Monday, December 20, 2010

DOA QALBU....

Just found this beautiful song,,


Fika Doa Qalbu Lyrics

Dimalam penuh bintang diatas sajadah yang kubentang
Sedu sedan sendiri mengadu pada Yang Maha Kuasa
Betapa naif diriku ini hidup tanpa ingat padaMu
Urat nadipun tahu aku hampa

Dimalam penuh bintang dibawah sinar bulan purnama
Kupasrahkan semua keluh dan kesah yang aku rasa
Sesak dadaku menangis pilu saat kuurai dosa-dosaku
DihadapanMu ku tiada artinya

Reff:
Doa qalbu tak bisa aku bendung
Deras bak hujan digurun sahara
Hatiku yang gersang
Terasa oh tenteram

Hanya Engkau yang tahu siapa aku
Tetapkanlah seperti malam ini
Sucikan diriku
Selama-lamanya



Tuesday, December 14, 2010

Doa Mohon dibukakan 12 Pintu kebaikan

Ya Allah,
bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan,
pintu-pintu cinta sejati,
pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan
dan pintu-pintu syurga.
Ya Allah Yang Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang.

Tuesday, December 07, 2010

Perutusan Maal Hijrah (1432H) PACE


(Perutusan Maal Hijrah menjelang 1 Muharam 1432H bersamaan 7 Disember 2010)

Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE) mengucapkan Selamat Tahun Baharu Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya. Sebagaimana sudah menjadi tradisi setiap menjelang tahun baru maka setiap orang akan menanam azam untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. Bersempena dengan tahun baru hijrah 1432, PACE mengajak seluruh umat Islam untuk memberi perhatian kepada umat Islam di tanah suci al-Quds yang kini sedang menghadapi penindasan dan penjajahan.

Pada saat kita meletakkan sasaran untuk meningkatkan pencapaian dalam pelbagai bidang yang diceburi dan memperbaiki taraf hidup, saudara-saudara kita berhadapan dengan persoalan bagaimana untuk meneruskan kehidupan itu sendiri dalam keadaan dinafikan hak mereka yang paling asas sebagai manusia. Mereka disekat daripada mendapat bekalan makanan, air bersih untuk minuman, ubat-ubatan dan bahan bakar. Mereka juga tiada jaminan keselamatan tempat tinggal kerana bila-bila masa sahaja tanah mereka akan dirampas, mereka dihalau keluar dan rumah mereka dirobohkan. Bahkan nyawa mereka sentiasa berada dalam keadaan bahaya akibat terdedah kepada serangan Israel yang boleh dilancarkan tanpa amaran dan secara tiba-tiba.

Inilah senario yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin pada saat kita menyambut Maal Hijrah. Bagi mereka tahun baru hijrah hanya menjanjikan satu kepastian iaitu perjuangan untuk membebaskan Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa pasti diteruskan. Itulah azam yang tertanam kukuh dalam diri setiap umat Palestin. Cita-cita untuk melihat tanah suci al-Quds kembali ke pangkuan umat Islam tidak pernah luput daripada ingatan mereka. Bahkan inilah azam yang tidak pernah luntur dalam diri para pejuang sejak 64 tahun yang lalu.

Semangat jihad yang terus membara di sanubari mereka menjadi obor yang menerangi seluruh dunia Islam dan menyuntik kekuatan meski berhadapan dengan pelbagai pengkhianatan dan pembelotan daripada kalangan pemimpin-pemimpin negara Islam yang berkepentingan yang bersekongkol dengan pihak musuh.

Jika diamati, setiap orang akan merasa insaf bagaimana mungkin sebuah umat yang diperangi oleh kuasa tentera yang keempat terbesar di dunia dan mendapat sokongan padu daripada kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah itu dapat bertahan puluhan tahun lamanya. Bahkan Bangsa-bangsa bersatu yang sering memihak kepada kepentingan Zionis kerana didalangi oleh Amerika dan sekutu-sekutunya sering gagal membela kepentingan dan hak rakyat Palestin. Apakah rahsia kekuatan mereka sehingga mereka tidak berganjak langsung dari prinsip perjuangan meskipun diasak dengan begitu hebat oleh Zionis, Negara kuasa besar bahkan rejim-rejim negara Arab yang menjadi boneka kepada kepentingan Amerika.

