Tuesday, August 26, 2008

Manusia Semakin Kejam

Alhamdulillah..dengan keizinan Allah, pd 22.08.08 (Jumaat) bertempat di perkarangan Dewan Utama USM KK, Forum Wacana Ilmu barjaya dianjurkan atas usaha mujahid mujahidah muda USM KK bersempena Hari Terbuka Desa 2008. “MANUSIA SEMAKIN KEJAM???”…wah.. tajuknya kedengaran seperti menghukum manusia..tapi itulah hakikat yg wajar diterima bagi insan yg hilang rasa kasih kepada saudaranya..Kali ini, dengan ber”moderator”kan Dr Irfan Mohamad (Pensyarah Jab ORL USM KK) dan dibarisi ahli2 panel yg selayaknya..Superitendan.*(unknown)-maaf…(^^_), Dr Hafidzah Hj Mustakim (Pengurus dan Pemilik Klinik Perdana Islah) dan tidak ketinggalan, Tn Hj Mohd Rahim Hj Jusoh (Timbalan Mufti Kelantan), forum in berjaya mengumpulkan insan2 yg insyaAllah…sentiasa dahagakan ilmu.

Sedar atau tidak..banyak terpapar di dada2 akhbar, berita2 mengaibkan manusia..yg dicipta sebagai “khalifah”. Walau Allah mengangkat darjat manusia sebagai khalifah di muka bumi ini…namun..insan memang mudah lupa peranan diri..lihat saja hilangnya sharlinie tanpa jejak..pembunuhan Altantuya, walaupun non muslim…tp masih seorang insan..juga Nurin Jazlin..dirogol dan lebih teruk lagi dibunuh dgn amat kejamnya..so, layakkah kita yg turut sama berada di bumi Malaysia ini mengiktiraf diri kita sebagai “masyarakat yg penyayang” di saat kadar jenayah makin meningkat?!..

Apa itu jenayah? Suatu perbuatan yg buruk..yg boleh dihukum..tapi hakikatnya, sebarang perbuatan yg menyebabkan dosa itulah jenayah yg sebenar-benarnya..Jenayah kecil2an ke..jenayah index ke…jenayah harta benda ke..pokoknya..DOSA = JENAYAH..dalam arabnya..jenayah itu..JARIMAH..maksudnya segala perbuatan yg bertentangan dengan syarak merangkumi semua aspek hidup. Mencuri itu jenayah..menipu itu jenayah..merogol itu jenayah..riba juga jenayah..dan tidak ketinggalan buka aurat juga “berjaya” tergolong dlm senarai JENAYAH…so, be aware wahai muslimin n muslimat…dalam tak sedar..kita yg rasa diri cukup baik pun boleh diiktiraf sebagai “PENJENAYAH” di mata Pencipta kita..Di sinilah kita dapat lihat syumulnya Islam. Sekecil-kecil kebaikan ada ganjarannya dan kejahatan juga ada balasan yg menanti.

Jadi..apa faktor meningkatnya kadar jenayah? Golongan mana pula yg jadi juara dr aspek penglibatan dalam “bidang jenayah” ni? Remaja mungkin dilihat sebagai golongan yg paling “aktif” dlm “bidang” ni tapi sejujrunya..golongan dewasa atau mungkin warga emas tidak lepas dr terlibat melakukan jenayah. Sampai ke sudah masalah tidak selesai jika antara generasi saling mencipta jurang..kalau tak silap..pepatah Arab ada mengatakan..jika digabung kebijaksanaan orang lama dan semangat org baru..insyaAllah..akan terbina umat yg lebih gemilang.

Jati diri masyarakat lemah..faktor itulah penyebab kpd lahirnya insan2 yg semakin kejam. Mudah sangat terpengaruh dengan budaya kuning dan macam2 warna lagilah…semua budaya buruk yg ditunjukkan masyarakat luar, senang benar dicontohi. Tiada lagi kesetiaan pada budaya ketimuran dan yg lebih menyedihkan..budaya hedonisme yg dibawa barat pula diagung2kan..masyaAllah…Begitu juga jika dilihat peranan yg dimainkan institusi kekeluargaan. Hanya “arif” melahirkan anak...tp lemah dlm mendidik “hadiah ALLAH” ni menjadi insan yg tidak kejam. Kalau nak disenaraikan faktor penyebab ni memang banyak..termasuklah..pengaruh media yg memaparkan aksi2 lucah hingga merosakkan pemikiran, lelaki melihat wanita sebagai objek seks semata, dan juga faktor sosioekonomi.. tapi bila diselidik punca utamanya….tentunya berbalik kepada manusia itu sendiri. MANUSIA HILANG ARAH..itulah…menjadikan manusia..TIDAK TENTU ARAH..dan KEJAHILAN yg sebenarnya ialah bila mana manusia hilang ‘izzah diri, rasa lemah, berpecah-pecah dan sesat dalam menentukan panduan hidup. Lebih bangga mengaku diri..”I’M MATERIALISTIC and I LOVE HEDONISME”. Diri rasa gelisah bila dicabar dengan sedikit ujian. Pendek kata..nak ENJOY SOKMO..alasannya..HIDUP HANYA SEKALI..hingga lupa hakikat..MATI HANYA SEKALI!

