Monday, August 31, 2009

DaURaH PenGiKat UkhWaH....

SALAM..
Alhamdulillah..

selesai sudah 2 daurah untuk bulan ogos ni..
Moga keberkatan Ramadhan dpt memberi satu semangat baru dlm diri kita semua.

ini just draft tentatif program..

Tarikh: 28/8/09 - 29/08/09
5.30 ptg::Berkumpul & prepare buka puasa
7.30 ptg: buka puasa & solat Maghrib
8.15: Ta'aruf
8.30 : solat Isyak & solat Terawih
10.00mlm : Pengisian oleh Dr .Hafidzah Mustqim " Ramadhan & Pembentukan Diri"
>>Kak Chah memberi ucapan alu-aluan between the gap>>
11.00 mlm : Berinteraksi dgn Al-Quran by Kak Ila
Tidur
4.00 pg : Qiamullail
5.00 pg : Sahur
6.oo pg : Solat Subuh & al-ma'thurat followed by Pengisian Subuh oleh Ain (USM)
7.00 pg: Riadah & sambungan slot dgn Kak Ila
9.00 pg : Diskusi /muhasabah Da'ie dgn Kak Dayang
11.00 tgh : bersurai
Tarikh: 30/8-31/8/09
5.30 ptg: Berkumpul & persipan buka puasa
7.30 ptg: Buka puasa & solat Maghrib......
8.15 mlm:Sesi pengenalan dengan pengajur & taaruf
8.30 mlm : Solat Isyak & solat Terawih
10.00 mlm : Pengisian " Ramadhan & Pembinaan Taqwa. Bagaimana??"
11.00 mlm Tidur & Pengurusan Diri
4.00 pg: Qiyamullail
5.00 pg : Sahur
6.00 pg : Solat Subuh , Al- Mathurat & Pengisian oleh Cikgu Zul
7.00 pg : Pengurusan Diri
8.30 pg : Pengisian " Madrasah Ramadhan" by Ust Syaarani
10.00 pg : Pengajian Hadith..
12tgh: Bersurai
Got nothing to say sbb masih keliru dgn perasaan sendiri
Alhamdulillah,,,kalau x dpt sgt nk appriciate pengisian yg diberi ,,at least dpt kuatkan ikatan ukhwah dgn IPT lain kt Kelantan ni... Bila bersama mcm ni ,,, tak kisahlah apa korg punya kursus sekalipun boleh ngam. Kenapa?? Sbab iktan aqidah & dakwah mengikat hati kita.. Bila kita rasa susah & terbelenggu ada sahabat2x lain yg kita boleh kongsi perasaan & masalah. Bayangkan kalau aku budak Medic ni pergi mengadu masalah kt budak medic jugak apa jadi??Jwb sendirilah ek.. ( pinjam ayat Kak Ila)
Buat sahabt2x di IPT lain aku mewakili sahabat2x lain kt sini nk ucapkan terima kasih atas hangatnya pelukan ukhwah yang diberikan.. Moga bertemu lagi di daurah yang akan datang..
InsyaALLAH...mohon ditetapkan hati & diberi kekuatan.. Aku pun tak tahu apa nk jadi dgn diri ni pada masa hadapan ( Hadith 5 / 40)
Nanti gambar time daurah ,,aku upload kemudian..
WASSALAM

Sunday, August 30, 2009

Keimanan

SALAM,Balik drpd kelas je terus aku buka laptop & select play all from "nasyid indo " folder.
tergamam sekejap,,macam Allah tahu je aku tgh sedih .. (Memg ALLAH Maha Mengetahui pon) lagu ni 1st aku dengar ptg tu
Keimanan
Album : Munsyid : Haris Syafik
http://liriknasyid.com