Semua ini menuntut umat Islam di Malaysia untuk mengambil inspirasi daripada satu perjuangan yang amat menakjubkan. Apakah yang mendorong satu umat yang tidak punya kekuatan tentera dan senjata untuk berhadapan dengan Israel yang mendapat bantuan hampir tiga billion USD setahun dalam bentuk pelbagai senjata terkini. Bahkan mereka bukan sahaja berhadapan dengan jet pejuang, kereta kebal, peluru berpandu, bom pintar, pesawat ‘predator’ kawalan jauh, tetapi mereka turut dihujani dengan bom fosforus putih yang diharamkan. Kemusnahan kepada nyawa, harta benda dan tempat tinggal tidak dapat dibayangkan. Tetapi semua ini hanya meningkatkan semangat juang dan menyemarakkan lagi jihad di bumi Palestin. Pastinya umat yang berjuang di atas dasar jihad yang benar tidak akan dapat ditundukkan oleh mana-mana kekuatan di bumi ini. Meskipun seluruh dunia menalakan senjatanya kepada umat yang sedemikian, mereka tidak akan mampu menumpaskan satu umat yang kekuatannya datang langsung dari Allah subhanahu wataala.

Hari ini ketika rakyat Gaza sedang bergelut dengan persoalan hidup dan mati, para pejuang menyibukkan diri mereka dengan mempersiapakan generasi akan datang. Lima puluh peratus anak-anak Gaza berhadapan dengan masalah kekurangan zat makanan. Sebahagian besar daripada mereka tidak dapat meneruskan persekolahan. Bukan sahaja bangunan sekolah sudah ranap menyembah bumi, bahkan kertas dan alat tulis juga tidak dapat dibekalkan akibat sekatan Israel dan penutupan sempadan Gaza dengan dunia luar.

Namun dalam serba kekurangan dan kedaifan ini, mereka tidak pernah putus pergantungan dengan Allah subhanahu wataala. Mereka tetap meletakkan harapan penuh yakin bahawa masa depan Palestin sudah dijamin dalam Islam. Oleh yang demikian, salah satu agenda penting yang diberikan perhatian penuh para pejuang ialah membina generasi pelapis. Mereka ditarbiyah dengan al-Quran. Mereka ditarbiyah untuk menjadi para hufaz yang membawa al-Quran di dalam dada-dada mereka.

Pada musim panas yang lalu mereka Berjaya menghasilkan 30,000 para hufaz cilik daripada kalangan anak-anak lelaki dan perempuan. Sebahagian daripada mereka bergelar hufaz hanya dalam tempoh tiga bulan atau lebih pendek daripada itu. Program melahirkan generasi Rabbani ini akan menjamin kelangsungan jihad untuk mempertahankan tanah suci dan Masjid al-Aqsa. Dengan nukleus para rijal yang mempunyai kualiti tarbiyah imaniah ini, benteng-benteng pertahanan umat di bumi al-Quds akan terus dijamin terpelihara daripada pencerobohan dan pengkhianatan golongan yang cuba mengkhianati perjuangan ini.

PACE mengajak umat Islam untuk mengimbau perjuangan umat Islam di Palestin bersempena dengan Maal Hijrah. Apakah kaitan peristiwa Hijrah Nabi sallallahu alaihi wasallam dengan perjuangan yang ditempa oleh umat Islam zaman ini terutama di Tanah Suci al-Quds? Apakah hubung kait peristiwa besar dalam perjuangan Nabi sallallahu alaihi wasallam 1,400 tahun yang lalu dengan kesinambungan perjuangan umat Islam pada hari ini?

Pastinya peristiwa hijrah Nabi sallallahu alaihi wasallam bukan hanya satu peninggalan sejarah tetapi satu panduan yang terus relevan sepanjang zaman. Perjuangan Nabi sallallahu alaihi wasallam adalah kemuncak segala perjuangan antara yang hak dengan yang batil, antara kebenaran dengan kepalsuan.

Allah subhanahu wataala telah menjadikan resam perjuangan yang batil sentiasa berada di pihak yang kuat dari sudut zahir dan luarannya. Semua itu menjadi ujian kepada orang-orang yang beriman agar mereka tidak silau dan goyah melihat kekayaan dan kekuatan pendukung-pendukung kezaliman.