“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan syirik, mereka itulah orang2 yg mendapat rasa aman dan mereka mendapat petunjuk”. (Al-An’am:82).

Syirik kepada Allah adalah jenayah yg paling besar. Luqman Hakim juga menasihati anak-anaknya supaya jangan sesekali menyekutukan Allah..Nasihat Luqman ini terang-terang tercatat dlm Al-Quran. Ini buktinya..Islam tidak melahirkan PENJENAYAH kerana Al-Quran hanya mendidik manusia menjadi sebaik-baik kejadian. Al-Quran menentang KEZALIMAN dan menyelamatkan manusia dari seksa API NERAKA.

Ikhwan2ku…KUASA, EGO, JAHIL, ILMU TANPA AMAL dan MISKIN IMAN…semuanya menjerumuskan diri kita ke kancah jenayah..

KEKUASAAN – rasa diri berkuasa sudah cukup menjadi syarat kepada berlakunya kezaliman. Cukuplah firaun terkenal sebagai pemerintah yg zalim..dan janganlah pula kita mewarisi kezaliman firaun itu untuk menjadi khalifah yg zalim.

EGO – amat teruk jika jadi manusia yg malas belajar..dan lebih teruk jika jadi manusia yg tidak mahu belajar..juga “teramat”lah teruk jika jadi manusia yang tidak mahu dinasihati. Ingat pesan Nabi s.a.w., jadilah kamu orang yang mengajar…tak mau?..jadilah orang yang belajar..tak mahu juga??jadilah orang yg mahu mendengar…juga tak mahu??cukuplah kamu jadi orang yg kasihkan ilmu..tapi jangan jadi selain daripada yg 4 ini..Ala..kata sayangkan nabi..mana mungkin nabi nasihat pun tak mahu ikut..kan???

JAHIL – Islam hadir semasa manusia dalam kegelapan. Tidak tahu beza baik dan buruk..Kerlipan gemilau Islamlah yg menghapuskan sifat ZALIM yg ada dalam diri Saidina Umar yg tika zaman jahilnya..sanggup menanam hidup2 anak perempuannya. Hanya selepas Islamnya Umar..sahabat Rasulullah ini menjadi insan yg baik akhlaknya hingga dinobatka sebagai AHLI SYURGA. Jadi..andaikata ketika ini kita masih jahil..kembalilah kepada Islam yg sebenarnya..insyaAllah…kezaliman yg ada pd diri dpt dihapuskan dan mudah-mudahan SYURGAlah tempat kita bertemu.

ILMU TANPA AMAL – Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah..Bersusah payah tanam benih tapi hasilnya tak dapat dirasa. Ilmu bukan koleksi untuk diri semata tapi untuk disebarkan. Bayangkan..waktu hari pembalasan kelak…masing2 salah menyalahkan…si “KIKI” baru nak melangkah masuk syurga tp dihalang si “LALA” ..puncanya…

KIKI: “Apsal kau tak kasi aku masuk syurga??”Why???
LALA: “Waktu aku buat jahat dulu..mana ada kau halang aku...tak aci lah kalau kau boleh masuk syurga..”
KIKI: “Aik??Aku ada halang la suatu masa dulu…kau yg lupa..”
LALA: “Ala..sekali tu je kau halang..lepas tu mana ada kau halang dah..senyap sunyi je..”
KIKI: “Kau yang salah..aku nasihat sekali kau tak mahu dengar..siap kau kutuk aku lagi..kononnya berlagak alim..”
LALA: “Mana boleh kau salahkan aku..kau pun salah jugak..kau kenalah halang aku lagi..mungkin aku dengar cakap kau lepas2 tu..”
KIKI: Kau yg salah!
LALA: Kau yg salah!

