Monday, April 05, 2010

dAh taK taHaN dAH niiii,,

Pernahkah kesabaran anda teruji?? Adakala kita diberi dugaan oleh Allah s.w.t yang mengkehendaki kita untuk bersabar...kalau dengar perumpaan orang 'sabar itu separuh dari iman'. Nah, terang lagi bersuluh, sabar dikaitkan dengan iman.

Ada satu situasi yang berlaku. Si adik ingin sangat nak main laptop kakaknya. Baru sebulan dibeli. Dah alang-alang kakak balik, adik merasakan dia berpeluang nak mencuba laptop kakaknya. Tapi kakak enggan beri. Adik sedih. Cuma mendiamkan diri. Tidak berani nak minta sekali lagi kerna takut dimarahi. Suatu hari, kakak sedang membuat assignment, tiba-tiba mendapat panggilan. "Assalamualaikum, ye Siti, ada apa?" jawab kakak sambil bergegas ke bilik. Ingin mendapat privacy barangkali. Tatkala itu adik yang sedang menonton tv tertarik ingin mendekati laptop kakaknya. Getus hati adik "takpe kot setakat nak tekan-tekan". Lantas adik pon tekan satu butang. "tengok mana ada rosak". Adik pun tekan lagi. Tiba-tiba kakak keluar dari bilik. Adik terkejut lantas terlanggar wayar laptop dan laptop padam.

"Alamak, habis journal aku kat proquest td. Tak save lagi". Kakak mula nampak tension. Adik diam. "Mak, tengok adikkkk". Mak naik ke ruang tamu.

Kakak marah pada adik. ditambah pula dengan kerisauan kerjanya yang tak siap-siap lagi. Mula kakak rasa panas. Kalau dapat nak cekik-cekik je adik. Kakak rasa kalau tak sebab adik, mesti kakak dah dapat sambung kerja. Namun, kakak cuba relax sebab mak ada sekali.

Malam tu kakak tak cakap langsung dengan adik. Adik tak tahu nak rasa dan fikir apa. Adik terlalu muda untuk merasai perasaan kakak. Tapi adik tidak suka apabila melihat kakaknya tidak bergurau dengannya. Adik hanya diamkan diri. Selepas makan malam, kakak duduk di depan rumah. "Nak boikot adik jap. Camne la dia boleh nak pegang laptop aku. Bukan ke dah warning dulu".

"Termenung jauh nampak", ayah sapa kakak. Ayah duduk di depan kakak. "Nape ayah?". Kakak rasa kalau setakat nak cakap pasal adik, kakak kurang senang. Lebih elok die nak tenangkan diri dulu. Kemudian ayah kata sesuatu "Ayah cuma dikurniakan dua orang anak sahaja, iaitu kakak dan adik. Jarak kamu lebih 10 tahun. Dulu, betapa ayah kurang suka kerana sukar untuk mendapat anak, tetapi mak penuh dengan kesabaran sehingga adik lahir. Dan sekarang ayah mengharapkan anak gadis ayah mengikut sifat sabar ibunya". Ayah senyum. Kakak diam. "Cuba sebut nama penuh adik sebanyak tiga kali, dan tutup mata sekejap. Kemudian buka mata dan senyum". Kakak pun buat. Kenapa kena buat??? Tapi kakak ikut je. Selepas kakak bukak mata, depan kakak ada gambar kakak bersama adik, ketika di A Famosa cuti sekolah tahun lepas. Kakak peluk adik. Erat. Ceria. Kakak menitiskan air mata. Comel adikku.

"Dia masih kecil. Tak salah kita yang besar sabar dengan adik. Dia dan kita, maksud ayah, hubungan kita kena kuat. Kuatkan dengan iman. Jangan mudah terpengaruh dengan syaitan. Janji mereka untuk menyesatkan kita, melemahkan kita tidak pernah padam, walau pun tidak pada kesalahan yang besar seperti membunuh, kesilapan kecil seperti sekarang pun boleh mengugat iman kita". Kakak berfikir. Ya. Kakak perlu sabar. "Dah habis bersembang?" mak datang dengan adik. "Jom, kita keluar jalan-jalan malam ni. Pusing bandar dengan kereta," ajak ayah. Semua kelihatan gembira dan setuju. Semua bersiap. Kakak terharu. "Kakak PERLU sabar lain kali. Kakak perlu kuat". Janji kakak dalam hati.

Dengan kesabaran, Allah s.w.t melatih manusia untuk optimis dan dinamis dalam menjalani hidup. Seperti FirmanNya dalam Al-Quran

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung".
(Surah Ali Imran; 200)

Sahabat-sahabat semua, bila kita diuji, kita perlu kuat. Letakkan dalam diri kita satu motivasi agar kita mampu menangani ujian itu. Bersabar lebih baik daripada kita melakukan sesuatu tindak balas yang tidak disyariatkan dalam Islam. Seperti kakak tadi, yang sanggup bermasam muka kerana mudah terasa dan tidak cuba sabar dengan perkara yang terjadi.

Sebagai pelajar, rutin harian kita akan sentiasa teruji dengan perkara yang melampaui batasan sabar. Namun, kita semua punya akidah. Akidah yang membentuk peribadi muslim. Allah s.w.t Maha Penyayang. FirmanNya

"..... Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas "
(Surah Az-Zumar; 10)

Hayatinya,,,, Sabar...sabar....



0 comments:

Followers