Nabi sallallahu alaihi wasallam berhadapan dengan penindasan dan penyeksaan golongan penguasa Quraisy selama 13 tahun menerajui perjuangan menegakkan kalimah Allah dan kebenaran di bumi Makkah. Mereka merupakan golongan minoriti yang sentiasa diasak oleh pemuka-pemuka Quraisy yang berkuasa, berpengaruh dan kaya-raya. Golongan inilah yang memegang tampuk kekuasaan dan tidak pernah berhenti-henti menyakiti Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan orang-orang yang beriman. Sebahagian mereka syahid di tangan penguasa-penguasa ini dan apa yang mampu dilakukan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam hanyalah menyuruh para sahabatnya bersabar.

Apabila semua penyeksaan dan penindasan ini tidak berjaya melemahkan keimanan maka mereka telah mengambil satu pendekatan di luar batas-batas persaudaraan bahkan di luar batas kemanusiaan. Umat Islam diboikot dan dikepung selama tiga tahun lamanya. Mereka tidak dibenarkan menghubungi dan menyambung silaturahim meskipun dengan ahli keluarga yang terdekat. Bekalan makanan disekat sehingga ada umat Islam yang meninggal dunia akibat kebuluran. Bahkan Saidatina Khadijah radiallahuanha dikatakan meninggal dunia kesan daripada kekurangan makanan.

Namun umat Islam tetap bertahan dan tidak sekali-kali menggadaikan keimanan mereka hanya untuk mengalas perut yang pedih menahan lapar. Mereka tetap bertahan meskipun anak-anak merintih pada waktu malam akibat menderita kelaparan. Tangisan yang memilukan pada waktu malam telah mendorong orang-orang Quraish yang masih punya hati untuk membekalkan makanan secara sembunyi-sembunyi supaya tidak diketahui orang lain.

Allah subhanahu wataala telah menguji Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sehingga ke kemuncaknya dan kemudian memberi kelegaan kepada umat Islam dengan campur tangan Allah subhanahu wataala sendiri. Berakhirnya boikot rupa-rupanya menjanjikan dugaan yang lebih berat kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Kematian dua orang yang paling disayangi dan yang paling kuat menyokong dan melindungi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam iaitu isterinya, Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib sudah tentu meninggalkan kesan yang amat besar pada jiwa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Dalam keadaan menanggung kesedihan itu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak berputus asa dan tetap menjalankan amanat dakwah yang dipikulkan ke atas dirinya. Namun kunjungannya ke Taif bukan disambut dengan baik bahkan dilempari dengan batu sehingga baginda menanggung luka yang berat.

Pada saat sedemikianlah Allah subhanahu wataala memperjalankan Nabi dalam satu peristiwa yang menakjubkan iaitu Israk dan Mikraj. Perjalanan ke Masjid al-Aqsa dan kemudian ke Sidratul Muntaha adalah langkah pertama ke arah kemenangan yang bakal datang. Kembalinya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam disusuli dengan siri-siri pertemuan dengan penduduk Yathrib. Rasulullah dinanti-nantikan oleh penduduk Yathrib dan diangkat sebagai pemimpin di Madinah. Peristiwa hijrah adalah kunci kepada kemenangan ini.

Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin pada hari ini, peristiwa hijrah adalah satu jaminan daripada Allah subhanahu wataala bahawa kemenangan pasti akan berpihak kepada pejuang kebenaran. Kekuatan fizikal dan sokongan antarabangsa yang dinikmati oleh Israel tidak akan melindungi regim haram itu daripada kemusnahan. Sebagaimana kepungan dan boikot ke atas Rasulullah sallallahu alaihi wasallam gagal maka begitu juga sekatan ekonomi dan kepungan ke atas Gaza akan gagal dengan kuasa Allah subhanahu wataala. Sebagaimana komplot dan persekongkolan golongan Yahudi dan munafiq di Madinah begitu juga persekongkolan rejim-rejim Arab bersama Zionis untuk menekan gerakan Hamas dan gerakan Islam di Palestin akan menemui kegagalan. Golongan Ahzab moden yang diterajui oleh Amerika Syarikat akan gagal sebagaimana gagalnya golongan Ahzab dalam peperangan Khandak.

Keyakinan yang bulat inilah yang terus memercikkan api kebangkitan rakyat Palestin. Kini persoalannya ialah apakah peranan umat Islam sejagat? Adakah kita hanya sekadar menonton dan memberi ulasan-ulasan yang kadangkala terpisah daripada realiti sebenar?