Hmm…Macam dialog biasa..tapi hakikatnya…lebih jauh dari yang biasa..masing2 salah-menyalahkan…semata-mata untuk SYURGA yg penuh kenikmatan…so..bagi tidak menzalimi diri sendiri…tuntutlah ilmu..amalkan..dan jangan lupa..sebarkan…(^^,)

MISKIN IMAN – “Miskin” dalam kaca mata Islam bukan terletak pd ukuran materialistik tp setinggi mana iman seorang HAMBA ALLAH. Kerana miskin imanlah..manusia sanggup buat apa saja walau maruah diri tergadai..maruah saudara tergadai yg akhirnya..membawa kepada kezaliman ke atas diri dan masyarakat.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..sebanyak2nya..kita dilahirkan sebagai Islam..suatu nikmat yg tak semua insan dapat. Betapa susahnya untuk kita dapatkan hidayah..jadi..since we born as muslim..sentiasalah hargainya selagi nyawa di kandung badan..jadilah kita orang muslim ..wa mukmin..wa muttaqin..insyaAllah akhirnya..sudah tentulah JANNAH. Barulah kita ini orang yg benar2 berjaya. 2 rukun yg kita pegang sebagai prinsip hidup sebagai seorang muslim..rukun Islam dan iman..inilah rukun utk melahirkan generasi yg cemerlang dunia akhirat. Islam itu mudah..Islam itu selamat..Solat lah…insyaAllah solat yg diterima Allah melindungi diri dr dosa seumur hidup kita.

Peristiwa Isra’ Mikraj cukup mengajar kita bagaimana solat yg sebenar-benar solat menjamin masyarakat yg harmoni. Disiplin dalam solat penentu hubungan yg baik dengan Khaliq dan seterusnya mewujudkan hubungan sesama manusia.

Bagaimana lagi mahu hapuskan sifat zalim dalam diri manusia? Di sini letaknya peranan masjid. Patutnya..masjid bukan sahaja dipenuhi warga emas dan golongan yg sudah pencen..tapi sepatutnya turut dibanjiri golongan pemuda. Nabi s.a.w. berpesan agar ibubapa mengajar anak2 solat seawal 7 thn dan pukul bila berumur 10thn bg tujuan mendidik. Jadi antara umur 7 hingga 10 sememangnya..ibu bapa perlu mendidik anak-anak lelaki khususnya untuk solat jemaah di masjid..Antara 7 golongan yg mendapat perlindungan di Akhirat kelak ialah pemuda yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid..so..pastikan diri dicalonkan dlm golongan ini. Begitu juga dengan berpuasa…

Bagaimana pula pegangan kita kepada rukun iman? Berkualiti atau tidak? Percaya pd Allah..ingat..Allah always know what you do…Beriman pd malaikat..apa yg Raqib&’Atid sedang catat..amal baikkah..burukkah..??Beriman kepada Kitab – bukan fikir ikut logik akal semata tapi just follow Al-Quran with UNDERSTANDING..insyaAllah..selamat.Percaya kpd nabi dan rasul..Percaya pd hari akhirat..Percaya kepada Qada’ dan Qadar..insyaAllah…semuanya..OKEYv(^_^)v

Dalam sehari…kita dilaungkan dengan kalimat motivasi ..iaitu..AZAN..MARI KITA SOLAT! MARI KITA MENUJU KEJAYAAN!...Jadilah kita Umat Islam yg gemilang..bebas dari kekejaman!!..Remember always…Syurga sentiasa menanti insan yang baik-baik je..mahu dapatkan syurga???just prepare ourselves..insyaAllah…MERDEKAlah kita…THE MOST IMPORTANT!!BACK TO ISLAM…THE REAL WAY OF LIFE….Akhir kalam…Semoga keMERDEKAan sebenar hadir dengan bermulanya RAMADHAN AL-MUBARAK…Selamat bersedia untuk berPUASA…(^_^).

Wassalam alaik…

JK TPSM K-BUDU 08
25.08.08 @ 2210

Friday, August 01, 2008

Jualan Badge






Beli 1 = RM 3.50
Beli 4 = RM12


Untuk tempahan, sila tinggalkan komen beserta nama, bilangan tempahan, emel atau no telefon bg memudahkan pihak K-BuDu menghubungi anda.