Andai matahari di tangan kananku
Takkan mampu mengubah yakinku
Terpatri dan takkan terbeli dalam lubuk hati
Bilakah rembulan di tangan kiriku
Takkan sanggup mengganti imanku
Jiwa dan raga ini apapun adanya
Andaikan seribu siksaan terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
Seujung rambut pun aku takkan bimbang
jalan ini yang kutempuh
Bilakah ajal kan menjelang
jemput rindu-rindu Syahid yang penuh kenikmatan
Cintaku hanya untukMu tetapkan muslimku selalu
p/s:: lagu ni terngiang-ngiang bila pada 1 ketika
aku merasakan diri ini keseorangan...
menuju destinasi untuk menyatu kesatuan
namun masing-masing punya pemikiran & haluan
ku yakin itu sudah diaturkan
kerna aku bukan Tuhan
bukan tugas aku untuk mempertikaikan
aku kira masing2x punya tujuan & tumpuan..
ilmu yang dikutip biarlah dimana sahaja asalkan bisa dijadikan perkongsian & panduan
Sesungguhnya aku bukan Tuhan...
tapi yakinlah adanya hikmah di setiap kejadian...
Maafkan aku wahai taulan,,
aku benar-benar merasakan terujinya keimanan
hampir-hmpir aku melepskan baran & tangisan
saat merasakan diri keseorangan
saat terlupa bahawa diri bukan Tuhan.
Moga Allah Yang al-Rahman
memberi kekuatan & cahaya keimanan
agar hati ini terikat atas keimanan
kukuh dengan pengorbanan.

Friday, August 28, 2009

Ramadhan Tiba

SALAM...
Ni lgu tema puasa sy n kwn2x kt sini utk thun nii
(Ayat x leh blah..skema sehh)
one night ,tgh cari lagu 'Ketika Cinta' ,of course by OPICK (another one Dato' Siti punya version- OST Wanita Berkalung Sorban)

Sekali dpt 1 full album of OPICK - Cahaya Hati.
Then , I listened to this song... Nice
Hehe... try la dengar. Kpda yg suka buat video...bleh guna lagu ni untuk promo program bulan Ramadhan..
dh try...quite good feedback
sekadar berkongsi...


Lirik Lagu Ramadhan Tiba - Opick
Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka
Andaikan saja Ramadhan semua
Bulan yang tiba bulan yang ada
Karena besarnya setiap pahalayang di janjikan kepada kita
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Dalam bersahur ada pahala
Dalam berbuka alangkah indah
Menahan diri menahan lidah
Menjaga hati menjaga mata
Banyakkan amal hari-harinya pahala
Datang berlipat ganda
Berlomba-lomba untuk ibadah
Dunia bahagia surga nanti gantinya
Ramadhan tiba 3X
Ramadhan tiba 3X
Dan semoga setiap jiwa
Diberikan ampunan-Nya
Dan semoga hapus semua
Kesalahan setiap jiwa
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
by::sayaanakmak&bapak

Sunday, August 23, 2009

The Prophet's Behaviour When Fasting

Each form of worship has its own adab (etiquette, decorum), and its adab is the secret of its acceptance.

The adab of fasting is evident in the Prophet's (peace be upon him) good character, which intensified during Ramadan. Ibn Abbas said, as recorded in Bukhari and Muslim, The Prophet was the most generous of all people and was more generous than usual during Ramadan Jibril used to meet him every night during Ramadan to teach him the Quran. The Prophet, when met by Jibril, would be better in virtue than the passing wind.

The scholars say that the increase in the Prophet's generosity during Ramadan is because of Allah's increase in generosity in giving unto his worshippers, since Allah grants unto his worshippers during Ramadan what He does not grant them outside of it. He beautifies for them the Jannah and doubles for them their reward and He frees many from the Fire.

The Prophet urged the Muslims to adopt good behaviour, thereby protecting the fast and doubling its reward. The Prophet said,

"He who does not give up uttering of falsehood and false acts, Allah is not in need of his abstention from food or drink."

This falsehood includes lies, slander, ridicule, theft, deceit, oppression and enmity. It is as if the Prophet in this hadith wants people's limbs and senses to fast.
In a hadith qudsi, the Prophet said,

"Fasting is a shield, so let not him who fasts behave immodestly nor engage in vulgar speech; and when someone abuses him or quarrels with him, let him say: `I am fasting, I am fasting`.

