jadilah kita orang muslim ..wa mukmin..wa muttaqin..insyaAllah akhirnya..sudah tentulah JANNAH. Barulah kita ini orang yg benar2 berjaya. 2 rukun yg kita pegang sebagai prinsip hidup sebagai seorang muslim..rukun Islam dan iman..inilah rukun utk melahirkan generasi yg cemerlang dunia akhirat. Islam itu mudah..Islam itu selamat..Solat lah…insyaAllah solat yg diterima Allah melindungi diri dr dosa seumur hidup kita.
Peristiwa Isra’ Mikraj cukup mengajar kita bagaimana solat yg sebenar-benar solat menjamin masyarakat yg harmoni. Disiplin dalam solat penentu hubungan yg baik dengan Khaliq dan seterusnya mewujudkan hubungan sesama manusia.
Bagaimana lagi mahu hapuskan sifat zalim dalam diri manusia? Di sini letaknya peranan masjid. Patutnya..masjid bukan sahaja dipenuhi warga emas dan golongan yg sudah pencen..tapi sepatutnya turut dibanjiri golongan pemuda. Nabi s.a.w. berpesan agar ibubapa mengajar anak2 solat seawal 7 thn dan pukul bila berumur 10thn bg tujuan mendidik. Jadi antara umur 7 hingga 10 sememangnya..ibu bapa perlu mendidik anak-anak lelaki khususnya untuk solat jemaah di masjid..Antara 7 golongan yg mendapat perlindungan di Akhirat kelak ialah pemuda yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid..so..pastikan diri dicalonkan dlm golongan ini. Begitu juga dengan berpuasa…
Bagaimana pula pegangan kita kepada rukun iman? Berkualiti atau tidak? Percaya pd Allah..ingat..Allah always know what you do…Beriman pd malaikat..apa yg Raqib&’Atid sedang catat..amal baikkah..burukkah..??Beriman kepada Kitab – bukan fikir ikut logik akal semata tapi just follow Al-Quran with UNDERSTANDING..insyaAllah..selamat.Percaya kpd nabi dan rasul..Percaya pd hari akhirat..Percaya kepada Qada’ dan Qadar..insyaAllah…semuanya..OKEYv(^_^)v
Dalam sehari…kita dilaungkan dengan kalimat motivasi ..iaitu..AZAN..MARI KITA SOLAT! MARI KITA MENUJU KEJAYAAN!...Jadilah kita Umat Islam yg gemilang..bebas dari kekejaman!!..Remember always…Syurga sentiasa menanti insan yang baik-baik je..mahu dapatkan syurga???just prepare ourselves..insyaAllah…MERDEKAlah kita…THE MOST IMPORTANT!!BACK TO ISLAM…THE REAL WAY OF LIFE….Akhir kalam…Semoga keMERDEKAan sebenar hadir dengan bermulanya RAMADHAN AL-MUBARAK…Selamat bersedia untuk berPUASA…(^_^).
Wassalam alaik…
JK TPSM K-BUDU 08
25.08.08 @ 2210
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
10 years ago