Wednesday, July 23, 2008

Jendela Hikmah – Sikap Positif Dorong Umat Fahami Fitrah

Jendela Hikmah – Sikap Positif Dorong Umat Fahami Fitrah

Oleh Endok Sempo Mohd Tahir

wanitajim0@yahoo.com

AHLI tafsir terkemuka, Imam Ar Razi, ketika menafsirkan ayat “Al-Rahman Al-Rahim” (surah al-Fatihah) menyebutkan dua kisah sangat mengesankan dan menunjukkan betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

Satu kisah itu ialah pengalaman seorang salih dan ahli sufi bernama Ibrahim Adham. Pada suatu hari Ibrahim menjamu selera di rumah seorang ketua kaum. Ketua kaum itu menghormati beliau dengan menghidangkan makanan enak. Ketika Ibrahim hendak menyuap, tiba-tiba datang seekor burung gagak menyambar makanan itu. Ibrahim segera melihat bahawa pasti ada suatu pengajaran daripada tindakan aneh burung itu. Beliau segera bangkit dan berjalan mengikuti arah burung itu terbang.

Ibrahim ternampak gagak itu menjatuhkan makanan ke suatu tempat. Ibrahim mendekati arah jatuhnya makanan itu. Setibanya di tempat itu, Ibrahim menyaksikan seorang lelaki yang diikat dalam keadaan terlentang di bawah sebuah pohon rendang. Rupa-rupanya makanan yang dijatuhkan burung gagak terus masuk tepat ke mulut insan tidak berdaya itu. Ibrahim segera mengagungkan Allah, yang menyelamatkan hamba-Nya yang tidak berdaya. Secara logik akal, insan itu tidak akan hidup lama dalam keadaan terikat seorang diri di hutan namun, kerana kasih sayang Allah, Dia menghantar gagak untuk membantu insan
malang itu.

Cerita Ibrahim ini menggambarkan kepada kita mengenai sikapnya yang melihat kebaikan di sebalik kejadian yang kelihatan buruk. Sering kali kita dengar pakar motivasi memberikan tip untuk mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan. Antaranya, kita perlukan tiga perkara untuk mencapainya iaitu ilmu, kemahiran dan sikap. Daripada ketiga perkara ini, yang paling utama adalah sikap. Andai kata kita ingin menjadi sahabat yang cemerlang, hanya sikap menjadi penentu.

Kita mungkin menjadi seorang paling alim dan intelek di muka bumi, tetapi kita pastinya dibenci oleh lawan, mahupun kawan andai tidak mempunyai sikap yang baik. Sikap negatif seperti tidak prihatin, mulut celupar, panas baran sudah cukup membuatkan orang benci pada kita. Kajian oleh seorang profesor daripada Universiti Yale, membuktikan hal ini apabila didapati tujuh peratus kejayaan graduan dari Sekolah Perniagaan Harvard bergantung pada ilmu dan kemahiran sementara 93 peratus bergantung kepada sikap.

Sikap maksudnya cara kita melihat pada sesuatu. Kita dapat apa yang kita lihat. Contoh, apabila kita melawat pantai yang memutih, ada tiga cara (mungkin lebih) melihat pantai itu. Sebagai pelancong kita melihatnya sebagai tempat untuk merehatkan minda dan bersantai. Maka kerehatan yang bakal kita peroleh. Sebagai penangkap ketam, kita ke
sana untuk menangkap ketam. Maka ketam akan kita dapat. Sebagai usahawan, kita mencari ruang niaga yang sesuai dan menguntungkan. Maka memang kemungkinan besar, itulah yang akan kita peroleh. Seruan untuk membetulkan cara melihat atau sudut pandangan, bukanlah semata-mata seruan daripada pakar motivasi saja.

Seruan itu juga adalah seruan Ilahi dalam al-Quran. Berapa banyak ayat yang seolah-oleh bertanya kepada manusia, “Tidakkah kamu melihat?” dan kritikan buat manusia yang membutakan diri, “Apakah kamu tidak melihat?” Ada pelbagai cara untuk memandang, iaitu pandangan mata, akal, nafsu dan mata hati. Cara paling baik untuk menentukan sikap ialah dengan pandangan mata hati, pandangan digandingi dengan aktiviti berfikir untuk menghasilkan yang terbaik bagi semua pihak.

Contoh, kita ingin mengambil kaedah digunakan seorang ulama, Abd Majid Aziz Az-Zindani dalam bukunya, Kitab Tauhid ketika membicarakan perihal ayat dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.” (Surah Abasa, ayat 24).