Source:"Ramadan with the Prophet" - Shaykh Atiyyah Muhammad Salim

Saturday, August 22, 2009

2R this weekend "Remembrance of Al-Quds" & "Ramadhan Al-Mubarak"







SALAM..

Sori lambat pos mengenai Hari Al-Quds yg septutnya 21/8/09. Sesungguhnya kelewatan ini memg disengajakan..


Hari Al-Quds yg tahun ni sambutannya dah masuk 40 tahun. Ironinya tahun ni kita sambut hri Al-Quds pd masa yg sama nk sambut Bulan Ramadhan (22/8/09).. Tak perlulah kiranya saya nak cerita mengenai kelebihan puasa cukup salah satu untuk artikel kali ni.

Apa yg ingin ditekankan di sini ialah merasai kesusahan orang lain yg rezekinya lebih kurang dari kita... bayangkan ini dialog telefon antara anak & ayah..



Ayah: SALAM, along dah bangun soq (sahur) dah??

Anak: Baru ja bangun . huhu alg dengar bunyi mak goreng ayam.. mesti soq dgn nasi kan??
alg mkn roti ja ,, cicah milo..


Ayah: Hahaha ,, nnt balik rumah mkn la.. At least alg mkn roti roti g................ cuba ingatkan depa org susah. Alg dok semangat cerita pasl al-quds semalam pon dah lupa??
Anak: hmm bpk ni, pagi2x dh bg cramah.. ok lah alg tak merungut dah.. (dlm hti:: baru ja nak manja2x sikit ,, huhu dah la perantau)


Ayah: Bukan org kt Palestin ja, umat Islam seluruh dunia yg susah kita kna ingat.. Dah la,,sembng dgn hang pagi2x ni boleh lajak..
Anak: Pi lah soq, mak dah siap kot . tq kejut..


Ayah: Pesn pak pg ni, bersyukur dgn apa yg ada & doaknlh saudara kita.Ambil peluang beljar dari hikmah puasa .... kadg2x kita ni lupa .. asyik sibuk merungut ja.. hahaha ( ketawa perli)
Anak: Ho lah, mengata alg la tu.hehe... tq pesan ('',).Kirm slm kt mak ...


Ayah: ok , Assalammualaikum.
Anak: W'kmslmwbt


Huhu, ni baru sahur... belum crita bab buka posa... nnt mcm na la agknya diorg kt Palestin.. kt selatan Thailand?? Kt china?? kt Chechnya??

Kita kt Malysia mmg meriah gila time buka posa.. Ini nk pesan kt diri sendiri & org lain " budget2x lah time beli buka puasa tu,,takut nnt x hbis ....buang ja".... huhu selalu membazir. beli pon beli,,pstu mkan kat surau pon mkn ... last2x yg beli tu tak habis pon.. Jadi marilah rancng duit baik2x... hehe... memang kena batg hidung sy sendiri.. huhu


pastu ni link utk baca betapa susahnya diorg nak cri rezeki kt Palestin even ladang zaitun tu milik diorg..

ni untuk Info mengenai puasa http://www.muslimsunite.org/ramadan.htm


wish u "Happy Reading"


p/s: ni cubaan pertama nk tulis sendiri huhu .. selama ni copy pste je ..sorilah kalu boosan..
Selamat Menyambut Rmdhn 1430 Hijrah.. kpd ahli K-Budu yg nk kongsi info mengenai
or apa2a isu...
silalah....(",)


by: sayaanakmak&bapak






Thursday, August 20, 2009

Kenyataan Rasmi PACE - Hari al Aqsa 21 Ogos

Hari al Aqsa 21 Ogos 1969 (Remembrance of al Quds)

Hari al-Aqsa disambut secara rasmi oleh kerajaan Malaysia pada 21 Ogos setiap tahun. Apakah latarbelakang atau peristiwa yang melatari 21 Ogos sehingga tarikh itu dipilih sebagai hari al-Aqsa? Rencana ini akan melihat secara retrospek apakah signifikannya 21 Ogos yang pernah diraikan secara rasmi oleh kerajaan dan rakyat Malaysia terutama pada tahun-tahun 70’an dan awal 80’an.

