Friday, May 15, 2009

Maafkanku Ramallah


Maafkanku Ramalllah


Si cilik itu tegar melontar benci

Batu dan iman menjadi satu

Katanya dia rindukan atar firdausi

Lantas dia mencari pada kematian

Tatkala aku mengatakan dia mati

Menyusup suara dari lembah Golan

Anak kecil itu sebetulnya pencari shahid!

Hidup memisahkan dia dan cintanya

Andai dia punya seribu nyawa

Seribu kali dia sanggup

Dalam lirih pedih

Tubuh cilik itu diarak takbir

Ramallah merayu lagi

Pernah rintihmu diabaikan?

Lalu seribu lagi anak kecil menyerbu

Berjejal di lorong syurga

Dan aku kaku

Malu.

Maafkan aku...

Bangsaku masih lena.
-Hafez Iftiqar-
Sila layari laman web penulis http://www.hafeziftiqar.blogspot.com/ untuk membaca
karya-karya lain berkaitan Palestin..

Wednesday, May 13, 2009

Al - Nakba ( 15 Mei 1948)




Sempena hari Al - Nakba..


Pusat Pengajian Sains Pergigian di bawah unit kerohanian akan menganjurkan program




" Memperingati Al- Nakba"


14/5/09


Dewan Kuliah 1 Pusat Pengajian Sains Pergigian

Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan


2.oo petg


Penceramah :: Dr Hafidzah Bt Mustaqim ( Pengamal Perubatan Klinik Perdana)

( Penceramah Wanita Forum Bicara Ad-Din " Salahkah Aku Bercinta" MPI -11)




Al - Nakba yg bermaksud malapetaka atau bencana besar dari segi bahasa.


Hari Nakba merupakan sebuah hari yg khusus untuk memperingati hari di mana penduduk Palestin dihalau dari rumah sendiri oleh Yahudi Zionis ( migran Yahudi yang dibuang dari Eropah bukan penduduk Yahudi asal Palestin )....




Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan dengan USM atau berada di sekitar Kota Bharu dijemput hadir. Memandangkan sekarang kebanyakan IPT telah mula bercuti jadi kedatangan sahabat-sahabat sekalian amat dialu-alukan....




Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kpd warga USM khususnya & masyarakat secara amnya tntang sejarah panjang kependudukan Palestin...


Ramai yang tahu tetapi tidak mengetahui sejarah disebaliknya & ini menyebabkan mereka kurang cakna atau mengambil perhatian tentg isu ini.




Persoalan yang perlu ada dalam fikiran anda sebelum ke program


1 ) Bagaimana konflik ini bermula??


2 ) Siapa Yahudi?? Siapa Zionis??


3 ) Mengapa penduduk Palestin sentiasa berjuang untuk mendapatkan kembali tanah air mereka yang diratah sedikit demi sedikit??


4) Mengapa setelah 6 dekad berlalu namun masalah ini tidak juga selesai??




Banyak ni ishhhh.......... yg lain tu boleh fikir sendiri ek...




Lastly ,, umat Islam di Palestin adalah saudara kita....






Rasulullah S.A.W ada menegaskan bahawa tidak sempurna iman seseorang muslim itu (belum capai hakikat iman) sekiranya dia tidak menyayangi saudara muslimnya yang lain sama seperti dia menyayangi dirinya sendiri (maksud hadis riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim).