Menurut beliau, daripada makanan beliau boleh melihat sembilan sifat Allah padanya antaranya Maha Pemberi Rezeki. Apakah nilai pada sepinggan nasi berharga RM5 jika kita tidak fikirkan berapa orang terbabit untuk menyediakan sepinggan nasi. Jika kita kaji proses terhasilnya nasi daripada beras, menjurus kepada padi di sawah, kita dapat merasai kasih sayang Allah yang memberikan rezeki. Daripada contoh kita fahami fitrah manusia memerlukan kepada masyarakat sama ada dia mahu atau tidak, suka atau tidak. Dalam kehidupan sehari, sedar atau tidak kita sentiasa mendapat pertolongan Allah terutama saat berada dalam keadaan genting dan sangat terdesak.

Kita sering dimanjakan dengan kasih sayang-Nya. Namun, kita selalu melupakannya. Malah, kadangkala kita sering menganggap bahawa kecemerlangan dicapai kerana kehebatan kita. Akibatnya kita acap kali menjadi sombong dan bangga kerananya. Kita ambil mudah banyak perkara dan melanggar hukum-Nya, dengan pelbagai alasan yang kita reka sendiri. Walhal sebenarnya nikmat itu hanyalah kurniaan Allah.

Penulis ialah AJK Wanita JIM Pusat dan boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@yahoo. Com

Sumber: Berita Harian, 16 Mei 2008

Sunday, July 20, 2008

Remaja dan Dakwah

Assalamualaikum semua…

Alhamdulillah. .pagi 19 Julai 2008 bersamaan 16 Rejab 1429H, beberapa orang perwakilan dr k-budu, jaiputra dan maktab perguruan sultan mizan berpeluang utk mengadakan syura bersama. 7 akhawat K-budu, 3 akhawat jaiputra, 2 dr MPSM n 10+ ikhwah. Majlis dimulakan dengan `umul Quran, Al-Fatihah dan disusuli dengan muzik Al-Quran yg didendangkan dgn penuh penghayatan v(^^)v oleh slh seorang wakil
ikhwah.

"Wahai orang2 yg beriman! Mengapa kamu mengatakan apa2 yg tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang2 yg berperang di jalan-Nya dlm barisan yg teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yg tersusun kukuh."(terjemahan Surah As-Saff: 2-4)

Selesai sahaja bacaan Surah As-Saff, satu topik yg bisa menaikkan semangat dakwah disampaikan oleh seorang ustaz yg di"import" khas dr Institut Perguruan Kota Bharu. Ustaz Sha'rani namanya…v(^_^ )v…dan tajuknya..REMAJA & DAKWAH!

FIRST of ALL…setting niat ya anak2..kalau yg dh terpesong niat tu..sila2lah "restore" balik n "install" la niat yg baik punye…(^^,).So, bila niat dah "ok", ustaz mention satu golongan dr 7 golongan yg dapat duduk di bawah bayangan /lindungan Allah, our SWEETHEART^^ ,…yakni 2 orang yg bertemu dan berpisah JUST BECAUSE OF ALLAH. Jadi, macam mana kita register diri kita dlm golongan ni?? Of
course! The answer is DAKWAH in JAMA'AH!

Satu analogi menarik, dalam perlawanan bola sepak..tak "cool"lah kalau kita ni hanya jadi tukang sorak or penonton di luar gelanggang je. BUT, we want to be one of the players yg boleh TERJAH GOL yg ada. Hassan Al-Banna, seorang tokoh Islam yg amat kita kagumi pernah mengatakan, pendakwah luar padang memang ramai, tapi pendakwah yg
turun padang sikit je. So, dalam erti kata lainnya…kita ni janganlah membataskan diri kita sebagai insan yg hanya jdkan ilmu2 sbg koleksi hidup tp kita nak ilmu2 yg ada "stimulate" diri kita utk turut sama berdakwah. Bukankah itu lebih bagus..^^,

Lihat saja sejarah dakwah nabi2 yg membawa risalah samawiyah,,, our religion, ISLAM!

NABI NUH dan dakwahnya. Siang malam berdakwah tapi hanya seciput je yg terima dakwahnya. Kalau kita sekarang, cukuplah dakwah kita direject oleh "se"orang! Then, GIVE UP.Alamak..malu la kat Nabi Nuh kalau macam ni. Satu lagi iktibar, Nabi Nuh sebut one by one nama2 mad'u dalam doanya, tapi kita, sudahkan solat akhir2 waktu, doa pun tidak..bila pula kita doa untuk mad'u kita??Masyaallah… memang tak
malu kan kita ni..