Sebagaimana yang kita sedia maklum Malaysia adalah antara negara yang sangat vokal di dalam menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin semenjak berlakunya pengusiran penduduk Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dengan berdirinya negara haram Israel dan pencerobohan ke atas Masjid al- Aqsa serta penaklukan Baitul Maqdis dan Tebing Barat pada tahun 1967 oleh regim Zionis Israel. Malah sebelum dan sejurus mencapai kemerdekaan lagi negara Malaysia telah mempamerkan rekod keprihatinan yang amat membanggakan di dalam perjuangan membela rakyat Palestin meski tanah air sendiri masih lagi bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran, termasuklah gugatan Malayan Union, ancaman Komunis, dan kebangkitan untuk mencapai kemerdekaan dari penjajahan British.

Sejarah telah membuktikan bahawa seorang tokoh pejuang kemerdekaan yang tersohor iaitu Ustaz Abu Bakar al Baqir telah menggerakkan satu inisiatif yang diberi nama MATA (Majlis Agama Tinggi) pada tahun 1947 yang antara lain turut memberi tumpuan kepada isu-isu antarabangsa umat Islam khususnya pejuangan rakyat Palestin dan Pattani yang tertindas. Di samping itu perbahasan dalam Dewan Rakyat juga telah merakamkan penegasan prinsip yang digariskan oleh Professor Zulkifli Muhammad di dalam menentukan sikap terhadap pengiktiran entiti zionis Israel. Prof Zulkifli Mohamed mempersoal asas Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu yang mengiktiraf negara Israel atas alasan ianya lahir dari ketetapan PBB 181 yang diterima pada tahun 1947 dengan sempadan yang terbentuk oleh The Rhodes armistice pada tahun 1949. Walaupun kerajaan Perikatan memberi justifikasi pengiktirafan itu tidak bermakna Persekutuan Tanah Melayu akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, pengiktirafan itu sendiri sudah cukup untuk memberi dokongan moral kepada entiti haram Israel. Tidak bermakna PBB mengakui negara Israel maka kita tidak punya pilihan dan terpaksa turut mengiktiraf sebuah negara yang didirikan dengan menafikan hak rakyat asal Palestin, meskipun proses pengiktirafan itu dibuat melalui badan dunia tersebut. Untuk mengukuhkan hujah-hujahnya, Profesor Zulkifli Muhammad meletakkan persoalan asas berdirinya negara Israel itu. Apakah ia mempunyai hak untuk menubuhkan negara ‘Zionis’ di atas wilayah Palestin. Meskipun ia sudah tertubuh dan diakui oleh PBB, itu tidak menjawab soalan samada ia mempunyai hak atau sebaliknya. Bagaimana mungkin satu bangsa mengambil alih sebuah negara dari penduduk asalnya dan mendakwa ia berhak untuk mendirikan negara Israel di sana. Oleh itu, hujah beliau “…dengan tidak adanya hak asasi yang kuat (untuk penubuhan negara Israel), maka tidaklah adanya keadaan (de facto) itu membolehkan kita dengan sendirnya menganggap negara itu sah.”


Pada persidangan PBB pada tahun 1964, Malaysia melalui inisiatif sendiri telah mengemukakan deraf resolusi (A SPC/L. 116) yang menggesa supaya suatu wakil rasmi (custodian) dilantik bagi pengurus hartanah pelarian di bumi Palestin yang terjajah. Wakil Malaysia berhujah bahawa tuntutan ini adalah selari dengan hak asasi di mana tidak ada sebab kenapa rakyat Palestin yang terusir tidak punya hak untuk menguruskan hartanah (samada rumah dan tanah) yang mana mereka dipaksa keluar oleh penjajah Israel. Menafikan hak rakyat Palestin dalam hal ini adalah merupakan satu diskrimasi agama dan kaum yang bertentangan dengan Piagam PBB dan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa. Sebagaimana yang diduga deraf ini ditentang oleh Israel. Dalam mempertahankan tuntutan tersebut, wakil Malaysia menegaskan bahawa ’persoalan kedaulatan Israel wajib dilihat dalam konteks prinsip-prinsip antarabangsa dan tanggungjawab yang diletakkan di atas entiti tersebut ketika ianya dilahirkan oleh resolusi PBB. Jika Israel enggan untuk melaksanakan tuntutan ini maka adalah menjadi tanggungjawab Persidangan Agung PBB memaksa Israel melakukannya.’