WASSALAM


Sunday, May 10, 2009

Kenyataan Media Wanita JIM Pusat sempena Sambutan Hari Ibu

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Berikut adalah kenyataan media yang telah di keluarkan oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj yang telah berlangsung di Pusat Komuniti JIM, Pusat Bandar Melawati pada 8 Mei 2009. Kenyataan ini dikeluarkan sempena Sambutan Hari Ibu yang akan disambut pada 10 Mei 2009. Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat daripada kenyataan media ini. Terima Kasih____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ ________ KENYATAAN MEDIA Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)Sempena Sambutan Hari Ibu 2009 8 Mei 2009 PERANAN IBU MEMBANGUNKAN MASYARAKAT BEBAS JENAYAH DAN GEJALA SOSIAL Perutusan media Wanita JIM sempena Hari Ibu 2009 didahulukan dengan rakaman ucapan takziah kepada keluarga ketiga-tiga orang ibu yang menjadi korban jenayah ragut dalam minggu ini, iaitu arwah Jamilah Selamat, 31 tahun dari Air Hitam Johor, Saripah Mohd. Nor, 33 tahun dari Ketereh Kelantan dan ibu warga emas, Tom Salleh yang berusia 86 tahun dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Mereka bertiga menjadi mangsa peragut bermotosikal yang kejam dan tidak mempunyai pertimbangan perikemanusiaan. Apa yang lebih menyayatkan hati, kedua ibu muda tersebut juga didapati sedang hamil. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Ilahi, sementara keluarga terbabit didoakan terus tabah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menghadapi pemergian bonda mereka yang selama ini menjadi tonggak kasih sayang keluarga. Apa yang nyata, jenayah ragut semakin menjadi-jadi di seluruh pelusuk tanahair. Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah bulan lalu, jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Statistik mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes pada bulan Januari hingga April, berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu. 50% dari kes ragut ini dikatakan dilakukan oleh penagih dadah yang perlu mendapatkan wang untuk bekalan dadah harian mereka, di samping faktor pengangguran akibat kemelesetan ekonomi. Dalam masa yang sama, ribuan para ibu di Malaysia hari ini, sebenarnya telah, sedang dan akan terus menumpahkan airmata kesedihan, menangisi anak-anak kesayangan mereka yang terbabit secara langsung dalam jenayah dan gejala sosial yang melambangkan keruntuhan akhlak, nilai dan moral segelintir generasi muda hari ini. Masyarakat amnya hanya cenderung menuding jari menyalahkan ibu dan bapa yang dikatakan gagal mendidik anak-anak menjadi manusia berguna. Para ibu yang malang ini juga sentiasa tertanya-tanya, di manakah kesilapan mereka mendidik anak-anak ini, yang asalnya ibarat kain yang putih bersih. Entah bila dan bagaimana anak yang dibesarkan itu berubah menjadi agen perosak masyarakat yang mengancam ketenteraman dan kesejahteraan orang lain! Wanita JIM akur sesungguhnya tiada penyelesaian simplistik dan jawapan yang mudah kepada permasalahan yang kompleks ini, yang dicetuskan oleh pelbagai faktor yang saling berkaitan. Namun hakikatnya, perubahan struktur keluarga moden dan pegangan nilai yang menjadi batu asas institusi kekeluargaan hari ini, sememangnya mempunyai kesan yang amat ketara kepada perkembangan anak-anak generasi muda Malaysia. Tidak dapat dinafikan, pembabitan ibu ke dalam sektor kerjaya di luar rumah sebenarnya mengurangkan peruntukan masa, tenaga dan emosi para ibu untuk menguruskan keluarga dan rumahtangganya. Dari menjadi ibu yang sepenuh masa berada di rumah memberikan tumpuan kepada keluarga, ibu bekerjaya kini perlu pintar mencari ruangan masa berkualiti untuk dihabiskan bersama keluarga. Walaupun kebanyakan ibu bekerjaya begitu komited terhadap keperluan dan tuntutan keluarganya, mahu tidak mahu tanggungjawab memikul amanah di tempat kerja sering men`curi’ tumpuan dan me`misah’kan wanita dari keluarganya. Anak-anak di pelbagai peringkat usia pula sentiasa memerlukan bimbingan yang khusus untuk menjamin pertumbuhan jasmani, minda, emosi dan spiritual yang sihat. Perkembangan mutakhir mengenai gejala sosial dan jenayah yang membabitkan khususnya generasi muda hari ini, menjadi pencetus kepada lima (5) penegasan Wanita JIM seperti yang disenaraikan di bawah :



1. Ibu bekerjaya mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran tinggi menguruskan keseimbangan antara kerjaya dan tanggungjawab keluarga. Keutamaan mestilah diberikan kepada pembangunan jatidiri setiap ahli keluarga terutamanya dalam membuat keputusan yang bijak mengenai kehidupan. Kerjaya tidak boleh dijadikan liabiliti, malahan mesti menjadi kekuatan utama ibu (dan juga bapa) dalam mendapatkan pengetahuan, pengalaman dan kepintaran menguruskan kepelbagaian dalam menempuh cabaran hidup berkeluarga.