Jom kita lewati sejarah NABI MUHAMMAD, kekasih Allah yg amat amat sangat kita cintai..mudah2an. .Begitu bersusah payah baginda salurkan dakwah kepada sahabat2 dan berkat dakwah mereka,..kita yg hidup dlm zaman yg "konon"nya bertamadun ni, dapat juga rasa keindahan dakwah walaupun tak boleh nak challenge semangat jihad yg ada dlm diri sahabat2 terdahulu. Alhamdulillah. Jadi, bagi menghargai jasa tak
terhingga ni, moleklah sangat kalau kita ni sama-sama sambung perjuangan rasullullah dan sahabat dalam usaha melahirkan para da'i yang mantap and "D'BOMB" ..v(^_^)v..Rasulull ah juga tinggalkan kita method utk berdakwah, dakwah scr sembunyi n terbuka. Inilah sunnah nabi kita dalam berdakwah..bukan dakwah main redah jer..Jika dilihat dari strategi nabi, mula-mula baginda ingin menyebarkan dakwah Islam, baginda bentuk usrah di rumah Al-Arqam. Dalam zaman kita skrg, janganla tunggu jumpa rumah al-arqam baru nak buat usrah, buat lah di mana-mana tempat asal sesuai..Ala. .kalau HATI dah nak berdakwah dan beramal soleh…senang je.^^, Rugilah kalau kita dipilih untuk join dalam sistem pentarbiyahan, alih2, kita pula cabut lari.
Lihatlah..berapa ramai remaja yg sekarang sedang melepak tak tentu arah, "dating" mengalahkan pasangan dah berkahwin, merempit sana sini, shopping satu kompleks..tak pun berkompleks- kompleks. .pendek kata segala yg tak bermanfaatla. .so, kita yang insyaAllah mutiara-mutiara putih (^^, yg terpilih dalam sistem pentarbiyahan ni harusnya syukur sangat-sangat.

"Sesungguhnya Allah memasukkan orang beriman dan beramal soleh ke dalam di bawahnya sungai, sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki." (Surah al-Haj, ayat 14)

Kata ustaz, remaja ni..means…kita kita ni..(walaupun ada yang dh tergolong dalam LEWAT REMAJA…insyaAllah… semangat masih REMAJA)..v(^ ^)v..adalah golongan yg THE MOST IMPORTANT dalam dakwah. Jadi, masa remaja ni lah kita nak gerak sama-sama dalam berdakwah..bukan sendiri2. Barulah senang nak dapat pertolongan Allah. Bukankah
pertolongan Allah tu datang dalam kelompok yg besar..

Saidina Ali r.a. sendiri pernah berkata, "Kebenaran tanpa sistem dapat dikalahkan dengan KEBATILAN BERSISTEM". Bagi mengelakkan tragedi tak diundang ni terjadi, always be aware n take our responsibility to work together in team and in systematic way. Dalam proses nak ajak orang yang kurang mengerti ke medan dakwah, da'i juga
mesti ada sifat tawadu'..barulah senang mad'u nak dekati.

Sebagai akhirnya…ustaz mengingatkan anak-anak remaja ni, jangan mudah patah semangat utk join dalam dakwah dengan alasan sibuk study, exam, coursework bertimbun. Always bare in mind, pertolongan Allah akan datang utk siapa aje yang menolong agamaNya dan ilmu adalah Nur Allah dan ia hanya akan sampai kepada insan yang bersih hatinya dan
sentiasa dekat dengan Allah.

Ali bin Abi Thalib berkata, "Sesungguhnya Allah mempunyai tempat air di bumiNya, iaitu HATI. Maka hati yg paling dikasihi Allah ialah yg paling halus, bersih dan keras. Yang paling keras hati itu mengenai agama, paling bersih mengenai keyakinan dan paling halus adalah kepada saudaranya." So, HOW TO GET A NICE HEART?? Jom lah berdakwah!v(^_^)v

Selesai sesi penyampaian oleh ustaz Sha'rani, sesi soalan dibuka. 1st QUESTION – Bagaimana kita nak berdakwah sedangkan kita ni tidaklah dikategorikan sebagai baik…sangat n ilmu pun tak cukup..dan jawapannya.. nak berdakwah ni bukan nak tunggu kita dah cukup ilmu.
Ilmu Allah bukankah luas bangat…tak tercapai level "cukup" yang kita nak tu hingga kita mati. So, kalau nak tunggu cukup ilmu, tak berdakwah la kita jawabnya. Dan lagi, iman kita ni memang akan turun dan naik, tapi bila turun tu kena la cepat2 naikkan, jangan sampai penurunan iman melampaui yg sepatutnya. Macam mana nak "top up" balik iman kita, salah satunya…dengan berdakwah!