Pada bulan April 1969, atas inisiatif Kuala Lumpur, 23 buah negara Islam bertemu di ibu negara di dalam Konferens Islam Antarabangsa. Konferens ini meluluskan beberapa resolusi iaitu
(1) mengutuk Israel kerana merampas wilayah Arab dan Palestin termasuk Baitul Maqdis Timur dalam pencerobohan pada tahun 1967, dan
(2) menggesa negara-negara Islam mengadakan sidang kemuncak bagi menangangi keadaan yang amat genting natijah dari pencerobohan Israel dan kesannya ke atas Baitul Maqdis dari pelbagai aspek.

Inisiatif yang dimulakan oleh Kuala Lumpur ini boleh dianggap sebagai langkah awal ke arah penubuhan OIC (Organization of Islamic Conference). Kemudian satu peristiwa yang amat mengguris hati umat Islam di seluruh dunia berlaku pada 21 Ogos 1969 apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid al Aqsa. Kesan dari pembakaran ini menyebabkan kemusnahan yang besar dan kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit. Selain dari beberapa peninggalan sejarah yang tidak ternilai musnah dijilat api seperti mimbar yang telah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi sejak 700 tahun yang lalu, lebih penting lagi umat Islam merasa tercabar kerana Masjid ketiga paling suci dalam akidah umat Islam cuba dimusnahkan oleh tangan-tangan jahat zionis yang telah lama menyusun strategi untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas tapak masjid untuk mendirikan rumah ibadat mereka (Haikal Sulaiman).

Perbuatan pelampau Yahudi yang bernama Michael Dennis Rohan berbangsa Australia ini bukanlah satu perbuatan persendirian yang terpencil. Malah ia merupakan satu konspirasi yang dirancang sebegitu rapi oleh ketua-ketua agama Yahudi yang fanatik dan pendatang Yahudi yang bersekongkol dengan regim zionis untuk mengancam dan memusnahkan Masjid al Aqsa. Konspirasi ini amat jelas apabila penduduk Arab yang berada berhampiran masjid dibiarkan untuk memadamkan api yang sedang marak dengan menimba air dan memadamkan sendiri kebakaran dengan bantuan dari perkhidmatan bomba Jordan dari Ramallah, al-Khalil dan Nablus tanpa sebarang bantuan dari pehak berkuasa Israel. Michael Dennis dibicarakan atas percubaan membakar al Aqsa, tetapi diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak siuman. Kejadian ini mengingatkan kita kepada pembunuhan yang berlaku di masjid Ibrahimi (Hebron) beberapa tahun lalu. Pelampau zionis ini juga dibicarakan dan mahkamah Israel memutuskan beliau juga tidak siuman. Samada Michael Dennis siuman atau tidak yang pasti satu laporan rasmi yang diterbitkan dalam akhbar Yediot Aharanot bahawa kuil Yahudi akan didirikan di tapak Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan laporan itu terbit pada 18 Ogos, tiga hari sebelum berlakunya kejadian pembakaran ke atas Masjid al Aqsa.

Tindakan jahat ini telah mencetuskan satu inisiatif yang digerakkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (mantan Perdana Menteri Malaysia), Raja Faisal Arab Saudi dan Raja Hassan II, Maghribi untuk mengadakan sidang kemuncak negara Islam di Rabat dari 22 hingga 25 September 1969. Sidang kemuncak ini memutuskan resolusi untuk menyatukan seluruh negara-negara Islam ke arah memastikan pengunduran Israel dari wilayah Palestin yang diduduki natijah dari perang 1967. Satu resolusi juga menegaskan bahawa sebarang penyelesaian Palestin yang tidak menjamin kedudukan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin sebagaimana statusnya sebelum tahun 1967 akan ditolak oleh negara-negara Islam. Sehubungan dengan itu sebuah sekretariat ditubuhkan di Jeddah dan Setiausaha Agung (Sekretary General) yang pertama diberi kepercayaan dan penghormatan ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dengan ini rasmilah penubuhan OIC seperti yang diketahui pada hari ini.