2. Ibu bekerjaya mestilah mendapat sokongan dan dokongan utama dari suami yang tidak lagi sepatutnya berada di takuk peranan sterotaip yang tradisional. Suami kepada seorang isteri yang bekerjaya harus mampu memainkan peranan aktif dan berkesan dalam membangunkan keluarga bersama-sama. Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Bagi ibu tunggal yang bekerjaya, sokongan ahli keluarga dan jiran tetangga mestilah mampu dijana bagi menjamin pertumbuhan keluarga yang sihat.



3. Ibu dan bapa digesa memberikan sepenuh penekanan ke atas pembinaan sahsiah dalaman anak-anak melalui penerapan nilai spiritual yang tinggi dan mantap, bermula dari dalam rahim sehinggalah mereka mencecah usia muda belia. Kecerdasan emosi dan kekuatan rohani telah terbukti menjadi perisai paling kukuh untuk membentengi manusia dari terjerumus ke lembah kehinaan dan kemusnahan.



4. Para majikan mestilah sentiasa peka dan responsif terhadap tanggungjawab yang perlu dipikul oleh para ibu dalam membangunkan keluarga mereka, bukan semata-mata memberikan penekanan kepada produktiviti organisasi sahaja. Majikan yang menjaga kebajikan pekerja mereka, khususnya yang berkaitan dengan keluarga, akan diganjari dengan komitmen dan kesetiaan yang tinggi di kalangan pekerja yang seterusnya membuahkan produktiviti dan daya saing yang tinggi.



5. Barisan kepimpinan yang baru mengambil alih pucuk pimpinan negara, diseru memberikan keutamaan paling tinggi kepada usaha menangani gejala sosial dan jenayah yang semakin meruncing. Usaha yang serius, bersepadu dan konsisten membenteras permasalahan kronik ini hingga ke akar umbinya, mestilah dimulakan di peringkat tertinggi dalam pentadbiran negara, agar segala polisi dan peraturan yang dibentuk selaras dan sejajar dengan nilai kepentingan institusi kekeluargaan. Pendek kata, sebarang polisi yang menyumbang kepada penghakisan nilai dan moral, serta boleh memberikan pengaruh negatif kepada keluarga mestilah digantikan dengan polisi yang lebih bersifat mengawal dan mengekalkan keutuhan keluarga.

Ayuh segera letakkan keutamaan kepada institusi kekeluargaan sebelum terlambat! Sudah terlalu banyak indikator atau petunjuk dalam masyarakat kita hari ini yang membayangkan institusi kekeluargaan sebenarnya berada di ambang bahaya dan terancam.

Sempena Hari Ibu 2009, ayuh pastikan keluarga tidak akan kehilangan wanitanya dan wanita juga tidak akan mensia-siakan penghormatan menjadi tonggak keluarganya sebagai satu anugerah yang amat berharga dari Allah SWT!
Prof. Madya Dr. Harlina Halizah SirajKetua Wanita JIM Pusat 2007-2009012-3243134

