Tamrin Tarbiah Nasional 2008
(TITIAN '08)
Tarikh: 6 hingga 8 Jun 2008
Tempat: Sekolah Sri Al-Amin Bangi
Yuran: RM 20.00
*Hanya untuk Nuqaba' dan Co-Nuqaba' sahaja*
Bagaimana hendak mendaftar?
1. Isi borang yang disertakan
2. Borang tersebut hanya boleh diisi oleh Ameer/Ameerah/ JK T-PSM lantikan Karisma Negeri/Daerah/ IPT sahaja. Ini bermakna, hanya satu penama yang hantar borang bagi setiap lokaliti.
3. Hantarkan borang tersebut ke titian.2008@ yahoo.com
4. Pendaftaran atas tiket individu tidak dibenarkan, kecuali dalam kes-kes tertentu. (Sila hubungi JK Pendaftaran)
5. Pendaftaran berkelompok tidak digalakkan.

Tema pada tahun ini;
Murabbi Tegar, Mutarobbi Menyinar
Hakikatnya, peranan murabbi begitu besar! Bukan hanya guru yang menadah kitab lalu memuntahkan segala macam ilmu kepada mutorabbi, sebaliknya lebih dari itu. Kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu dan ayah kepada anak-anaknya; itulah perumpamaan yang amat sesuai bagi menggambarkan hubungan murabbi dan mutarobbi yang sebenarnya. Sanggup berkorban segala-galanya dalam mengasuh mutarobbi, asalkan anak-anak yang dijaga itu aman, sihat dan matang hingga sanggup berjuang di lapangan dakwah.
Jadi murabbi bukan sekadar main-main, tetapi itulah cita-cita yang perlu disemat dalam dada kita. Itulah cita-cita yang selayaknya dijulang setinggi angkasa; demi melahirkan lebih ramai dhu'at yang dimandat sebagai mata rantai perjuangan Rasulullah Solallahu 'alaihi wassalam.

Ayuh semua! Kita jadi mutarobbi tegar, langsung membina lebih ramai mutarobbi yang menyinar, insyaAllah!
Kerja giler-giler untuk perubahan besar giler!