Ramai umat Islam di luar sana berasa sangsi dengan janji Allah subhanahu wataala. Mereka bukan sahaja mengambil sikap tidak peduli dengan apa yang menimpa tanah suci al Quds bahkan tergamak mencemuh para pejuang dengan kata-kata nista dan penghinaan. Sebabnya ialah umat Islam tidak kembali kepada persoalan dasar iaitu melihat perjuangan yang berlaku ini dalam konteks al-Quran dan sunah. Mereka mengukur kekuatan musuh dengan penilaian kebendaan lalu membuat kesimpulan bahawa perjuangan rakyat Palestin adalah usaha yang sia-sia.

Kami menyeru seluruh umat Islam supaya kembalilah kepada Allah dan Rasulnya dalam menilai perjuangan umat Islam di Palestin. Kemenangan sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah subhanahu wataala bagi hamba-hamba-Nya yang berjihad dengan ikhlas dan penuh keimanan.

Hadis-hadis sahih Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ada menyebut bahawa umat ini akan terus berjuang sehingga Allah memberi kemenangan mutlak kepada mereka. Apabila ditanya oleh sahabat di manakah mereka itu, dijawab oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, mereka itu berada di Baitul Maqdis. Dalam hadis yang lain Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memberi jaminan bahawa pengkhianatan golongan yang berkhianat tidak akan memudaratkan mereka. Mereka akan tetap menjadi golongan yang menang. Golongan ini disebut oleh Rasulullah berjuang di pintu-pintu Dimasq (Damsyik) dan pitu-pintu al-Quds (Baitul Maqdis).

Bersempena dengan Maal Hijrah 1432 ini PACE menyeru seluruh umat Islam supaya meletakkan satu azam untuk bersama-sama dalam jihad mempertahankan tanah suci. Umat Islam diseru memperuntukkan sebahagian daripada penghasilan mereka untuk perjuangan pembebasan al-Quds. Barangsiapa yang memberi bekal kepada para mujahidin maka dia juga adalah mujahidin.

Dengan mafhum hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam ini, PACE mengakhiri perutusan Maal Hijrah ini dengan harapan agar seluruh umat Islam bersama berganding bahu berjuang dengan segala daya dan upaya untuk menyokong jihad di bumi Palestin.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE)
1 Muharam 1432H

Saturday, December 04, 2010

Sejarah Ketuanan @ Kemelayuan @ Ketuhanan ??





Mendengar nama Hamzah Fansuri..Za'ba ..Ahmad Bostaman..
membuatkan kita teringat kpd buku teks Sejarah sekolah menengah..
Betapa waktu itu, sejarh hanya sekadar subjek sisipan utk meringankan kepala yg letih direbus dengan formula2x matematik & sains..



Teringt style cikgu Sejarah ,,dia suka mengjr outdoor waktu form 4.kemudian mengajr sejarh yg dia fahami, bukn sejarh buku.. owwhh,itu memg advantage kpd sy yg suka dengr cerita..
Namun bila memasuki tgktn 5, tiada pilihan .. dia akn sama2x membina peta minda@ carta alir utk membaygkn apa sebenrnya yg hendk diterjemhkn dr buku teks Sejarah.."utk SPM bukan utk hidup" katanya..

Ayah sy sendiri pernah mengeluh melihat buku teks Sejarah Tingktn 1 (sy ulg tingkatn 1),,

Ayah : " Kenapa lain benar dgn ayh belajr dulu?? Ilmu sejarah kalian penuh fakta tp kurg JIWA!!"
Saya : haahh?? Ni ada 1 lg buku.. sejarh lama ( Saya menunjukkan buku teks sejarh lama bercover koko & berkertas kuning...mcm kitab lama saja layknya)
Ayah : Cikgu mengjr yg mana?
Saya : Guna dua2x.. kenapa ??
Ayah : Bagus,, nnt nilai yg mana bila baca meresap ke dalm jiwa...
Saya : perlukah mcm tu ??
Ayah: Perlu !! kalau x fhm, tanya ayh..

Memg lepas tu sy jadi pening,,ada sesetengh fkta memg berlainan benr buku sejarh lama & baru..
x perlu banyk2x ,,membaca sejarh Kedah sahaja sudh buat saya rasa seolh2x x kenl negeri asal..
Sejk itu,,diskusi dgn ayah memg seronok..
betapa mereka memndg sejarh dr sudut yg berbeza..