2nd QUESTION – Bagaimana tips utk menyentuh hati2 mad'u kita dengan dakwah yg ingin kita sampaikan?.. n d answer…bersihkan hati kita ni dulu atau dalam kata lainnya, ubah diri kita ni untuk jadi insan yg semakin hari, semakin baik. Juga tidak ketinggalan! Sentiasa guna senjata kita sebagai orang mukmin, "DOA". Doakan mad'u kita sebagai mana Nabi Nuh lakukan. InsyaAllah…if we always make sure OUR ATTITUDE
is better than OUR WORDS, others will follow us to JANNAH..Amin…

And the LAST but NOT LEAST..Ustaz, ustaz…bila kita sebut je usrah n dakwah, ia seolah-olah sudah jadi satu rutin dan ada sesetengahnya yang menyempitkan maksud usrah itu sendiri. Terkadang, susah kita nak hadapi golongan yg sukar terima dakwah. So, untuk golongan sasaran kita, siapa yg patut kita utamakan? Yang mudah2 or susah2?..Usrah or Halaqah adalah perkara pokok yg mesti kita buat. Kalau yang basic pun kita tak laksanakan, bagaimana kita nak berdakwah? Golongan susah2 or mudah2 keduanya perlu didakwah tapi apa yang penting, kita yang sedar kepentingan usrah ni mesti sentiasa maintain involvement kita (istiqamah) dalam usrah. Then, don't worry, selagi kita ikut usrah, kekuatan utk berdakwah tu akan hadir dengan sendiri. Berdasarkan universal values…golongan yg ingin kita pengaruhi haruslah bermula
dari yang dekat2 dgn kita dan yang dekat-dekat itulah akan bawa dakwah kita tu ke lingkungan yg lebih luas. InsyaALLAH…mutiara-mutiara yang kita kutip (means, mad'u kita) akan membentuk "jaringan" dakwah Islam yang tak berkesudahan walaupun nafas kita sudah terhenti..mudah2an…

Sahabat-sahabat. .janganlah kita ni hanya jadi semut-semut kecil di celahan yg sungguh2 nak ke puncak tapi akhirnya jatuh merudum, hilang jejak..walaupun rasa diri ni lemah nak berdakwah..paling tidak..jadikan diri kita ibarat lantai, walau hanya jadi asas kepada puncak yg tinggi, tapi tak hilang jejaknya. Biar apa pun halangan yg
menanti, kita tetap teguh dalam satu perjuangan yg tak berkesudahan, bukan hanya berdiri semata-mata tapi bergerak sama-sama menyampaikan dakwah. ALLAHUAKBAR! !

Hmm…mula2..sangkanya cam sikit je input yg nak disampaikan, tp dh jadi banyak pulak..hehe. .Alhamdulillah. .Habis sesi ceramah, perwakilan yg ada pun mula berta'aruf n disusuli dengan syura melantik tanzim baru utk K-Kelantan.. InsyaAllah, dengan pelantikan yg dibuat, bertambah lancar program dakwah yg ingin disusun dan
dilaksanakan. .Amin..

Thanks to pak cik2 n mak cik ^^, juga buat semua perwakilan yg hadir dan harapan agar syura ni jadi turning point utk kita bergerak dalam dakwah. Oh ye..memandangkan ana n beberapa sahabat yg lain tak berpeluang nak hadiri kursus pengurusan jenazah…kepada yg berkenaan, sudi-sudilah kiranya kongsi ilmu yg dapat tu ya..v(^_^)v…Wassalam ..

Salam Ukhuwah,
JK TPSM K-BUDU 08
20 Julai 2008/ 17 Rejab 1429H @ 11.07a.m.

Sunday, July 20, 2008

Bengkel Pengurusan Jenazah

Ilmu itu takkan datang kalau kita tak cari. Oleh itu, arini aku menghadiri Bengkel Pengurusan Jenazah di Dewan Murni dan Masjid USMKK. Bengkel ni bermula dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Aku rasa terpanggil untuk pergi bengkel ni sebab dah 2 kali pesakit meninggal depan mata kat wad. Mesej utama adalah MATI ITU PASTI TANPA MENGIRA SIAPA DAN DI MANA. Dan selain itu, aku tertanya-tanya pada diri aku, aku ni orang Islam, tapi nak menguruskan jenazah pon tak tahu. So, demi mencari ilmu, aku pon pergi la ke bengkel tersebut.