Monday, May 04, 2009

Aduhai Palestin

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah di atas segala nikmat yang Allah telah limpahkan dan kurniakan ke atas kita hambanya yang sentiasa mencari keredhaanya, isyaAllah. Mudah-mudahan ikhwah akhawat sekalian akan sentiasa berada di dalam rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. Di sini ana ingin kongsikan perkembangan terkini hal ehwal Palestin kepada antum semua. InsyaAllah usaha ini akan diteruskan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Perkembangan terbaru, kerajaan Zionis telah memberhentikan perundingan tentang pertukaran tentera Zionis yang ditawan Gel’ad Shalit. Keputusan itu dicapai berikutan keadaan teragak-agak yang sedang dilalui oleh kerajaan Israel sekarang. Menurut seorang penganalisis politik, Dr Anis al-Naqqash di dalam satu dialog khas dengan Biro Penerangan Hamas pada hari Ahad (26/4), bahawa polisi kerajaan Zionis sekarang tidak jelas hingga kini dan ia tidak tahu bagaimana berinteraksi dengan isu-isu yang sedang diperbincangkan. Kerajaan Zionis juga dikatakan sedang menghadapi tekanan daripada Amerika Syarikat agar ia mengubah polisinya agar sesuai dengan polisi baru pentadbiran Amerika terhadap rantau ini. Subhanallah. Ikhwah akhawat sekalian. Di sini kita dapat melihat betapa Zionis sekarang berada di puncak kejatuhan yang amat dahsyat. Sama-samalah kita berdoa agar bumi Palestin dibebaskan daripada kuasa jahat rejim kejam Zionis ini.
Perundingan regim zionis tentang askar2nya yg ditawan dah berlaku berpuluhan tahun lamanya dan macam-macam attempt dan strategi yg mereka guna untuk dapatkan balik tawanan2 tersebut. alhamdulillah influence pemerintahan Obama skrg nampak lebih baik dari dulu walaupun ana sendiri tak tahu apa dalang yg ada disebalik batu sebab pastinya Zionis masih di belakang tabir pemerintahan kerajaan amerika tu
Seterusnya, seorang pimpinan Hamas dan anggota Majlis Perundangan Palestin bagi blok ‘Perubahan dan Reformasi’, Mushir al-Misri, telah menyatakan dan menegaskan bahawa dialog Palestin-Palestin tidak akan maju seinci pun jika tidak menerima pilihan perjuangan menentang penjajahan Zionis. Sangat menarik ucapan beliau ketika berucap di festival anjuran HAMAS di perkhemahan baru al-Nusairat bagi memberi penghormatan kepada para syuhada’ perkhemahan tersebut pada petang Khamis (23/4), dengan tidak mahu memberikan komitmen terhadap perjanjian-perjanji an yang ditandatangani PLO dengan penjajah Zionis dan menganggap persetujuan tersebut sebagai tindakan berundur daripada mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau juga menegaskan bahawa sejak dari dahulu lagi iaitu ketika Israel berada di fasa yang lemah, HAMAS tidak pernah mengiktiraf Israel, adalah sangat memalukan dan tidak munasabah untuk mengiktiraf Israel yang telah berada di fasa yang kuat dan menindas rakyat Palestin.
*rakyat Palestin buat festival beri hormat pada pejuang yang telah syahid..festival kita pulak???
Seterusnya, satu pergaduhan tercetus antara tentera Zionis Israel dengan rakyat Palestin di sini yang dikatakan berpunca apabila tentera Zionis Israel menyerbu dan menyelongkar rumah rakyat Palestin. Seramai 5 orang tentera Zionis Israel cedera dan 20 rakyat Palestin ditangkap. Akibat kejadian itu, Zionis Israel menutup jalan-jalan ke Kafr Qasim. Turut berada di situ adalah kenderaan berat tentera yang digunakan untuk berdepan dengan rakyat Palestin. Sangat jahat dan kejam tindakan Zionis ini.
Pergaduhan antara askar zionis dengan rakyat palestin juga bukan satu perkara yg baru dan tak patut dipandang biasa, kerana kadangkala pergaduhan amat kecil yg pada mulanya mungkin hanya melibatkan kurang dari 10 orang boleh menyebabkan pembunuhan beramai-ramai dan peperangan besar. Contoh yg paling jelas adalah percetusan Intifadhah pertama pada tahun 1987. Siapa nak tahu cerita, boleh beli Hebron Massacre yg berlaku di Masjid Ibrahimi.
Ikhwah akhawat sekalian, sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar saudara-saudara kita yang sedang berjuang di Palestin tetap teguh dengan keimanan kepada Allah dan semangat juang yang kental dalam menghadapi musuh umat Islam, rejim Zionis.
Sekadar ini dahulu permulaan untuk update mingguan isu Palestin. InsyaAllah akan menyusul pada minggu hadapan.
Sumber: www.palestinkini. info
KARISMA NASIONAL 2009


Info tambahan:: 15 Mei 1948 merupakan hari Nakbah ( malapetaka atau bencana besar)
Peristiwa pada tarikh ini merujuk kepada penubuhan negara Haram Israel.
Bermulanya dari peristiwa ini maka bermulalah penderitaan rakyat Palestin
yang terseksa di negara sendiri . Kedamaian & kebahagiaan mereka dirampas
& hak mereka sebagai manusia untuk dihormati dipandang enteng oleh
musang-musang Zionis.
Marilah kita sama-sama memperingati tarikh ini berlandaskan persaudaraan
Iman & Islam . Sebarkanlah kepada sahabat-sahabat yang belum mengetahui
termasuk non-muslim kerana ini isu kemanusiaan sejagat.

Sekian Wassalam

Followers