Saya rasa beruntung kerana sepnjg sy balajr sejrh di sekolh ,,semua guru saya adlh org yg memg celik sejarh..
Mereka tahu , mana sejarh lama mana sejarh baru,, mana sejrh betul , mana sejarh tipu..
Terus terang!!! ya terus terang mereka akn menergkan mengapa buku teks baru mengagung-agungkn dasr2x yg dirgka British utk kita ( xperlu disebutkn kenapa).. sy rasa jiwa sy hidup dlm kels sejarah ..even cikgu sejrh saya yg berbgsa India pon jujur,, ( Sy rasa ayh sy suka cikgu2x sejarh sy..(",) )

pernh ,kels sejarh dignti dgn guru muda krn cikgu cuti (cikgu sejarh sy semua 40 & above.. rasanya sekrg diorg dh pencen ataupun dh nk pencen ..)
Kembali kpd cikgu muda tadi,, knowledge dia memg superb la..
ayt buku teks sebijik2x dilontrkn dlm kelas.. tp buku teks lama memg x disentuh..
sy x slhkn dia.. mugkn penglmnnya guna bg buku teks lama kurg..
pesann beliau pd tghr tu masih sy ingt.,, "Maaflh sy x biasa mengjr dgn buku teks lama, kami dilatih utk mengjr supaya korg bleh skor dlm P....R ,, soaln2x semua dr buku teks baru.. tp xpa awk semua bacalh dua buku.. sy dulu pon baca juga buku sejrh lama...x rugi banyk ilmu" ..
dlm hati sunggguh sy puji pengakuan & dorongan beliau..

Kesian adik saya , dia xda buku teks sejrh lama.. & generasi seterusnya,,
bagaimana agkny mereka memndg sejrah ??
teringin pula nk menyusup dlm kels sejrh .. hehe




Wednesday, December 01, 2010

What Is ON yOur hEad ?? ( 2 )


Iran Producing First Islamic DollFatima,” Infidel Barbie and Ken Reportedly Gone Into Hiding…

(Ynet)- An Iranian firm has announced that it has produced the first Islamic doll. In the past, Iranians had two dolls, ‘Sarah’ and ‘Dara’ who were supposed to be Iran’s answer to Barbie and Ken, but they couldn’t break through the local market. The new dollhas a more Islamic visage, less Iranian and goes by the name of ‘Fatima‘.

Fam also launched new software which is meant to promote the wearing of the hijab. According to Seresht, the software includes videos of Islamic fashion, speeches on wearing hijab and an instant messenger service, Hijab Messenger.

The Iranian software is based on the yahoo instant messenger, but chats can only occur between “people who are defined within the system”. He didn’t explain if that meant that only women wearing hijab, or people supporting the idea could use it


klik sini.. http://weaselzippers.us/2010/11/19/iran-producing-first-islamic-doll-fatima-infidel-barbie-and-ken-reportedly-gone-into-hiding/

Wednesday, December 01, 2010

What Is ON yOur hEad ?? ( 1 )



1 )Yvonne Ridley Perjuang Nasib Umat Islam

Betulkan Tanggapan

"Dahulu saya melihat wanita bertudung sebagai golongan yang pendiam, dan tertekan. Sekarang pandangan saya terhadap mereka berubah. Mereka adalah golongan yang berkemahiran, berbakat, dan cekal," ujarnya. Pandangannya mengenai Islam berubah setelah melalui pengalaman yang mendebarkan ketika ditahan dengan memakai burka.

Kejadian ketika berada dalam tahanan pihak Taliban telah membuka matanya tentang kebaikan Islam dan umatnya. Layanan tahanan di Amerika amat berbeza dengan Taliban. Sepanjang ditahan oleh Taliban, maruahnya sebagai wanita tidak diganggu gugat. Ridley diberikan kunci untuk mengunci selnya dari dalam. Layanan yang baik itu telah meninggalkan kesan dalam dirinya. Selepas itu, beliau menulis beberapa buah buku mengenai perjalanan hidup yang dihadapi di Timur Tengah sebelum memeluk Islam. Antara buku yang dihasilkan ialah In the Hand of the Taliban: Her Extraordinary Story dan sebuah novel Ticket to Paradise.

klik sini...http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1238-yvonne-ridley-perjuang-nasib-umat-islam.html



Followers