Sebaik selesai sahaja sidang kemuncak di Rabat, YTM Tunku Abdul Rahman bergegas ke Persidangan Agung PBB pada 7 Oktober 1969 sebagai mewakili ketua-ketua negara Islam bagi menegaskan semula kedudukan isu Palestin. Persoalan Palestin yang telah dikeluarkan dari agenda Persidangan PBB sejak tahun 1952 telah kembali diiktiraf oleh PBB hasil dari desakan dan aspirasi ketua-ketua negara Islam yang diungkapkan dengan penuh meyakinkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di dalam persidangan PBB sesi yang ke 23 tersebut Persidangan Agung PBB kemudiannya merubah perspektif mereka terhadap isu Palestin dengan mengiktiraf rakyat Palestin sebagai penduduk yang mempunyai hak di bawah Piagam PBB. Kedudukan rakyat Palestin yang terusir dari tanah air mereka dan hak mereka yang tidak boleh diganggu gugat ini terjamin di bawah Resolusi PBB 2535B (XXIV) yang diterima oleh Persidangan Agung PBB pada 10 Disember 1969.

Sumbangan dari YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj wajar dirakamkan sebagai batu tanda yang penting dalam perjuangan umat Islam di persada antarabangsa dalam isu pembelaan ke atas rakyat Palestin. Ikrar dan tekad yang disuarakan sejak sidang kemuncak Rabat pada tahun 1969 terus dihayati oleh kerajaan Malaysia dan rakyatnya sejak 21 Ogos 1969 sebagai Hari al-Aqsa ataupun kini dikenali dengan lebih populor sebagai ROQ (Remembrance of al Quds). Demi memperbaharui komitmen Malaysia terhadap hari al-Aqsa maka setem-setem memperingati tarikh penting ini telah dikeluarkan pada tahun 21 Ogos 1978 dan sekali lagi pada tarikh yang sama pada tahun 1982.

Berdasarkan kepada rekod sokongan dan solidariti rakyat Malaysia yang amat membanggakan ini maka adalah wajar bagi kerajaan Malaysia menghidupkan kembali hari al-Aqsa pada hari ini. Pengistiharan melalui pengumuman di dalam media massa cetak dan elektronik adalah suatu yang boleh menyemarakkan semula hari al-Quds. Dengan cara ini maka kesedaran rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang terus terjajah dan tertindas terutama dengan kepungan dan serangan biadap yang berlaku ke atas Gaza awal tahun ini akan terus bersemarak. Ia juga akan membangkitkan kesedaran dan dhamir umat Islam untuk membantu saudara-saudaranya di Palestin terutama dengan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh keberkatan yang kebetulan jatuhnya pada tarikh yang sama pada tahun ini.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
PengarahPACE(Pusat Kecemerlangan Palestin)
Menjelang 21 Ogos 2009

Saturday, August 15, 2009

Jipun vs Jebon


Jebon : Jipun, kenapa kau asyik ulangkaji je ni?

Jipun : Yela, aku nak target dapat A untuk exam kali ni..Mesti la kena pulun betul-betul..





Jebon : Hermm.. Agak-agak kalau Cikgu dah janji yangkau akan dapat 100% dalam exam, kau akan study lagi tak Jipun?

Jipun : Haishh.. Kalau Cikgu dah bagi aku markah 100% siap-siap,sekarang ni aku tgh minum air sirap sambil makan Cekodokjela Jebon oii. Relaks je tak payah ulangkaji..





Jebon : Sampai begitu sekali ye Jipun..

Jipun : Mestila.. Bukan setakat Cekodok je Jipun, Chipsmore punturut menjadi pilihan..





Jebon : Hmm.. Kau agak-agak kan Jipun, kita sekarang ni confirm boleh masuk Syurga ke tidak ya?

