Assalammualaikum wrh wbt. (WARNING : NOTA NI PANJANG.. JUST SIT BACK AND RELAX. MAKE SURE BACA YA!!) HEHEHE Aku buat nota ni khas untuk kawan2 seperjuanganku yang bakal jadi doktor kelak yang kukasihi. <3 Lama dah kita berkenalan.. Ada yang kenal dari orientasi lagi.. Ada yang kenal dari 2nd year. Ada yang kenal dari 3rd year. Ada yang baru smalam aku kenal! Tapi kawan2 aku semua best. Ada ciri2 tersendiri buat aku suka kwn ngn korang. Ciri2 tu biarlah aku simpan sendiri2 ye hehe :) Satu insiden berlaku baru2 ni kat aku. Jadi ingat nak share.. Yelah, kan kita dah 4th year, masing2 sibuk dengan kerja masing2. Ada je bende nak disiapkan. Dalam citer ni aku ada tokok tambah sikit, nak kasi bestt.. Yelah, mcm masak megi, kene ada MNG.. lagi thrilllll~ OK OK. Ceritanya macam ni. Ada suatu hari tu aku kene siapkan kerja CFCS,ada meeting, kene siapkan trial budak2 junior ni, kene hantar case write up, hari tu pulak hari khamis, yelah jumaat kan kat klate ni weekend, jadi mmg kene siapkan waktu tu jugak. Masa tu, mmg kata-kata "masa itu emas" mmg tak dapat nak nafi lagi lah. Sblm pkul 5! Kene siap kene siap!! Orang CFCS ni duk tunggu aku datang, aku ni kene buat bende lain jugak. office tutup pkul 5. case write up akuuuu! huhu. Mmg pening kepale mcm nk pecah, tapi kene siapkan jugak! Bila kita terlalu "sibuk", kita lupa dengan orang sekeliling. Kita rasa KITA JE yang sibuk. Orang lain kita dah mula tak endah. Jadi, dalam "kesibukan" dunia tu, aku tinggikan suara & marah pada seorang kawan sebab tak dapat apa yang aku nak dalam masa tu. Teruk tak? Aku pun tak sangka boleh sampai mcm tu. Tapi itulah yang berlaku. ------>> Jadi nak share kat korang artikel ni.. Artikel ni ttg Rasulullah.. Baca la ye. Utk kita bersama. Aku slalu ada masalah ni.. Huhu.. Sebenarnya, ramai kawan2 kita dah tempias dengan sifat marah kita, cuma kita sedar tak sedar je. Ada tak perasan kawan kita sorang ni mcm makin jauh skit dgn kita? Mungkin ni salah satu sebabnya. Kita cepat terasa hati bila kawan kita cakap sesuatu yang tak best, sedangkan kawan sorang tu main2 je. Tapi hati ni mudah tercalar. Dan kita dah naik angin. Tanpa fikir panjang kita terus bagi dia satu reply yang sangat harsh, dengan nada melenting. Kita nak semua bende jadi seperti apa yang kita nak. MAsa kita rasional boleh fikir lagi, tapi bila dah nafsu melebihi rasional, dah tunjuk dah semua belang. DAn... Janganlah sampai kita dah takda rasa apa2 bila kita marah pada kawan, sehinggakan kita anggap bende tu NO PROB.. Na'uzubillah. Minta Allah jauhkan.. Baca sampai habis ya? Nanti aku tanya.. Hehehe. Aku suka sangat artikel ni. Kita baru diuji masa medical student ni. Bayangkan bila kite kerja sebgai HO nanti. Dengan tak makannya, tidur tak terurus, kerja oncall.. postcall lagi. Kehidupan sosial terganggu.. Emosi masa tu macam mana? Dalam kesempatan ni, nak minta maaf juga pada kwn2 yang mungkin ada terasa hati dengan aku.. Minta maaf ya.. Minta maaf sangat2. Mungkin aku nk buat joke, tapi tak jadi. Mungkin aku tgh tak rasional, im so ssorry.. Kalau perkara ni berlaku, tegurlah aku. Aku cuba menerima.. Oklah.. sama2 kita muhasabah diri... Love u all :) Jangan diamalkan sifat amarah By Hafeez Mohammed Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar² serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi. Menurut peyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu adakalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah..Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti eratlah hubungannya dengan syaitan. Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harapkan yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah" Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.. "janganlah engkau marah'... sebanyak tiga kali. jelaslah di sini... menahan api kemarahan itu amatlah dituntut dalam islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud... "Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi) Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis golongan.... Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya) golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya) golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya) Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan daripada yang 1 dan 2..Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan. Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan).Ia tidak ingin mempertahankan kehormatan diri... isteri/suami.. keluarga.. agama.. bangsa dan negara... tafrith pula.. sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah-marah orang, tak boleh kawal..mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa memenangkan marahnya (ikut hati) .. Kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan mata. Ada yang mengertap gigi, kepal penumbuk, menggeletar, kembang kempis hidungnya. Betapa buruknya wajah kita bila kita marah. kalaulah masa kita marah tu..cermin ada dihadapan..mesti kita akan rasa malu. "eee..teruknya muka aku bila marah!".. Hmm..tak dinafikan..ada masa kita boleh kawal diri, dan ada masa terlepas juga, kita hanya insan biasa, latihan mengawal marah ni boleh dilakukan, disamping teguran-teguran dari sahabat-sahabat disekeliling kita, saling tegur menegur dan nasihat menasihati. banyak ganjarannya sekiranya kita berjaya mengawal perasaan marah tu. Benarlah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud: "Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Al Imran 133-134) ---------------
TIADA YANG DILAHIRKAN TERUS BERILMU - IMAM SHAFIE Belajar, sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan alim, dan tiadalah orang berilmu menyamai orang yang jahil. Sesungguhnya pembesar kaum yang tiada ilmu, menjadi kecil bila dikerumuni bala tenteranya (meminta pandangannya). Seorang yang hina sekiranya berilmu, ia menjadi besar bila dikerumuni oarang ramai (yang ingin belajar). Jadi, janganlah redha dengan kerendahan (kehinaan), Dan janganlah nasib hanya berpada dengan apa yang ditinggal orang terdahulu. ~ Imam Shafie
[1]Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
Pengajaran :: Banyak sebenrnya tp just nk highlight a few important points.. ; peringatan utk diri sendiri jugak & sahabt2x sekalian (",)
1) Ganjaran ALLAH kepada mereka yg berjihad (in blue )
2)Sesungguhnya setiap kemenangan & kekalahan adalah aturan ALLAH S.W.T
3)Sudah se mpurnakah janji kita kepada ALLAH S.W.T & RASULLAH S.A.W ??
Persahabatan – Khalil Gibran Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan. Dan dia menjawab: Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”. Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan. Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. ~ Khalil Gibran
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segarkehidupan.
Just found this beautiful song,,