Sebelum Ust. Mohd Aziz Che Man memulakan tajuk ceramahnya, beliau ada menyampaikan kisah kenapa malaikat Izrail yang ditugaskan mencabut nyawa. Kisahnya bermula semasa mula-mula Nabi Adam a.s ingin di ciptakan. Mula-mula Jibril turun untuk mengambil tanah bagi mencipta Adam. Tapi gagal kerana setiap kali nak ambil tanah tu, tanah akan menjawab, “buat apa la nak ambil tanah dan cipta MANUSIA. Manusia tu nanti akan hanya melakukan kerosakan kepada bumi”. Ini di sebabkan memang perkataan manusia itu yang bermaksud tak guna. Hampir semua malaikat turun untuk ambil tanah bagi mencipta Adam a.s. Dan akhirnya, malaikat Izrail yang berwajah bengis dan mampu bertukar-tukar rupa turun dan berjaya mengambil tanah untuk menciptak Adam. Nak dijadikan cerita, disebabkan Izrail yang berjaya mengambil tanah untuk mencipta manusia pertama, maka Izrail juga yang ditugaskan untuk mencabut nyawa.

Dan lagi satu, setiap kematian pasti bersebab. Contohnya, kemalangan, jatuh pokok, sakit jantung la, sakit itu la, ini la..Menurut ustaz lagi, ini adalah permintaan malaikat Izrail kerana tak mahu dipersalahkan atas tanggungjawab yang di beri oleh ALLAH s.w.t. Cuba bayangkan kalau seorang anak kecil meninggal dunia secara tiba-tiba tanpa sebab. Nanti si ibu dan si bapa akan berkata, “ kenapalah anak aku yang kecil dan tak tahu apa-apa ni di cabut nyawanya, ni mesti kerja Izrail”. Jadi, sebab tulah setiap kematian ada penyebabnya.

Yang tu baru mukadimahnya…hehe..Tetapi, walaupun mukadimah tapi isinya sangat berguna.

Antara pengisian yang aku dapat adalah:

  • Tanggungjawab orang hidup terhadap orang mati
  • Pejamkan matanya seperti maksud hadis Rasulullah : “Jika kamu menghadapi mayat yang baru mati, maka hendaklah engkau pejamkan matanya kerana mata itu ikut pemergian roh”

Penerangan: mata akan mengikut arah pergerakan roh itu ditarik. Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah diurut-urut matanya sehingga tertutup.

  • Diikat dagunya ke kepala jika mulutnya terbuka, agar tidak ternganga.
  • Letak di atas perutnya sesuatu penindih yang sewajarnya (berat), agar tidak mengembung.
  • Perbetulkan sendi-sendi tubuhnya perlahan-lahan, jika memungkinkan, jika tidak, biarkan saja.
  • Tinggikan sedikit tempat jenazah dan arahkan kaki ke kiblat.
  • Tanggalkan pakaiannya dan di tutupi dengan kain ke seluruh tubuhnya.
  • Letakkan kedua tangannya di antara pusat dada, seperti orang solat (jika memungkinkan)
  • Segerakan membayar hutangnya, jika dia berhutang, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-

“Roh seseorang mukmin tergantung di antara langit dan bumi hingga hutangnya dibayar oleh ahli warisnya.” (HR Ahmad, Ibnu Majah & Tarmizi, dari Abu Hurairah).

  • Menghebahkan kematiannya, terutama kepada ahli keluarganya, supaya mereka datang ziarah dan menyaksikan jenazah (untuk memberi keinsafan)
  • Perlu diingat bahawa mengajak orang berbuat baik akan mendapat pahala seperti apa yang di lakukan oleh orang tersebut dari kebaikan. Hadith Rasulullah s.a.w. yang di riwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah menjelaskan kelebihan orang yang ikut menyembahyangkan dan menghantar jenazah seperti berikut:-

“Siapa yang menyaksikan jenazah hingga menyembahyangkannya, maka orang itu akan mendapat satu qirath. Siapa yang menyaksikan sampai ke kuburnya, maka baginya pahala dua qirath. Para sahabat bertanya: Apa yang di maksudkan dengan qirath? Rasulullah s.a.w menjawab, “Qirath itu seperti sebuah gunung emas yang berat”.

  • Haram menjerit dan meratapinya.
  • Haram memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak baju dan seumpamanya.
  • Boleh menangis tanpa menyebut-nyebut sesuatu dan hendaklah banyak bersabar.

Hadith Nabi yang bermaksud: “Sesiapa yang meratapi mayat, maka mayat itu akan tersiksa kerana ratapan tersebut”. (HR Bukhari & Muslim)

Ada banyak lagi input tentang bengkel ni, tapi nanti aku sambung semula..InsyaALLAH…

Followers