Jipun : Amboi pedas betul ayat kau ye Jebon. Aku rasa aku ni belum boleh masuk Syurga la Jebon. Benda-benda yang wajib puntunggang-langgang. Apatah lagi ibadat sunat.. Haishh takut jugakaku ni kalau fikir mati time-time sekarang ni Jebon.





Jebon : Aku pun rasa macam tu Jipun.. Cuma bila aku fikir, kita ni ulangkaji dengan sepenuh usaha untuk dapat A dalam Exam,sebab kita belum pasti samada kita score dalam Exam. Tapisekarang ni kan Jipun, walaupun kita dah tau kita belum layak masuk Syurga, tapi kita tak berusaha pun untuk ke arah tu..

Jipun : Erm betul la cakap kau tu.. Aku selalu lupa la Jebon. Isk isk isk..





Jebon : Dulu kan Jipun, Rasulullah walaupun dah bebas dari dosa dan kesilapan, Baginda tetap tak berhenti beribadat dan berdakwah.Sama jugak dengan Para sahabat, masa hidup lagi Allah dah janjikan Syurga untuk diorang. Tapi diorang tetap kuat beribadat dan berdakwah.



Jipun : Betul la Jebon.. Aku ni kalau Cikgu letak markah aku 100%pun aku dah malas nak belajar kan. Kalau Allah dah janjikanSyurga untuk aku, tak tau la aku cemana Jebon.. Kuat kan Rasulullah dengan para sahabat?





Jebon : Tula.. Kuat diorang ni. Tapi Para sahabat sama je macam kita Jipun, manusia jugak. Jadi kita pun mesti cuba jugak Jipun.

Jipun : Hmm.. Okay Jebon, mulai hari ni, aku bukan je target nak A dalam Exam, tapi nak cuba usaha untuk dapat SyurgaAllah sekali.. Sebab aku belum di jamin Syurga lagi kan.





Jebon : Insyaallah.. Aku pun sama Jipun oii. Dah dah jom sambung belajo..

Jipun : Hehe.. Okay. Jom jom..






p/s:: untuk difikirkan bersama........InsyaALLAH


penulis seorg student Malaysia kt Jerman.

silalah lawat blog bro ni..

Saturday, August 08, 2009

Quote 4 Today

1. Since man is made of clay, he can never be completely pure. Since clay is basically foul, how can humans escape their basic nature? Purity does not lie in rituals, nor can human nature be changed by effort. Those who love God and remain conscious only of their Beloved attain purity.

Al-Hujwiri, "The Kashf al-Mahjub"

2.
Your please shall be answered, but wait patiently for the Lord to respond. Do not lose hope and begin to complain, "I beseeched the Lord, but He never responded."

The Prophet Muhammad, as reported by Sahih al-Bukhari

Sunday, August 02, 2009

M. J.

Michael Jackson (MJ) was known as the most loving person in the world.He gave up most of his assets for charity and all his life, he foughtforequality of the African Americans, AIDS victims, Against Drug Abuse,Against Abortion, Against Child Labor and secretly channelled hisproperties for the hungry children of the world. However,he wasn't peace at heart.

He always think of himself as a child trapped inside a man's body.Being Peter Pan is all his dream, never to grow up, forever a child.That inspires him to build Neverland - a heaven for children. Childrenof all ages and races are welcomed to Neverland. MJ had so muchlove to give. However, he made a mistake which he didn't know ofthe consequences. He saw the peaceful life his brother, Jermaine(Muhammad Abdul Aziz) had as a Muslim - true, Jermaine faced somuch pressure that he moved to Bahrain .

In 1989, MJ made a press conference which shocked the world,"I have seen the Islam in the life of my brother, I have readthe books about Islam. And I'd love to someday feel the calmness and peace of Islam....." Since that, MJ's life wasnever the same again. He was accused of so many accusationsagainst child molestation. MJ was not someone who can dealwith much pressure as he is a 'delicate child'. All the extortion andblack mail followed after that. Everything he did was being seen aswrong in the eyes of the Media. All these are to influence his fans tohate MJ. If he is hated, then he would not be influencial anymore.For several years, he stayed in England .

Getting motivation from a long time friend, Cat Stevens, whohad converted into Islam - named Yusuf Islam. From him,MJ learnt how Yusuf had survived being Muslim. He made friendswith a song writer, Zain Bhikha too, who wrote a song titled,"GIVE THANKS TO ALLAH", which he wanted MJ to sing wheneverhe is ready. Following his trial, MJ withdrew to Bahrain , where hewas the special guest of sheik Abdullah bin Hamad Al Khalifa, theson of Bahrain king. It was then that Michael began to giveconversion more “serious thought. MJ stayed in Bahrain forapproximately 3 years. He studied Islam, the prayers and learnto read the Koran (al-Quran).

Finally, he came back to Los Angelesand in November 2008 MJ had formally converted to Islam ina ceremony at a close friend's house in Los Angeles .
He perform Haj with the King of Bahrain and son on December2008. He had a hidden agenda when he wanted to make a finalcomeback. He annouced in a press conference on March 2009,"This will be my final concert. I'll see you all in July...." He plannedthat during his concert, he would announce that this is the FINALconcert as he wouldn't be performing anymore. He will declare thathe is a Muslim and will only sing with Yusuf Islam and Friends.At the end of the concert, he will be singing the song,"GIVE THANKS TO ALLAH" with Yusuf Islam. That is the reasonwhy he chose London as his final concert venue instead of the USA .


It was because he thought he could escape the USA 's extortion, andthat he could perform with yusuf Islam who is in England .At 12.30am, 25th June 2009, he hugged his production managerand said, "After reherasing for 2 months, I am finally ready for the concert..." Before leaving to sleep, he waved his dancers, "It was a goodnight everyone. I'll see you all tomorrow..." The next thing...He was pronouced dead at 2.26am.... When 911 was called, thereare so much questions asked. It is as if they didn't know who MJis and where he lived. The questions asked are more towards todelay time. The hospital said the autopsy result can only beobtained after 2 months - very illogical as even the worstAfrican technology could obtain the result in less than 2 weeks. MJ'sfamily members opt for second private autopsy as they started tofeel something fishy is going on. The result came out in about4 days - MJ was drugged with high dosage of anaesthetic - drugthat brings about a reversible loss of consciousness, if used toomuch could stop the heart from beating.

Another result which was not aired in the media was, MJ's stomachis empty of this drug, but his blood were filled with it - same caseas the death of Marilyn Monroe. The private doctors also foundmany needle marks, afraid to be forced injections given to MJ on hisbed. In CNN Live after a week, Barack Obama was interviewed. Andhe said, "I love MJ, I grew up listening to his songs. It is a great loss,but rest assured that there is no conspiracy in his death...." Now,why must a President made such statement before the officialautopsy result came out? How would he know that there isno conspiracy without the post-mortem result? Seems like someoneis afraid of his shadows. MJ was known to the world as a personwho is against drug abuse. Why must he be addicted to drug, then?If he wanted to commit suicide, why rehearse for his concert? Andwhy will he want to see his dancers the next day? Enough abouthis death. I am sure people around the world is not stupid anymore.These supreme power can fool us during the Marilyn Monroe conspiracy,Martin Luther King and Princess Diana.


But in this MJ's case, they left too many loopholes for thosewho think...!! MJ's family was about to give him a Muslimburial with the help of The Brotherhood of Islam. But, the CIAshowed up at Neverland's door - blackmailed them that if theydo so publicly, Katherine (MJ's mother) would be pull off fromMJ's 3 children's custody as well as MJ's estates. Instead, they'llhire Debbie Rowe for the purpose, and the court will be intheir favour. So much for democracy and fairness... Finally,they agreed to let MJ have a Muslim Burial in Neverland. But incondition, must show to the public a Christian Memorial Service,as to prove to the world that MJ was never a Muslim. So,Staples Centre was just a normal show. That's why the coffin wasclosed and sealed. MJ was buried days earlier. The Gold Coffinwas empty. They were about to bury the Coffin according toChristianity ways in Hollywood - as in their deal with theUSA Government. These happened, because the USA is afraidof the rising numbers of Muslims in the world.


The Brotherhood of Islam
( Buletin of Bahrain )

Followers